combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas pengasuh bayi perempuan bernama Qaseh Aulia selepas didapati bersalah atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian bayi itu di sebuah taska, tiga tahun lepas.
Hakim Dr Syahliza Warnoh menjatuhkan hukuman itu terhadap warga Indonesia Mulyati Kalim, 54, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
"Setelah mahkamah mendengar keterangan saksi pembelaan dan pendakwaan secara maksimum serta meneliti hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah,” kata hakim itu.
Mahkamah memerintahkan Mulyati menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan pada hari ini, dan tertuduh perlu menjalani bon berkelakuan baik dalam tempoh tiga tahun dengan dua penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Mulyati menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman pemenjaraan.
Bekas Pengasuh Qaseh Aulia Dipenjara Lima Tahun
mahkamah, Qaseh Aulia, bayi, taska, kecuaian, penj