BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKU buta tapi celik IT

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Menjadi rutin harian Johari untuk melayari internet
< 1 / 1 >
“AKU tidak punya harta untuk bersedekah, cuma yang ada hanya sedikit ilmu. Radio ini adalah peringatan untuk diri dan mereka yang sudi mendengar. Moga sumbangan yang sedikit ini dapatlah membantu dalam usaha menyebarkan agama yang tercinta".

Itu luahan seorang orang kurang upaya (OKU) buta penglihatan dalam laman sosial Facebook miliknya mewar-warkan tentang nadifm.blogspot.com iaitu sebuah radio yang dikendalikannya sendiri dan boleh didengari secara atas talian.

Johari Hassan, 43, boleh melayari internet bahkan boleh menulis blog, mengendalikan radio secara atas talian dan mempunyai laman sosial Facebook yang dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa sebaliknya menggunakan perisian khas yang dipelajari semasa bekerja di sebuah syarikat dahulu.

Bapa kepada enam anak ini cekap mengendalikan komputer, pantas menaip dan seolah-olah sedang bercakap dengan komputer kerana kesemua arahan menggunakan suara.

Johari merupakan bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar yang melahirkan ramai cendekiawan negara, ahli profesional serta individu ternama dan sekiranya Johari bukan seorang OKU, mungkin dia sudah bergelar pakar IT, berjawatan tinggi dan bergaji besar seperti alumni yang lain.

Pernah ditindas akibat buta

Johari berkata, suatu ketika dahulu dia pernah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan tetapi berlaku beberapa perkara tidak diingini sehingga menyebabkannya pulang semula.

“Apabila sampai di Hentian Puduraya (Puduraya Sentral) jam 4 pagi, saya terus ambil teksi ke rumah kawan. Sampai di situ, pemandu meminta bantuan kepada dua anak muda untuk hantar saya ke atas.

“Saya merasakan mereka menggunakan laluan jauh untuk sampai, dalam masa sama merasa curiga apabila mereka meminta wang RM20. Akibat takut diapa-apakan, saya merayu mereka melepaskan saya dan selepas dilepaskan, saya dapati dompet dan duit saya hilang
dicuri,” katanya.

Johari yang pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya bagaimanapun bersyukur kini sudah dipertemukan jodoh dengan seorang guru yang juga OKU penglihatan.

Hasil perkahwinan pertama, dia dikurniakan tiga anak dan perkahwinan kedua juga dikurniakan tiga anak dan kesemua anaknya normal.

Mengakui keyakinan masyarakat yang kurang terhadap OKU menyebabkannya sukar mendapat pekerjaan sehingga pernah tidak menjamah makanan dalam tempoh beberapa hari akibat kekangan kewangan.

Beri peluang kepada OKU

Johari berkata, dia kini membuka kedai menjalankan perniagaan khidmat refleksologi di sebuah ruang khas dekat Surau Taman Sejati Indah untuk menampung perbelanjaan hariannya.

Katanya, pihak bertanggungjawab seharusnya memberi peluang kepada golongan OKU membuktikan kebolehan bagi mengelakkan persaingan sehingga ada yang ketinggalan.

“Beri peluang untuk kami buat apa yang kami mampu kerana dengan penglibatan pihak berkuasa, sekurang-kurangnya golongan kami boleh berjaya melalui bidang masing-masing,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/oku-buta-tapi-celik-it-1.289327
 
syabas abang johari!!:)cgrock
 
igatkan cite kat tb2 tuh... tajuk pe dah lupe convert affair???
 
Back
Top
Log in Register