BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Didapati Bersalah Ubah Wang Haram Lebih RM45 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Didapati Bersalah Ubah Wang Haram Lebih RM45 Juta​

ef862e8fee20cfcd6b823c21d0f802e46a0bf226b4d1c

11ad4b7b74bc8fb825cde24af6c08c026a0bf2edad581

Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Lim Lam Beng

Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM45 juta, 10 tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu ke atas Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan Fauziah Piut, 61,  iaitu isteri Ag Mohd Tahir atas 19 pertuduhan sama manakala bekas Timbalan Pengarah jabatan itu Lim Lam Beng, 72, yang berdepan empat pertuduhan serupa turut dibebaskan selepas mendapati pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sementara itu, mahkamah melepaskan Ag Mohd Tahir dan isterinya atas dua pertuduhan bersama berkaitan pengubahan wang haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar Sabah dan Kuala Lumpur antara 4 Okt hingga 4 Nov 2016 dan 13 Okt hingga 8 Nov 2016 di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001.

 
Back
Top
Log in Register