BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki OKU Hilang Di Batu Kurau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141

Lelaki OKU Hilang Di Batu Kurau​

fb33255499e0c7a58fd96124fa49437d6a1d91236fd12

Kredit: JBPM Perak dan IPD Selama

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau dekat Batu Kurau, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Selama ACP Sarudin Samah berkata Zakaria Shamsuddin, 42, kali terakhir dilihat kira-kira 4 petang ketika keluar melalui pintu belakang rumah bersama-sama anak tirinya sebelum dia dipercayai menuju ke kawasan belukar, kira-kira 300 meter dari kediamannya itu.

Beliau berkata Zakaria didapati hilang dari pandangan dalam sekelip mata ketika anak tirinya itu berhenti seketika untuk mengikat tali kasut.

“Ketika anak tirinya tunduk untuk mengikat tali kasut, mangsa (Zakaria) masih berada di hadapannya namun apabila dia mendongak semula, mangsa didapati telah hilang dan gagal dikesan.

“Mangsa dipercayai tidak mengambil ubat yang ditetapkan sejak dua atau tiga hari lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Zakaria tampil membantu dengan menghubungi Sarjan Mejar Razak Abdul Ghani melalui talian 010-2096227, Ibu Pejabat Polis Daerah Selama 05-8394222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Zakaria belum ditemukan walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kedua hari ini.

“Operasi dijalankan dengan membahagikan anggota kepada sembilan pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 JBPM dan orang awam.

“Pencarian tertumpu di sektor A, B, C dan D meliputi kawasan seluas kira-kira sembilan kilometer persegi di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

 
Back
Top
Log in Register