BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operator Kren Maut Selepas Tidak Sedarkan Diri Dalam Kren Pada Ketinggian 45 Meter

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e7c439b75ceda7ff824c0bf1a7cd082469736a9caa116

7304255b830495e9301e235731fa4bc269736aa83a9a0

Foto: JBPM Johor

Seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kren pada ketinggian 45 meter di Residensi Puncak Austin di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.51 pagi dan dua “Fire Rescue Tender” dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau serta BBP Johor Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi bertindak menggunakan satu “bucket stretcher” dan set tali untuk pembentukan sistem bagi membawa turun mangsa, Muhamad Aliff Ishak, 33.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas Hospital Sultan Ismail di sini sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan selepas keadaan selamat dan terkawal.

 
Back
Top
Log in Register