combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Dipenjara Lapan Tahun, Denda RM284.3 Juta
Keputusan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya dan bekas Timbalan Pengarah jabatan itu dijadual diputuskan di Mahkamah Sesyen hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM284.3 juta terhadap bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah selepas didapati bersalah atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM45 juta, 10 tahun lepas.
Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, namun memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.
Tertuduh juga berdepan dengan hukuman penjara keseluruhan 78 bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Terdahulu, Ag Mohd Tahir didapati bersalah atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001, dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) akta sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Okt hingga 4 Nov 2016.
Isterinya Fauziah Piut, 61, dan bekas timbalan pengarah jabatan itu Lim Lam Beng, 72, dilepaskan serta dibebaskan daripada pertuduhan masing-masing dalam kes tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan denda munasabah terhadap tertuduh memandangkan kesalahan itu melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat.
“Kes ini dikategorikan sebagai rare of the rarest, mengambil kira kes ini melibatkan ketirisan dana awam jutaan ringgit yang kesalahan pengubahan wang haram dijalankan tertuduh dilakukan dengan sistematik menyebabkan ia sukar dikesan.
“Wang diselewengkan ini wang rakyat dan sepatutnya digunakan bagi pembekalan air yang merupakan keperluan asas. Dalam tempoh 10 ke 20 tahun kebelakangan ini, media massa melaporkan rakyat negeri Sabah sedang melalui kesukaran pembekalan air, terutama di kawasan pedalaman,” katanya.