BTC USD 80,907.1 Gold USD 4,373.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

terima kasih...
dah nampak cara penyelesaiannya..
mudah jer ....
tak perlu rujuk ayat2 lain yg ada sangkut paut ttg mutaah ni....
dan kalau boleh...
mintak tuan cerita sikit asbabun nuzul ayat ini...
sekian terima kasih...

boleh tolong ceritakan asbabun nuzul ayat tersebut tak

lagi satu sy nak tanya kepada para syiah betulke kahwin muttaah ni boleh kahwin tanpa batas hatta seribu orang sekalipun seperti mana yang tersebut dalam fatwa jakim
 
Last edited:
dah ulamak kita kta kata x blh..x blh je la...buat ape kta nak mempertikaikan..lain la klu mereka yg berfahaman syiah tu....lantak pi la...buat ape nak menyebarkan fahaman2 tersebut...
 
dah ulamak kita kta kata x blh..x blh je la...buat ape kta nak mempertikaikan..lain la klu mereka yg berfahaman syiah tu....lantak pi la...buat ape nak menyebarkan fahaman2 tersebut...

bukan niat sy nak mempertikaikan apa yang ulama sunni katakan berkenaan nikah mutah ni hanya nak minta para syiah mensahihkan benarkah dakwaan fatwa tersebut yang mengatakan para syiah berhak berkahwin lebih dari 4 seperti mana yang telah di syariatkan itu jer

sebab kalau kita lihat di johor dahulu terdapat seorang yang bernama ustaz talib kalau tak silap sy dan mengakui sebagai syiah telah berkahwin sepuluh di mana menurut cerita 6 orang isterinya telah di kahwini melalui nikah mutah

tetapi dalam perbicaraan mahkamah antara hujahan pendakwa ustaz talib telah gagal membuktikan dia adalah seorang syiah

dlm thread ni para pendokong syiah telah mengatakan mutah kurang digalakkan kepada anak dara tapi dalam kes ustaz talib tu tak silap sy kesemua isteri yang dinikahi melalui mutah tu anak dara

tu yang banyak kemusykilan tu bagi saya diharap para pendokong mazhab syiah ini dapat nyatakan benarkah mereka melalui nikah mutah berhak berkahwin lebih dari 4 orang malah seribu orang sekalipun saja jer nak tau
 
boleh tolong ceritakan asbabun nuzul ayat tersebut tak

lagi satu sy nak tanya kepada para syiah betulke kahwin muttaah ni boleh kahwin tanpa batas hatta seribu orang sekalipun seperti mana yang tersebut dalam fatwa jakim

Sebenarnya, perkara nas sudahpun dijelaskan akhi di awal2 perbahasan. Dan apa yang dibangkitkan sekarang ini, adalah perlaksanaan sahaja. Jika pihak Sunni mahu menolak nas yang diyakini Syiah Imamiyah berkenaan berterusan halalnya mut`ah namun mereka harus meneliti sumber halal tersebut iaitu dari kitab Allah dan hadits2 yang dianggap shahih oleh pihak Sunni sendiri.

Manakala berkenaan perlaksanaan, maka itu tidak boleh dipertikaikan. Ia perlu dibincangkan dalam suasana ilmiyah kerana hukumnya terbukti halal dan ia milik Allah s.w.t.

Bukti bahawa sebab turun ayat mut`ah dari surah an-Nisa` ayat 24:

فَمَا اسْتَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة

"dan wanita-wanita yang kalian nikmati diantara mereka, maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan"

Abdu bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid menyatakan bahawa ayat ini turun kerana keizinan pernikahan mut`ah. Perkara ini disokong dengan riwayat yang dinyatakan oleh Abdu bin Humaid, Ibnu Jarir, Ibnu al-Anbari dalam Masahif kemudian al-Hakim menshahihkannya. Abdul Razzaq dan Ibnu Katsir menyatakan bahawa Ibnu Abbas, Sa`id bin Jabir, as-Suda dan Ubay bin Ka`ab membacanya dengan bacaan:

فَمَا استَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ - اِلَى أجَلٍ مُسَمَّى - فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة

"dan wanita-wanita yang kalian nikmati diantara mereka – dalam tempoh yang telah ditetapkan - , maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan"​

(Rujuk: Fathul Qadir: Syaukani. 1/567 & 1/574, Nailul Awthar: Syaukani: Jil 3 Juz 6 Hal 135 dan Tafsir Ibnu Katsir: 1/420)

Keharusan pernikahan mut`ah terus disokong oleh Nabi menerusi haditsnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah katanya: Kami pergi berperang bersama Nabi dan di sisi kami tiada para isteri kami, maka kami bertanya: Bolehkah kami berbuat sesuatu untuk melepaskan hawa nafsu kami? Namun Nabi melarangnya. Kemudian Rasul mengizinkan menikahi wanita dengan sehelai baju hingga tempoh tertentu lalu baginda membacakan ayat:

يَا اَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أحَلَّ اللهُ لكُم وَلاَ تَعتَدُوا اِنَّ اللهَ
لاَ يحُِبُّ الُمعتَدِين

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah untuk kamu, dan janganlah kamu melampaui batasan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [al-Maidah: 87]​

(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 4615, 5071 & 5075 dan Shahih Muslim: Bil. 3396)

Diriwayatkan juga dari Amru bin Dinar berkata: Aku mendengar al-Hasan bin Muhammad mengkhabarkan dari Jabir bin Abdullah dan Salamah bin al-Akwa` keduanya berkata: Juru panggil Rasulullah telah keluar dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengizinkan kamu untuk bermut`ah iaitu mut`ah wanita (أن تستمتعوا)

(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 5117-5118, Shahih Muslim: Bil 3399 & 3400 dan Tuhfatul Asyraf: 2230)

Seterusnya Ibnu Hazm az-Zohiri telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Muhalla bahawa sekumpulan besar dari kalangan para sahabat tetap berpegang kepada penghalalan nikah mut`ah sesudah Nabi seperti Asma` binti Abi Bakar, Jabir bin Abdullah, Ibnu Mas`ud, Ibnu Abbas, Muawiyah, Amru bin Huraits, Abu Sa`id dan Salimah keduanya anak Umayyah bin Khalaf.

Diriwayatkan oleh Jabir dari para sahabat Nabi mengenai halalnya mut`ah pada zaman hidup Nabi, juga di zaman Abu Bakar dan di zaman akhir pemerintahan Umar. Umar diriwayatkan hanya mengingkari halalnya mut`ah sekiranya bukti hukum halal mut`ah tersebut tidak ada penyaksian dari 2 orang saksi adil sahaja.

(Rujuk: Nailul Awthar: Syaukani: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)

Terdapat banyak nas yang membuktikan bahawa Umar al-Khattab adalah orang yang mengharamkan mut`ah bukan Nabi s.a.w.

Berkenaan ramai untuk dinikahi, jangan anda mengatakan Syiah sahaja yang berpegang kepada tiada batasan tersebut, bahkan seorang ulama Mekah yang dipercayai oleh Bukhari hingga mengambil hadits darinya iaitu Ibnu Juraij telah menikahi 90 orang wanita. Perkara ini diakui sendiri oleh imam Syafi`ie sebagaimana yang dikemukakan oleh Zahabi menerusi kitabnya Tadzkiratul Huffaz.

(Rujuk: Tadzkiratul Huffaz: Zahabi. 1/171 dan Nailul Awthar: Syaukani: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)
 
makin pelik lak aku bila baca thread ni

lupakan psl fahaman mcm sunni ke , syiah ke atau yg lain2....

Soalannya :

Dalam islam , boleh atau tidak mutaah ni ? boleh mksudnya halal , tak boleh mksudnya haram ?

jawap yes or no , kan senang nak fhm kalau mcm tu , tq and salam
 
Jawapannya, senang cakap, boleh dan halal-lah... (Daku sedia bertanggungjawab di hadapan Allah kelak di atas kata-kataku ini).. Sila baca thread yang lalu.. Tinggal lagi, tanya diri sendiri je.. mana lebih utama & wajib diikuti, Nabi SAW ke sahabat.. sebab Nabi halalkan, kemudian seorang sahabat haramkan.. Kalau Allah & Nabi-Nya halalkan mut'ah kerana nak menjaga sahabat Nabi pada masa dahulu drp dosa zina dsb...takkan dia nak biarkan ummat kemudiannya buat dosa pulak...Sendiri mahu fikirlah..
 
bersiap sedia lah kita dgn senjata yg ada utk memerangi kaum syiah melayu yang mendakwa sebahagian drp Islam...tetapi mereka sbenarnya tidak lebih dari ajaran sesat yang sesat lagi meyesatkan yang akan kekal dlm neraka Allah...nauzubillah...

Hebat sedara nin..boleh tengok orang kekal ke tidak dalam neraka.. dah masuk tengok ke? :D

Kepada para SB (kalau ada baca thread ni), harap ambik perhatian kepada sedara yang keluarkan kenyataan berbaur keganasan, hasutan & pelampau ini. Ini confirm suku sakat Al-Qaeda yang berfahaman salafi wahabi (bukan saudara Ahli Sunnah yang kami hormati). Boleh trace melalui ip address dia. Kita mahukan suasana perbincangan yang damai & tenang serta positif bagi mengelakkan salah faham dikalangan masyrakat, bukannya kenyataan provokatif sebegini. Kepada Us Khatiry, harap nasihat skit anak buah enta ni..:)
 
Last edited:
bukan niat sy nak mempertikaikan apa yang ulama sunni katakan berkenaan nikah mutah ni hanya nak minta para syiah mensahihkan benarkah dakwaan fatwa tersebut yang mengatakan para syiah berhak berkahwin lebih dari 4 seperti mana yang telah di syariatkan itu jer

sebab kalau kita lihat di johor dahulu terdapat seorang yang bernama ustaz talib kalau tak silap sy dan mengakui sebagai syiah telah berkahwin sepuluh di mana menurut cerita 6 orang isterinya telah di kahwini melalui nikah mutah

tetapi dalam perbicaraan mahkamah antara hujahan pendakwa ustaz talib telah gagal membuktikan dia adalah seorang syiah

dlm thread ni para pendokong syiah telah mengatakan mutah kurang digalakkan kepada anak dara tapi dalam kes ustaz talib tu tak silap sy kesemua isteri yang dinikahi melalui mutah tu anak dara

tu yang banyak kemusykilan tu bagi saya diharap para pendokong mazhab syiah ini dapat nyatakan benarkah mereka melalui nikah mutah berhak berkahwin lebih dari 4 orang malah seribu orang sekalipun saja jer nak tau

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII, hlm. 262] Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16]

Mengenai saksi di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm. 148] Tidak terdapat di dalam al-Qur'an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat." Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian, firmanNya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu."

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran itu hadith "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi" adalah hadith yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi (Saw.) dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga
ianya dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut'ah.

Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya.
 
makin pelik lak aku bila baca thread ni

lupakan psl fahaman mcm sunni ke , syiah ke atau yg lain2....

Soalannya :

Dalam islam , boleh atau tidak mutaah ni ? boleh mksudnya halal , tak boleh mksudnya haram ?

jawap yes or no , kan senang nak fhm kalau mcm tu , tq and salam

Itu Sebab Saya buka thread ini untuk di bincangkan pendapat ulama ulama selain dari FIKH SHAFEI dan Ulama Sunnah yang lain.Walahl Al Quran itu satu sahaja dan Hukum dan Ayat tidak berubah,
dan Ulama Ulama muktabar menafsirkan satu hukum dan ayat itu dengan pandangan yang berbeza .Ada kata halal dan ada kata Haram...Bukan Setakat Nikah Mutaah sahaja .Bab bab lain pun terdapat pertelingkahan mengenai tafsiran ayat Alquran.
Jadi forum ini untuk BERHUJAH dan bukan untuk Perli memperli.Dan terpulang kepada pembaca untuk menilaikannya.Kalau YAKIN anda pegang dengan pegangan anda.Kalau anda TIDAK YAKIN tinggalakan sahaja.
Thread ini Bincang pasal HUKUM Nikah MUTAAH. BUKAN PERLAKSANAAN.

P/S Aku tetap YAKIN akan HALALnya NIKAH MUTAAH.
 
Jawapannya, senang cakap, boleh dan halal-lah... (Daku sedia bertanggungjawab di hadapan Allah kelak di atas kata-kataku ini).. Sila baca thread yang lalu.. Tinggal lagi, tanya diri sendiri je.. mana lebih utama & wajib diikuti, Nabi SAW ke sahabat.. sebab Nabi halalkan, kemudian seorang sahabat haramkan.. Kalau Allah & Nabi-Nya halalkan mut'ah kerana nak menjaga sahabat Nabi pada masa dahulu drp dosa zina dsb...takkan dia nak biarkan ummat kemudiannya buat dosa pulak...Sendiri mahu fikirlah..

Dalil dari hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Shahih Muslim menyatakan bahwa dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhani, ia berkata, "Kami bersama Rasulullah saw. Dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata, "Ada selimut seperti selimut.' Akhirnuya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjid Al-Haram, dan tiba-tiba aku melihat Nabi saw. sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, 'Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi. Karena Allah Azza wa Jalla telah mengharamkan nikah mut'ah sampai hari Qiamat. (Shahih Muslim II/1024).

habis ni aper bro??
 
Back
Top
Log in Register