AMIRASHAKIRA
Fun Poster
- Messages
- 170
- Joined
- Oct 9, 2008
- Messages
- 170
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Nikah mutaah tu nikah gantung ke?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
OK ana tukar Balik, Sbb salah taip la. Sebab kerja Imam dan Nabi ni hampir sama.
Baik, pernahkah anda mendengan hadits yang menyebut begini:Sabda Nabi s.a.w:
أنت منّي بمنزلة هارون من موسى الاّ أنه لا نبيّ بعدي
"Kedudukanmu Ali di sisiku umpama kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada Nabi sesudahku"
Hadis ini memang sohih tp maslahnya syiah membuat syarahnya sendiri dan menjadikn hadis ini sbg Dalil.
Sepatutnya syiah kne Buat hadis tu berbunyi mcm nih
«
أنت مني بمنزلة يوشع بن نون من موسى»
Telah sepakat syiah dan sunni bahawa Nabi Harun Mati Sblm Nabi Musa, Dan Selepas Musa Adalah Yusya' bin Nun Bukanya Harun. Maka Yusya' bin Nun Adalah Nabi Pengganti Selepas Musa Bukan Nabi Harun. Boleh terangkan skit tak Ace??
Macam mana Ace!!Enta kata Harun menjadi Pengganti setelah pemergian Musa??sedangkn Harun Mati Dulu dan Yusya' Bin Nun Adalah Nabi Selepas Musa???
Enta ckp Harun menjadi pengganti Nabi Musa Selama 40 hari. Macam Mana orang yg Dah mati dijadikan penggnati Orang Yg Hidup???Cube terangkan sikit Lagi Ace. Cube Nta check balik post nta berkenaan Hadis tu.
Kenapa Yg Janda Je???yg Dara Nk Bagi Sape???
Saya nk tanya Lgi. Dlm Syiah yg menghalalkan Mut'ah.
1) Adakah perkahwinan mut'ah memerlukan wali atau saksi?
2) Adakah ada dlm kitab syiah yg membincagkan bab hudud kepada Pezina laki dan pompuan??Apa Hukuman Hudud kepada Penzina laki dan pompuan?
3) Dlm pernikahan Mut'ah, Ada tak membincangkan pembahagian harta peniggalan(waris) kepada anak2 hasil dr nikah mut'ah??
4) Baagaimana hak penjagaan Anak?Siapa Yg bertanggungjawab keatas
anak2 yg di lahirkan hasil nikah mut'ah???
Itu sahaja soklan kali ini.
saya dah ada jawapan....
tuan bagaimana?
Insya-Allah kita bentuk jemaah kuar 40 hari Julai ni...
Insya-Allah?
Jawapan apa yang tuan ada?
Kuar 40 hari secara berjamaah? apa hujah tuan tentang perkara
ini?
Wassalamualaikum

Semasa peristiwa Hudaibiyah, Rasulullah telah menerima syarat kaum musyrikin Mekah yang berat sebelah hingga Umar al-Khattab tidak dapat mengawal kemarahannya lalu berkata: "Adakah kamu benar-benar seorang Rasul Allah?!" Bukankah kita dipihak yang benar dan mereka di pihak yang salah?! Jika itu hakikatnya, maka mengapa kita perlu menjual agama kita begitu murah?" Meskipun baginda mendengar herdikan Umar tersebut, Nabi tetap mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang alasan.
Saudara Ace
Adakah Umar pernah mengherdik Rasulullah?
Suatu malam Baginda Rasulullah s.a.w. dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah s.w.t. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah s.a.w., pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?". Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. meneka pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah s.a.w.. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah s.a.w. bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah s.a.w. tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah s.a.w. berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

yang ni pun saya x der hujjah...
bagaimana dgn tuan?![]()
Sambungan ke-2
Bandingan hikmah diam diri para Nabi dengan situasi Ali
Allah s.w.t telah menceritakan tentang sikap berdiam diri para Nabi utusan-Nya di dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Segalanya dilakukan dengan penuh hikmah yang terselindung yang tidak semua manusia dapat memahaminya. Diantara contoh para Nabi tersebut:
(1) Nabi Ya`qub a.s bersama anak-anaknya.
Nabi Allah Ya`qub a.s telah memilih jalan kesabaran dan hanya berdiam diri terhadap pembohongan 11 orang anaknya. Anak-anaknya: "…telah datang menemui bapa mereka (Ya`qub) di awal malam sambil menangis mereka berkata: Wahai ayah, kami pergi berlumba-lumba diantara satu sama lain dan meninggalkan Yusuf bersama barangan kami, lalu serigala telah memakannya. Tetapi kamu tidak akan mempercayai kami walaupun kami telah berkata benar" [Yusuf: 16-17]
Ayat ini mengisahkan bagaimana 11 orang anak Nabi Ya`qub bersepakat menipu baginda tentang kejadian yang menimpa adiknya Yusuf a.s Hakikatnya, mereka telah mencampak Yusuf ke dalam perigi kerana perasaan iri hati terhadapnya yang mendapat tumpuan lebih dari bapa mereka.
Ya`qub a.s tidak mempunyai pilihan melainkan mengalah kepada kepalsuan anak-anaknya. Baginda hanya memohon pertolongan Allah s.w.t dengan kesabaran walaupun baginda tahu mereka telah berdusta kepadanya. Baginda berkata: "…bahkan minda kalian telah menciptakan sebuah cerita, maka kesabaran adalah lebih sesuai untukku. Hanya kepada Allah sahaja pertolongan boleh diharapkan (terhadap perancangan kalian)" [Yusuf: 18]
Apalagi yang mampu baginda lakukan ketika mengadap 11 orang anaknya yang sebulat suara bersetuju mengatakan perkara yang sama? Mereka membuat helah pada pakaian Yusuf dengan darah palsu dan menangisi kematian adiknya itu. Mampukah baginda mendedahkan penipuan mereka dan menyangkal kepalsuan kemudian bergegas pergi mencari anak kesayangannya itu seterusnya menghukum mereka yang di atas perbuatan yang keji itu? Tidak, itu adalah tindakan orang jahil yang tidak dipandu kebijaksanaan Allah s.w.t. Firman-Nya:
وإنّه لذو علمٍِ لِماَ علّمناه ولكن أكثر النّاس لا يعلمون
"Dia (Ya`qub) adalah (bertindak) dengan perintah Kami, penuh dengan pengetahuan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" [Yusuf: 68]
(2) Nabi Ibrahim a.s bersama pakciknya.
Di dalam surah Maryam telah mengkhabarkan kepada kita diamnya Ibrahim a.s dari menyeru bapa saudaranya Azar si pembuat berhala kepada kebenaran. Ini berikutan setelah mendapat jawapan yang mengecewakan baginda berkata:
وأعتزلكم وما تدعون من دون الله وأدعوا ربِّي عسى ألاّ أكون بِدعاء ربِّي شقيّا
"Aku akan jauhkan diriku dari kamu dan apa yang kamu serukan selain Allah. Dan aku akan menyeru kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku" [Maryam: 48]
Selepas seruan dakwahnya ditolak dan ditentang, baginda Ibrahim a.s telah menjauhkan dirinya dari Babylon ke Kuhistan di Parsi dan baginda hidup menyendiri di kawasan pergunungan selama 7 tahun. Setelah itu, baginda kembali semula ke Babylon dan sekali lagi menyeru kaumnya dengan pengkhabaran dari Allah s.w.t secara terbuka. Baginda menghancurkan seluruh berhala yang tersergam di sekitar bandar. Dengan tindakan beraninya itu, baginda dicampakkan ke dalam api yang membara. Dengan izin Allah s.w.t api menjadi sejuk dan baginda diselamatkan oleh-Nya sekaligus kenabian baginda diperkukuhkan.
(3) Nabi Musa a.s bersama kaumnya.
Kisah Musa a.s melarikan diri demi memelihara keselamatan dirinya terdapat di dalam surah al-Qasas ayat 21 yang berbunyi:
فَخَرَجَ مِنها خَائِفًا يَتَرَقَّب قَالَ رَبِّي نجِّني من القَومِ الظَّالمِيِن
"Maka dia (Musa) melarikan diri ketakutan, berhati-hati dan dia berkata: Tuhanku selamatkanlah aku dari kaum yang zalim"
Saya berkata:
Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh para Nabi dengan mendiamkan diri, bersabar dan menjauhkan diri mereka sebagai bukti bahawa mereka takut dan seterusnya gagal melaksanakan dakwah agama Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka? Tidak sekali-kali. Mereka bertindak atas dasar hikmah dan ilmu yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Adakalanya berdiam diri itu lebih baik apabila berdepan dengan kepalsuan yang akan berkesudahan dengan bahaya yang tidak dapat dielakkan.
Kita juga harus memikirkan mengapa baginda Rasulullah s.a.w ketika menghadapi ancaman dari kafir musyrikin Mekah hingga memaksa baginda melarikan diri dari tanah tumpah darahnya di malam hari ke Madinah. Sebabnya tidak lain hanyalah kerana baginda tidak memiliki kekuatan yang mencukupi untuk menentang mereka.
Seterusnya, setelah baginda menakluki kota Mekah, sekaligus umat manusia sudah ramai memeluk Islam ketika itu, bahkan baginda memiliki kuasa penuh ke atas mereka. Namun untuk mengubah sesuatu pegangan dan adat secara mendadak, baginda masih lagi memerlukan ruangan waktu yang tepat dan bersesuaian. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari, (1) Muslim (2) dan Nasaie (3) dari Aisyah bahawa Rasul telah bersabda:
(Rujukan hadits: 1- Shahih Bukhari: Bil Hadits. 1583, 1585, 3368 & 4484 2- Shahih Muslim: Bil Hadits. 3227-3235 3- Sunan An-Nasaie: Bil Hadits. 2900-2901 & 2910)
يا عائشة, لولا أنّ قومك حديثو عهد بجاهليّة (أو قال بكفر) لأنفقتُ كنز الكعبة فى سبيل الله, ولجعلت بابها بالأرض, ولأدخلت فيها من الحجر
"Wahai Aisyah, jika kaummu bukan hampir dengan suasana jahiliyah (atau kekufuran), maka pastilah aku akan menggunakan harta simpanan ka`abah pada jalan Allah, dan aku pasti akan menjadikan pintunya dari tanah, dan aku akan masukkan ke dalamnya sesuatu daripada batu"
Baginda bersabda lagi:
يا عائشة, لولا أنّ قومك حديثوعهد بشرك, لهدمتُ الكعبة, فألزقتها بالأرض. وجعلتها ما بين بابا شرقيا وبابا غربيا, وزدت فيها ستة أذرع من الحجر, فانّ قريشا اقتصرتها حيث بنت الكعبة
"Wahai Aisyah, kalaulah kaummu tidak jauh dari suasana kesyirikan, maka pasti aku akan meruntuhkan ka`abah dan aku letakkannya di atas tanah, dan aku buatkan untuknya 2 pintu di sebelah timur dan di sebelah barat, dan aku akan menambah ketinggiannya sebanyak 6 hasta batu. Sesungguhnya kaum Quraisy tidak sempurna ketika membinanya"
Berdasarkan kedua hadits ini jelas bahawa baginda telah mendapat kekuasaan setelah berhijrah ke Madinah. Namun baginda masih lagi tidak mampu mengubah sesuatu yang sudah sekian lama menjadi pegangan manusia. Segalanya ini adalah demi kemaslahatan dan kesatuan umat.
Jika kita terus menyelidik tentang sirah Rasulullah s.a.w, kita akan mendapati bahawa ada ketikanya baginda akan mendiamkan diri meskipun diperkecil-kecilkan oleh para sahabat akan tindakannya. Sebagai contoh ketika perjanjian Hudaibiyah diantara umat Islam dengan kafir musyrikin Mekah.
Semasa peristiwa Hudaibiyah, Rasulullah telah menerima syarat kaum musyrikin Mekah yang berat sebelah hingga Umar al-Khattab tidak dapat mengawal kemarahannya lalu berkata: "Adakah kamu benar-benar seorang Rasul Allah?!" Bukankah kita dipihak yang benar dan mereka di pihak yang salah?! Jika itu hakikatnya, maka mengapa kita perlu menjual agama kita begitu murah?" Meskipun baginda mendengar herdikan Umar tersebut, Nabi tetap mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang alasan.
Situasi ketika perjanjian dimenterai, tidak dapat membuktikan hakikat tindakan Nabi yang mendiamkan diri. Kalaulah tindakan Nabi itu membawa kesan negatif – sebagaimana difahami Umar – maka umat pasti tidak dapat merasai nikmat yang besar yang mana faedahnya diperolehi setelah 1 tahun dari tarikh perjanjian dibuat. Rasulullah telah dapat menawan kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Bahkan, ketika itu umat manusia berpusu-pusu memeluk Islam tanpa dipaksa. Inilah hikmah yang Umar tidak dapat memahaminya dengan akal manusia yang tidak dipimpin dengan keilmuan Allah s.w.t.
Begitulah juga keadaan dan situasi yang dihadapi oleh imam Ali a.s. Demi memelihara kesatuan umat dan syariat Islam agar tidak keterlaluan diabaikan oleh umat, maka beliau tetap mendiamkan diri dan bersabar menghadapi setiap kezaliman dan ancaman para sahabat yang berpunca dari kebencian yang sudah sekian lama terbuku di dalam hati sanubari mereka. Beliau bukan hanya tidak memiliki cukup kekuatan untuk menentang, bahkan, untuk mengubah sunnah-sunnah Abu Bakar, Umar dan Utsman juga tidak terdaya baginya melainkan dengan bersabar dan merangka strategi seterusnya.
Begitulah keadaan dan situasi yang dihadapi imam Ali a.s. Beliau telah bersabar hinggalah tiba masanya beliau mengumpulkan kekuatan menentang kemungkaran para sahabat. Di situlah terjadinya perang Siffin, Jamal dan Nahrawan.