BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas 'Bouncer' Dipenjara Lima Tahun Pukul Lelaki Hingga Buta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bekas 'Bouncer' Dipenjara Lima Tahun Pukul Lelaki Hingga Buta​

ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang bekas pengawal kelab malam (bouncer) dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memukul seorang lelaki sehingga buta mata kanan dalam kejadian di sebuah kelab malam, 10 tahun lepas.

Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamsari Idris, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Jamsari didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Muhammad Ramdhan Aidil Norsham, 28, di sebuah kelab malam di Dang Wangi, di sini, pada 3.30 pagi, 6 Nov 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika membacakan penghakimannya, Mazuliana berkata mahkamah menolak hujahan pembelaan berhubung kegagalan mangsa menamakan tertuduh dalam laporan polis kerana pengecaman terhadap tertuduh sebagai individu yang menumbuk mangsa tidak diragui.

Menurut beliau, keterangan membela diri tertuduh yang mendakwa cuba menenangkan mangsa dalam kejadian itu juga tidak munasabah.

“Semasa pemeriksaan balas, tertuduh gagal memperincikan bagaimana beliau cuba menenangkan mangsa dan hanya menjawab ‘tidak tahu’, selain mengakui tiada bukti sokongan bagi menyangkal dakwaan bahawa beliau memukul mangsa.

“Mahkamah mendapati pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata tanpa penjelasan munasabah dan bukan satu pembelaan yang sah di sisi undang-undang,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

 
Back
Top
Log in Register