BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nur Izzati Humaira Belum Ditemukan, Pencarian Liputi Kawasan 0.43km Persegi Hari Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Nur Izzati Humaira Belum Ditemukan, Pencarian Liputi Kawasan 0.43km Persegi Hari Ini​

ebf82d43c93de3cf49723789e04518c569d25c0a73332

Ahmad Mukhlis Mukhtar

Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul yang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat Tanjong Malim semalam, meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata 76 anggota bomba, sukarelawan dan ahli pertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermula bermula pada 9 pagi.

Beliau berkata pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa.

“Mangsa belum ditemukan. Operasi ditangguh pada 6.30 petang dan akan disambung semula 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nur Izzati Humaira, 19, dilaporkan hilang dipercayai tersesat semasa melakukan aktiviti pendakian di bukit berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.26 tengah hari, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Tanjong Malim digegaskan ke lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata mangsa dipercayai tersesat semasa menuruni bukit bersama lima rakan dan ahli keluarganya.

Mangsa kali terakhir dilihat pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa.

 
Back
Top
Log in Register