BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Sekuriti: Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Kes Sekuriti: Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Seorang bekas penganalisis bank dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menjalankan urus niaga sekuriti tanpa lesen serta menggunakan gelaran Perunding Unit Amanah (UTC) secara tidak sah.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan memaklumkan Hakim Hamidah Mohamed Deril menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Arif Fadzlee Mohd Arifin selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap dua pertuduhan, namun memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak.

Menurut SC, Mohd Arif Fadzlee pada asalnya didakwa pada 23 Jan 2024 atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 59(1) dan Seksyen 362(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

"Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM60,000. Pada 27 Feb 2026, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan mengarahkan tertuduh membela diri bagi kedua-dua pertuduhan.

"Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 10 saksi termasuk dua mangsa. Bagaimanapun, Mohd Arif Fadzlee memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan tidak memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya," menurut kenyataan itu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperkenalkan dirinya sebagai wakil CIMB Wealth Advisors Berhad berhubung aktiviti terkawal urus niaga sekuriti walaupun tidak memiliki Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) yang dikeluarkan SC serta bukan seorang individu berdaftar.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 59(1) CMSA yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa menggunakan gelaran UTC secara tidak sah sehingga menimbulkan kepercayaan bahawa beliau mempunyai lesen untuk menjalankan urus niaga sekuriti, sedangkan beliau tidak mempunyai lesen berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register