BTC USD 81,243.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

Nikah memang sementara, sementara hidup di dunia. Nikah mut'ah ni bertempoh samada sebulan, setahun, 10 tahun dll atas persetujuan kedua pihak termasuk kadar mahar, beserta akad nikah yang wajib dilafazkan, sebagaimana nikah biasa. Cuma bezanya tiada cerai sebagaimana nikah biasa (yg terletak di tangan suami), sebaliknya perkahwinan berakhir dengan tamatnya tempoh tersebut. Kalau terdapat keserasian ketika tempoh bersama, boleh nikah semula samada dengan mut'ah jugak atau nikah biasa (daim) terus. Apa yang penting, ianya halal sehingga kiamat & pastinya lebih baik dari zina.


Ye betul Nikah Mutaah lebih baik dari zina. Dengan ada Ikatan Nikah Mutaah.. Janda yang bercerai boleh salurkan Nafsu mereka pada suami sementara ...sebelum dapat jodoh kekal.
Dan ini lebih Baik darpada tukar tukar Jantan setiap malam. ..Dan Kuasa IJAB dan TALAK adalah pada Wanita.(Yang menetapkan tempoh)

P/S DAN Aku YAKIN akan HALALNYA NIKAH MUTAAH
 
apa asal perkataan Mutaah ?
brp kali disebut dlm Quran?
betul ker penafsiran korang dgn perkataan Mutaah ni?
jgn hantam semborono jerr...

TAGLINE kawan aku...
"Lebih Baik Mutaah dari Zina"
saja nak up kan thread ni..........
ayat An-Nisa' jadi hujah mutaah....
pastu kenapa x baca terus An-nisa' ayat 25...
 
up sikit....
kasik terlerai persoalan aku kt atas ni...
 
Mana si Kunik ni..Aku Nak Nikah KEKAL dengan Suadara atau anak perempuan kamu ikut MAHZAB HANAFI.. pernikahan TANPA WALI dan cuma perlu Saksi 2 Orang Sahaja..(Aku akan bawa kawan aku untuk tujuan ini).lepas itu dengan KUASA TALAK yang ada pada aku dalam tempoh 1 minngu aku ceraikan dia.
 
Mana si Kunik ni..Aku Nak Nikah KEKAL dengan Suadara atau anak perempuan kamu ikut MAHZAB HANAFI.. pernikahan TANPA WALI dan cuma perlu Saksi 2 Orang Sahaja..(Aku akan bawa kawan aku untuk tujuan ini).lepas itu dengan KUASA TALAK yang ada pada aku dalam tempoh 1 minngu aku ceraikan dia.

kunik tu sapa?
 
TAGLINE kawan aku...
"Lebih Baik Mutaah dari Zina"
saja nak up kan thread ni..........
ayat An-Nisa' jadi hujah mutaah....
pastu kenapa x baca terus An-nisa' ayat 25...

Surah An Nisa ayat 25 cuma menerangkan hendak lah Berkawin dngan perempuan yang baik baik dan beriman dan bukannya dengan perepuan lacur,atau hamba sahaya yang beriman dan izin wali(bagi anak dara)
Pernikahan Kekal atau Mutaah ada IJAB dan QABUL cuma Mutaah ada tempoh..Dan ayat ini tiada larangan bagi pernikahan Mutaah,
Dan tiada Satu AYAT Quran melarang pernikahan Mutaah dan bertempoh.
 
Surah An Nisa ayat 25 cuma menerangkan hendak lah Berkawin dngan perempuan yang baik baik dan beriman dan bukannya dengan perepuan lacur,atau hamba sahaya yang beriman dan izin wali(bagi anak dara)
Pernikahan Kekal atau Mutaah ada IJAB dan QABUL cuma Mutaah ada tempoh..Dan ayat ini tiada larangan bagi pernikahan Mutaah,
Dan tiada Satu AYAT Quran melarang pernikahan Mutaah dan bertempoh.

terima kasih...
dah nampak cara penyelesaiannya..
mudah jer ....
tak perlu rujuk ayat2 lain yg ada sangkut paut ttg mutaah ni....
dan kalau boleh...
mintak tuan cerita sikit asbabun nuzul ayat ini...
sekian terima kasih...
 
Untuk pengetahuan

Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1998
I. Bahagian I -- Permulaan

Seksyen 2 - Tafsiran
1. Kebanyakan takrif yang dicadangkan dalam RUU adalah bersamaan dengan takrif sedia ada dalam Akta 1984, kecuali beberapa perubahan tertentu seperti:

(i). "Hukum Syarak" ditakrifkan sebagai "mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi"

Takrif yang dicadangkan ini, dengan memberi penekanan kepada mazhab Shafie kemudian baru diikuti dengan tiga mazhab Sunni yang lain, adalah lebih sempit dan konservatif daripada takrif sedia ada dalam Akta 1984 yang mentakrifkan Hukum Syarak sebagai mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf.

Penekanan sepatutnya diberi kepada konsep kepentingan awam atau maslahah dalam polisi kerajaan atau siyasah shariyyah.


Supaya takrif tersebut digantikan dengan takrif berikut:
"Hukum Syarak" ertinya mana-mana mazhab yang diiktiraf, dengan mengikut kaedah yang terbaik berpandukan prinsip maslahah".

(ii). Takrif "iqrar'sebagai "secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat" telah dimasukkan - ini tidak terdapat dalam Akta 1984.

Penekanan sepatutnya diberi oleh undang-undang kepada iqrar secara bertulis dan bukannya iqrar lisan. Mungkin iqrar lisan boleh diterima sebagai pengakuan seseorang terhadap dirinya sendiri (against himself), tetapi ia tidaklah mencukupi untuk diterima oleh undang-undang bagi tujuan seseorang yang dikehendaki membuat sesuatu akujanji bagi masa hadapan.

Supaya ditambah, selepas perkataan "hak", perkataan-perkataan:
"dengan syarat bahawa sesuatu iqrar yang melibatkan apa-apa akujanji mengenai pelaksanaan pada masa hadapan akan sesuatu kewajipan atau tanggungan hendaklah dibuat secara bertulis;"

. Seksyen 8 - umur minimum perkahwinan. - peruntukan masih sama dengan peruntukan dalam Akta 1984 sebagaiman dipinda pada tahum 1994. Hakim Syarie boleh memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah umur minimum "dalam hal keadaan tertentu". Malangnya, masih tiada garis panduan dalam RUU mengenai apakah "hal keadaan tertentu" itu.

Supaya diadakan garis panduan mengenai "hal keadaan tertentu" itu, misalnya seperti berikut:
"di mana Hakim Syarie berpuas hati bahawa pihak itu cukup matang dan mampu untuk bekahwin dan tidak didorong oleh apa-apa paksaan atau perdayaan oleh mana-mana pihak lain."

3. Seksyen 10 -- takrif "Kitabiyah" dalam seksyen 2 telah digugurkan - tetapi perkahwinan di antara lelaki Islam dengan perempuan Kitabiyah nampaknya masih dibenarkan dalam seksyen 10(1). Perempuan Islam hanya dibenarkan berkahwin dengan lelaki Islam di bawah seksyen 10(2).


4. Seksyen 12(2) - membenarkan pendaftaran perkahwinan yang diupacarakan berlawanan dengan peruntukan undang-undang. Ini sama dengan peruntukan yang telah dimasukkan oleh Akta Pindaan tahun 1994.

Adalah dikhuatiri bahawa memudahkan pendaftaran pekahwinan yang diupacarakan berlawanan dengan peruntukan undang-undang boleh disalahgunakan dan menggalakkan orang ramai tidak mematuhi dan tidak menghormati undang-undang. Juga, perlindungan kepentingan pihak lain yang terkilan amatlah penting terutamanya dalam hal perkahwinan poligami yang diupacarakan tanpa mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang.



5. Seksyen 13 - persetujuan untuk perkahwinan dikehendaki daripada kedua-dua pihak dan wali pihak perempuan adalah sama dengan peruntukan sedia ada dalam Akta 1984.

Mengikut prinsip mazhab Hanafi - persetujuan wali hanya diperlukan sekiranya sesuatu pihak kepada perkahwinan itu, lelaki atau perempuan, belum cukup umur atau kurang berkeupayaan dari segi mental. Perempuan dewasa yang sempurna keupayaan mental, sama seperti lelaki dewasa yang sempurna keupayaan mental, tidak memerlukan persetujuan wali.

6. Seksyen 21 - mas kahwin dan pemberian - peruntukan sama dengan peruntukan sedia ada dalam Akta 1984.

Diperkenalkan dan disebarkan konsep maskahwin yang ditangguhkan. Walaupun konsep tersebut dalam seksyen 21(2)(c), ini jarang diamalkan dalam masyarakat tempatan. Mas kahwin yang disebut dalam akad nikah biasanya jumlah kecil yang nominal sahaja. Mungkin masyarakat tempatan perlu diberi lebih kesedaran mengenai prinisp-prinsip berkenaan dengan mas kahwin dan kemungkinan mengadakan perjanjian pada masa akad nikah mengenai mas kahwin tertangguh sebagai perlindungan masa hadapan bagi pihak isteri.

7. Seksyen 22 - catatan ta'liq dalam daftar perkahwinan - peruntukan sama dengan peruntukan sedia ada dalam Akta 1984.

Terdapat rujukan mengenai "taliq lain" dalam seksyen ini, tetapi tiada penjelasan mengenainya.


Supaya penjelasan diberi mengenai "ta'liq lain" dengan mengadakan takrif berikut: dalam subseksyen baru (4):
"(4) 'Ta'liq lain" boleh meliputi syarat-syarat atau terma-terma tambahan yang dipersetujui atas pilihan pihak-pihak yang berkahwin itu, termasuklah syarat bahawa suami tidak akan berkahwin lain selagi berkahwin dengan isteri itu.


 
Mana si Kunik ni..Aku Nak Nikah KEKAL dengan Suadara atau anak perempuan kamu ikut MAHZAB HANAFI.. pernikahan TANPA WALI dan cuma perlu Saksi 2 Orang Sahaja..(Aku akan bawa kawan aku untuk tujuan ini).lepas itu dengan KUASA TALAK yang ada pada aku dalam tempoh 1 minngu aku ceraikan dia.

nope, syarat nak berkahwin dengan anak perempuanku mesti ikut Syafie. jadi tak perlu susah-susah ikut Mazhab lain. lagipun anak perempuan saya tak reti sangat pasal perbezaan mazhab nie.

berbanding dengan anak perempuan kamu, kamu tidak ada kuasa WALI kerana ke atasnya seperti saya ada kuasa WALI ke atas anak perempuan saya. kamu Syiah, manakala saya Sunni aliran Syafie.

lagipun, saya dah pesan kat anak perempuan saya, jangan kawen ngan orang yang tolak Syahadah daripada Rukun Islam, dan orang menolak Hadith Nabi..silap haribulan boleh terkeluar Islam tu...



p/s : bila dah kena atas anak pompuan sendiri, nak attack anak pompuan orang lain plak ke? keh keh keh...
 
Back
Top
Log in Register