BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaslinda Saludin - Pendaki hilang di Gunung Batu Putih, operasi SAR diteruskan

Semoga bermanfaat. Petang semalam kami 'bergaduh' atas pentas kerana kami berdua mempunyai pemahaman berlainan walaupun asas kami tetap sama.
1f601.png


769375249_28363145316642900_7129331265854375601_n.jpg

769168889_28363145326642899_949668827142799627_n.jpg


JANGAN SESAT LAGI - INTIPATI PODCAST

Pihak penganjur expo outdoor sangat berhajat untuk Tuan Hutan Mohd Fitri duduk bersama saya mengadakan satu sesi live podcast dan kami diberi 1 jam.
Pertama, minta maaf sebab semalam sound tak ok sangat. Tapi tak pe, saya tulis lebih kurang tentang apa yang kami bincangkan semalam.

Kedua, minta maaf juga tak dapat nak jawab semua soalan sebab masa 1 jam tak cukup dengan orang macam kami berdua sebab terlalu banyak yang ingin di kongsi.

INTIPATI JANGAN SESAT LAGI

Kes pendaki sesat terus berlaku walaupun teknologi navigasi semakin canggih. Telefon pintar, GPS, aplikasi peta dan jam pintar berada di tangan, tetapi manusia masih boleh hilang arah.

Persoalannya, adakah teknologi gagal, atau manusia sebenarnya gagal membaca hutan dan membuat keputusan?

Dalam podcast kami semalam bertajuk “Jangan Sesat Lagi”, saya dan Tuan Hutan ingin menjawab empat persoalan utama iaitu ;
Kenapa orang sesat lagi?,
Apa berlaku apabila sesat?,
Siapa bertanggungjawab?,
dan apa yang perlu dibuat?

Kaedah perbincangan, Kami memilih approach provokasi supaya ia menjadi lebih menarik.

1. KENAPA ORANG SESAT?

Sesat biasanya tidak bermula dengan satu kesilapan besar. Ia bermula dengan keputusan kecil seperti tersalah simpang, tidak membaca tanda muka bumi, meninggalkan kumpulan, ego, degil, mengejar masa atau terus berjalan walaupun sudah tidak pasti arah.

Tuan Hutan memgatakan , pendaki berpengalaman atau “otai” bukan bermaksud kebal daripada sesat. Pengalaman sepatutnya menjadikan seseorang lebih berhati-hati, bukannya terlalu yakin. Kadang-kadang pendaki baharu takut kerana tidak tahu, tetapi pendaki berpengalaman pula tersilap kerana terlalu yakin bahawa dia tahu dan mustahil akan sesat.

2. APA BERLAKU APABILA SESAT?

Tiga puluh minit pertama sangat kritikal. Kesilapan terbesar ialah panik lalu terus berjalan tanpa arah atau terus bergerak walaupun was-was atau tidak pasti. Semakin jauh bergerak, semakin luas kawasan pencarian dan semakin sukar pasukan SAR mengesan mangsa.

Sebab itu apabila tidak lagi pasti kedudukan, prinsipnya mudah iaitu berhenti, bertenang, fikir dan tentukan kedudukan sebelum bergerak semula. Jangan menukar masalah “tidak pasti jalan” menjadi masalah “hilang terus”.

3. SIAPA BERTANGGUNGJAWAB?

Tanggungjawab Keselamatan bermula daripada pendaki sendiri, tetapi ketua pendakian memikul tanggungjawab besar terhadap kumpulan. Ketua bukan sekadar orang yang berjalan paling depan.

Dia mesti mengetahui laluan, kekuatan ahli, cuaca, masa perjalanan, titik patah balik, memakkumkan semua line up tentang info trail, pelan kecemasan dan pelan pergerakan (buddy, RV, kemsite, waterpt, junctions, regroup, Injury TSM etc).

Ketua yang bertanggungjawab juga mesti mempunyai keberanian berkata, “Kita patah balik.” atau “awak patah balik”. Berpatah balik bukan kegagalan. Kadang-kadang itulah keputusan paling profesional yang menyelamatkan nyawa.

Kita juga tidak seharusnya terlalu cepat menghukum pendaki yang sesat atau terus bercakap tentang mengenakan kos SAR. Setiap kejadian perlu dinilai berdasarkan punca, kecuaian dan keadaan sebenar. Pada masa sama, gunung atau laluan berisiko tinggi wajar dipertimbangkan untuk mewajibkan malim gunung atau jurupandu bertauliah dan setiap pendaki dilindungi insurans.

4. APA PERLU DIBUAT? MASA DEPAN PENDAKIAN.

Kami berdua setuju, Kalau hanya satu ilmu boleh diajar sebelum seseorang memasuki hutan, pilihlah ILMU NAVIGASI. Setiap pendaki mesti sentiasa mampu menjawab tiga soalan iaitu;

“Aku datang dari mana?
Aku sedang berada di mana?
Aku sedang menuju ke mana?”

Manakala, Jika hanya tiga alatan wajib dibawa, jangan masuk hutan tanpa 3 alatan ini; Tuan Hutan memilih Parang, Sumber api dan garam. Manakala Saya pula memilih Pisau, peta laluan, dan alat peribadi.

Contohnya, kalau kita pendaki jenis kerap cramp kaki, maka ubat cramp atau cool spray wajib bawa, kalau tak bawa kita akan melambatkan pergerakan kumpulan dan risiko diri sendiri. Nyatanya 3 alatan ini penting, tetapi yang lebih penting ialah ilmu menggunakannya.

Jika kerajaan mahu lima perubahan untuk mengurangkan kes pendaki sesat, kami berdua memilih tumpukan kepada pendidikan navigasi asas sejak zaman persekolahan, kompetensi ketua pendakian, jurupandu bertauliah bagi laluan berisiko, sistem pendaftaran dan pelan kecemasan yang berkesan serta pendidikan keselamatan hutan secara berterusan.

Akhirnya, satu prinsip perlu terpahat dalam kepala setiap pendaki:
“Kalau tak mahu sesat lagi, jangan sekali-kali berjalan apabila kita sudah tidak pasti arah.”
Kerana orang sesat bukan semestinya orang yang tidak tahu jalan. Kadang-kadang dia tahu banyak tetapi terlalu yakin bahawa dia tidak mungkin sesat.
 
Back
Top
Log in Register