BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Kedua Operasi SAR Anggota Tentera Hilang Liputi Kawasan 108 Batu Nautika Persegi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
2ececbe706057d594ed77e2a4f2fd29568c6d5f428ac0

Foto: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2)

Seorang anggota tentera yang hilang ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking dekat sini pada Jumaat masih belum ditemukan.

Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 dalam kenyataan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Prebet Muhammad Zulkarnain Jaafar, 27, diteruskan hari ini meliputi kawasan seluas 108 batu nautika persegi yang dibahagi kepada 15 sektor.

Pencarian yang memasuki hari kedua itu turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin, selain disertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta ATB 2.

"Antara aset digunakan termasuk kapal KD Sri Johor, bot pemintas serta pesawat EC725 dan CN235 MSA," menurut kenyataan itu.

ATB 2 memaklumkan keadaan laut semasa operasi SAR mangsa yang merupakan anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) itu berombak setinggi antara 0.5  hingga 1 meter dengan angin timur tenggara selaju 10 hingga 20 kilometer sejam (km/j).

Semalam dilaporkan dua anggota tentera dari Kompeni C Batalion 5 RAMD yang sedang melaksanakan Operasi Pasir Sektor Semporna Siri 3/2025 di lokasi kejadian hilang pada Jumaat.

Seorang daripada mangsa, Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, telah ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas bantuan perubatan diberikan.

 
Back
Top
Log in Register