BTC USD 86,051.5 Gold USD 4,345.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

apa asal perkataan Mutaah ?
brp kali disebut dlm Quran?
betul ker penafsiran korang dgn perkataan Mutaah ni?
jgn hantam semborono jerr...
 
Ini Aku Fikirkan Dlm Nikah Mut'ah:-

1. nikah mutaah tiada memerlukn wali. sedangkn, nikah hakiki memerlukn seorg wali dan beberapa org saksi.

2. nikah mutaah ade tempoh atau masa yang tertentu. sedangkn, nikah hakiki takde tempoh masa yang tertentu. melainkn jatuhnya talak.

3. nikah mutaah tidak memerlukn si suami memberi nafkah zahir dan batin.

4. nikah mutaah tiada pewarisan dalam harta pusaka atau dalam kes tuntutan harta sepencarian.

5. dalam nikah mutaah boleh kahwin sampai 5, 6, 7 dan seterusnya. sedangkn dlm Islam, lelaki hanya boleh kahwin sampai 4 sahaja.

hmm.. cuma tu jela yg aku igt. padanlah byk berlaku penceraian yg tinggi. rupa2nya, ada yg kahwin cara mcm tu. mengikut keempat2 mazhab ahli sunnah wal jemaah (mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab hambali dan mazhab shafie), bersepakat hukum nikah mutaah atau kahwin kontrak ni adalah HARAM dan TIDAK SAH. sbb ia menjatuhkn maruah kaum wanita dan mengajar utk berlaku curang terhadap pasangan. cuba bygkn, apa yg akn terjd sekiranya anda melakukn perbuatan ni? mestilah serba salah dan menyesal kn. klu anda sbg seorg wanita pula mcm mane? berat lg bahu yg memikul drpd yg memandang. sbb tu la kt Malaysia dah ade undang2 perkahwinan. jgn pulak ade bg alasan x tau, x tau dan x tau. lainla yg betul2 jahil tentang bab ni. klu ade yg buat jugak, ntahla.. x tau nk kate ape lg.
[/COLOR]


Ulasan anda yang warna merah tu ikut MAHZAB SHAFEI
Mahzab Hanafi Tak PERLU WALI
Mahzab Malik Tak PERLU SAKSI


1)Soalan saya Pernikahan Hakiki yang mana diantara MAHZAB SUNAH dia atas YANG SAH dan YANG TAK SAH.

2)ANTARA 4 mahzab ini yang mana NIKAH ikut SUNNAH RASULUlLAH


3)Di SEBAB kan mereka SUNNAH.. BOLEHKAH orang SUNNAH campurkan syarat pernikahan HANAFI DAN MALIKI DAN KESUDAHANNYA tanpa wali DAN tanpa SAKSI


Pelik betul..IMAM yang 4 tu BERBEZA pendapat pasal BAB NIKAH KAWIN ni....TAK KAN SAHABAT yang BERTAHUN TAHUN Bersama RASULULAH tak tahu GARIS PANDUAN PERNIKAHAN.IKUT SUNNAH RASULULLAH.

 
apa pendapat tuan-tuan dgn ayat ini?
surah Al-Mu'minuun ayat 1-7

den nak tulis arab x reti...
sekadar berkongsi jer...
 
Last edited:
Assaalamualaikum

Memang ada yang mendakwa Ayat 1-7 Surah Al-Mu'minun adalah ayat yang memansuhkan Ayat 24 Surah An-Nisa'

Tetapi pendapat ini tertolak kerana Ayat 1-7 Surah Al-Mu'minun adalah ayat Makiyyah manakala Ayat 24 Surah An-Nisa' adalah ayat Madaniyah yang turun terkemudian. Bagaimana ayat yang turun dahulu boleh memansuhkan ayat terkemudian.

Fikir-fikirkan

Wassalamualaik
 
Jadi bagaimana nasib anak2 yang lahir hasil nikah mutaah ini?

Apabila tempoh nikah mutaah ni habis sedangkan telah lahir anak2 hasil perkahwinan tersebut, bagaimana kedudukan mereka?

Apabila ibunya berkahwin baru dan berkahwin mutaah sekali lagi dan lahir pula anak2 yang lain bagaimana nasib anak2 yang sebelumnya dan yang seterusnya?

Dan lagi kalau ibunya berkahwin mutaah lagi dan lagi dan lagi, sekian ramai anak2 lahir hasil kahwin mutaah ini bagaimana anak2 ini?

Apa hak2 mereka? Siapa yang wajib menanggung nafkah dan kebajikan mereka? Bagaimana dgn hak mewarisi harta?

Dan berapa kali seumur hidup seorang lelaki atau perempuan boleh melakukan kahwin mutaah?

Jika sekalipun lelaki berpoligami masih ada garis panduan, hukum dan syarat lelaki itu bertanggungjawab terhadap isteri2 dan anak2nya.

Diperjelas hak2 wanita2 yang menjadi isterinya emua berhak ke atasnya dan berhak mewarisi hartanya dan berhak ditanggung nafkah mereka olehnya.

Bagaimana dgn nikah mutaah pula sebagai perbandingan? Apa hak2 isteri2 yang dimadukan secara mutaah itu? Apa jaminan kebajikan mereka?

Tolong saya tak nak jawapan yang ringkas dan mudah dgn menyatakan walau apa kemusykilan saya tentang nikah mutaah ia termaktub halal dalam AL-Quran dan tidak boleh dipertikaikan dgn kemusykilan peribadi yang timbul pada diri saya.

Setiap hukum Allah setakat ini ada penjelasan yang dapat diterima setiap penganutnya hatta sepahit-pahit poligami masih dapat diterima jika perlaksaannya bersesuaian dgn syarat2 layak/harusnye berpoligami.
 
Ulasan anda yang warna merah tu ikut MAHZAB SHAFEI
Mahzab Hanafi Tak PERLU WALI
Mahzab Malik Tak PERLU SAKSI


1)Soalan saya Pernikahan Hakiki yang mana diantara MAHZAB SUNAH dia atas YANG SAH dan YANG TAK SAH.

2)ANTARA 4 mahzab ini yang mana NIKAH ikut SUNNAH RASULUlLAH


3)Di SEBAB kan mereka SUNNAH.. BOLEHKAH orang SUNNAH campurkan syarat pernikahan HANAFI DAN MALIKI DAN KESUDAHANNYA tanpa wali DAN tanpa SAKSI


Pelik betul..IMAM yang 4 tu BERBEZA pendapat pasal BAB NIKAH KAWIN ni....TAK KAN SAHABAT yang BERTAHUN TAHUN Bersama RASULULAH tak tahu GARIS PANDUAN PERNIKAHAN.IKUT SUNNAH RASULULLAH.


Sebenarnya Imam yang 4 tu yang utama ada lagi mazhab lain tapi tak sepopular yang 4 tu, atau mungkin dah tak ada dah., mereka berbeza pendapat mengikut nas2 hadis yang mereka pegang, tak semestinya mereka bertelagah antara satu sama lain. Ijmak ulamak akan mengambil mana yang terbaik, pendapat mana yang terbaik.Imam SYafie sendiri mengakui kalau ada nas atau pendapat yang lebih baik ikut yang lebih baik. Kita tidak fanatik dalam mengikut 4 mazhab.

Kalau nak kata malaysia ni 100% imam syafie, bukan juga, kita ikut syafie dan juga ijmak ulamak. contoh bayar zakat dgn duit. kalau betul2 imam syafie kena bayar dgn beras. tapi selepas ijmak ulamak, kita pilih mana yang terbaik, semestinya berdasarkan nas dan ilmu feqah. kita bukannya fanatik mazhab (yg 4 tu).

Benda2 macam ni nak bahas tak cukup ilmu tak payah. Ulama yang pakar dalam feqah lebih mengetahui dalam lingkungan ilmunya.

Syiah kata sahih bukahridan muslim tidak tepat, sunni kat syiah tak tepat.Tak berkesudahan.

Bagi aku , aku yakin imam yang 4 ini betul2 mendalami ilmunya dan tidak berkepentingan sendiri.Ilmunya adalah untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi tidak ada tujuan yg terpesong dari jalan yang benar. Memanglah mereka tidak maksum tapi mereka adalah orang2 yang ikhlas.
 
Sebenarnya Imam yang 4 tu yang utama ada lagi mazhab lain tapi tak sepopular yang 4 tu, atau mungkin dah tak ada dah., mereka berbeza pendapat mengikut nas2 hadis yang mereka pegang, tak semestinya mereka bertelagah antara satu sama lain. Ijmak ulamak akan mengambil mana yang terbaik, pendapat mana yang terbaik.Imam SYafie sendiri mengakui kalau ada nas atau pendapat yang lebih baik ikut yang lebih baik. Kita tidak fanatik dalam mengikut 4 mazhab.

Kalau nak kata malaysia ni 100% imam syafie, bukan juga, kita ikut syafie dan juga ijmak ulamak. contoh bayar zakat dgn duit. kalau betul2 imam syafie kena bayar dgn beras. tapi selepas ijmak ulamak, kita pilih mana yang terbaik, semestinya berdasarkan nas dan ilmu feqah. kita bukannya fanatik mazhab (yg 4 tu).

Benda2 macam ni nak bahas tak cukup ilmu tak payah. Ulama yang pakar dalam feqah lebih mengetahui dalam lingkungan ilmunya.

Syiah kata sahih bukahridan muslim tidak tepat, sunni kat syiah tak tepat.Tak berkesudahan.

Bagi aku , aku yakin imam yang 4 ini betul2 mendalami ilmunya dan tidak berkepentingan sendiri.Ilmunya adalah untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi tidak ada tujuan yg terpesong dari jalan yang benar. Memanglah mereka tidak maksum tapi mereka adalah orang2 yang ikhlas.
Ya betul tu. Ikutan Syiah Imamiyah dalam CG ni benar2 yakin ke yang mazhab yang 4 ikutan Sunni ni tak boleh pakai langsung semata-mata kerana mereka bukan Ahlul Bait.

Mereka mmg bukan maksum tapi mereka sentiasa ikhlas dalam usaha memberikan panduan yang terbaik untuk ikutan kita supaya tidak terpesong.

Mereka tidak sama sekali berkepentingan peribadi. Sanggup mengakui kesalahan dan kekurangan diri jika ada terdapat kesilapan dalam ajaran mereka.

Kenapa Syiah dengan keras menolak langsung mazhab yang 4 ini dgn hanya menegakkan fahaman mereka sahaja?
 
Assaalamualaikum

Memang ada yang mendakwa Ayat 1-7 Surah Al-Mu'minun adalah ayat yang memansuhkan Ayat 24 Surah An-Nisa'

Tetapi pendapat ini tertolak kerana Ayat 1-7 Surah Al-Mu'minun adalah ayat Makiyyah manakala Ayat 24 Surah An-Nisa' adalah ayat Madaniyah yang turun terkemudian. Bagaimana ayat yang turun dahulu boleh memansuhkan ayat terkemudian.

Fikir-fikirkan

Wassalamualaik

apakah pengertian ayat makkiyah dan madaniyah?
takkan setakat turun di mekah atau di madinah?
 
Baiklah,

Bagaimana berkenaan wali? Hanya wajib untuk menikahkan anak dara sahaja?

Setelah nikah mutaah berjalan maka apa lingkungan tanggungjawab Suami dan Isteri? Apa hak isteri sebagai isteri dan hak suami sebagai suami didalam nikah mutaah?

Adakah sama seperti hak mereka jika berkahwin secara biasa tapi terbatal dgn sendirinya setelah tempoh nikah mutaah ini berakhir?

Sila tuan terangkan kandungan Surah An-Nisa 4: (24) yang menghalalkan nikah mutaah. Ayatnya dan tafsirannya.

Apakah kurangnya nikah yang biasa lalu nikah mutaah menjadi pilihan alternatif untuk bernikah?

Bismillah,

Mengenai syarat dan rukun mut`ah saya tidak berapa mahir mengenainya. Insya Allah soalan itu boleh anda ajukan kepada sesiapa yang berkenaan di sini seperti akhi mynor. Bahkan saya belum pernah menghadapi kes2 yang beliau utarakan di sini. dan saya sendiri belum lagi melakukan mut`ah :)

Cuma apa yang saya tekankan dan pertahankan adalah soal hukum bukan perlaksanaan. Tentang hukum saya berpegang kepada halalnya mut`ah hingga kini. Hujjahnya:

Segalanya terbukti menerusi firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa`: 24 yang berbunyi:

فَمَا اسْتَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة

“dan wanita-wanita yang kalian nikmati diantara mereka, maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan”​

Imam Qurthubi seorang bermazhab Sunni versi Maliki telah mengisytiharkan bahawa jumhur ulama mensabitkan bahawa ayat ini sebagai bukti penghalalan nikah mut`ah.

(Rujuk: Tafsir Qurthubi: 5/130.)

Diikuti Abdu bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid menyatakan bahawa ayat ini turun kerana keizinan pernikahan mut`ah. Perkara ini disokong dengan riwayat yang dinyatakan oleh Abdu bin Humaid, Ibnu Jarir, Ibnu al-Anbari dalam Masahif kemudian al-Hakim menshahihkannya. Abdul Razzaq dan Ibnu Katsir menyatakan bahawa Ibnu Abbas, Sa`id bin Jabir, as-Suda dan Ubay bin Ka`ab membacanya dengan bacaan:

فَمَا استَمتَعتُم بِهِ مِنهُنَّ - اِلَى أجَلٍ مُسَمَّى - فَاَتُوهُنَّ اُجُورَهُنَّ فَرِيضَة

“dan wanita-wanita yang kamu nikmati diantara mereka – dalam tempoh yang telah ditetapkan - , maka berilah kepada mereka ujur (upah) mereka sebagai kewajipan”​

(Rujuk:Fathul Qadir: 1/567 & 1/574, Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal 135 dan Tafsir Ibnu Katsir: 1/420)

Imam Qurthubi berkata: Tiada perselisihan diantara ulama khalaf (kemudian) dan salaf (dahulu) tentang - penghalalan nikah - mut`ah hingga ke suatu tempoh. Tiada hukum perwarisan padanya. Perpisahan berlaku setelah tamat tempoh tanpa sebarang - lafaz - talak.

(Rujuk: Tafsir Al-Qurthubi: 5/132)

Bukti Sokongan Hadits

Keharusan pernikahan mut`ah terus disokong oleh Nabi menerusi haditsnya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah katanya: Kami pergi berperang bersama Nabi dan di sisi kami tiada para isteri kami, maka kami bertanya: Bolehkah kami berbuat sesuatu untuk melepaskan hawa nafsu kami? Namun Nabi melarangnya. Kemudian Rasul mengizinkan menikahi wanita dengan sehelai baju hingga tempoh tertentu. Setelah itu baginda membacakan ayat:

يَا اَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أحَلَّ اللهُ لكُم وَلاَ تَعتَدُوا اِنَّ اللهَ لاَ يحُِبُّ الُمعتَدِين

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengharamkan perkara-perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah untuk kamu, dan janganlah kamu melampaui batasan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas" [al-Maidah: 87]​

(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 4615, 5071 & 5075 dan Shahih Muslim: Bil 3396.)

Diriwayatkan juga dari Amru bin Dinar berkata: Aku mendengar al-Hasan bin Muhammad mengkhabarkan dari Jabir bin Abdullah dan Salamah bin al-Akwa` keduanya berkata: Juru panggil Rasulullah telah keluar dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengizinkan kamu untuk bermut`ah iaitu mut`ah wanita أن تستمتعوا

(Rujuk: Shahih Bukhari: Bil. 5117-5118, Shahih Muslim: Bil.3399 & 3400 dan Tuhfatul Asyraf: Bil. 2230.)

Diriwayatkan oleh Jabir dari para sahabat Nabi mengenai halalnya mut`ah pada zaman hidup Nabi, juga di zaman Abu Bakar dan di zaman akhir pemerintahan Umar. Umar diriwayatkan hanya mengingkari halalnya mut`ah sekiranya bukti hukum halal mut`ah tersebut tidak ada penyaksian dari 2 orang saksi adil sahaja.

(Rujuk: Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)

Seterusnya Ibnu Hazm az-Zohiri telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Muhalla bahawa sekumpulan besar dari kalangan para sahabat tetap berpegang kepada penghalalan nikah mut`ah sesudah Nabi seperti Asma` binti Abi Bakar, Jabir bin Abdullah, Ibnu Mas`ud, Ibnu Abbas, Muawiyah, Amru bin Huraits, Abu Sa`id dan Salimah keduanya anak Umayyah bin Khalaf.Pendapat para sahabat mengenai penghalalan nikah mut`ah diikuti oleh para ulama dari Mekah dan Yaman.

(Rujuk: Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135 dan Bidayatul Mujtahid: 2/71.)

Bahkan Ibnu Juraij salah seorang periwayat hadits yang dipercayai oleh Bukhari telah melakukan mut`ah hingga menikahi seramai 90 orang wanita. Perkara ini diakui sendiri oleh imam Syafi`ie sebagaimana yang dikemukakan oleh Zahabi menerusi kitabnya Tadzkiratul Huffaz.

(Rujuk: Tadzkiratul Huffaz: 1/171 dan Nailul Awthar: Jil 3 Juz 6 Hal. 135.)

Persoalan: Nikah mut`ah sebenarnya sudah lama diharamkan oleh Nabi s.a.w. Namun berita pengharamannya tidak diketahui ramai orang. Dengan itu, Umar mengisytiharkan pengharaman tersebut dan ayat al-Quran mengenainya telah dimansukhkan (dibatalkan) oleh as-Sunnah Nabi s.a.w.

Jawapan: Berdasarkan fakta dari riwayat Jabir bin Abdullah berkata: Kami telah melakukan 2 mut`ah (mut`ah wanita dan mut`ah haji) pada zaman Rasulullah kemudian ia dilarang oleh Umar, maka kami tidak mengulanginya.

(Rujuk: Shahih Muslim: Bil. 3403.)

Fakta ini menggariskan bahawa pernikahan mut`ah telah dilaksanakan pada zaman Rasul juga pada zaman pemerintahan Abu Bakar dan 2 tahun di awal pemerintahan Umar. Dengan ini, apakah Abu Bakar tidak mengetahui sama sekali pengharamannya hingga ia diteruskan sepanjang zaman pemerintahannya? Bahkan ia tetap dilakukan 2 tahun terawal dari pemerintahan Umar sendiri?
Amat mustahil sama sekali umat masih tetap melaksanakannya pada zaman Abu Bakar dan di awal pemerintahan Umar jika benar ia telah diharamkan oleh Rasul.

Persoalan 2: Pendapat yang mengatakan bahawa ayat halal mut`ah telah dibatalkan oleh ayat pernikahan yang berbunyi:

والذين هم لفروجهم حافظون * إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانُهم فإنهم غيرُ ملومين

“dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka, melainkan untuk isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak dicela” [al-Mukminun: 5 & al-Ma`arij: 29]​

Jawapan: Hujjah ini tertolak kerana ayat halal mut`ah adalah dari surah an-Nisa` yang merupakan dari golongan surah-surah Madaniyah iaitu yang diturunkan di Madinah, sementara dua ayat pernikahan di atas merupakan dari kumpulan surah-surah Makiyyah iaitu yang diturunkan di Mekah. Dengan ini, adalah mustahil ayat yang bertindak sebagai pembatal hukum (Nasikh) didahulukan dari ayat hukum (Mansukh.

Hakikatnya, pokok asas yang terpenting adalah hukum halal bagi pernikahan mut`ah sudah terpahat di dalam al-Quran. Dengan ini tiada sesiapa yang dapat membatalkannya meskipun Nabi sendiri.

Memang benar setiap hukum dari al-Quran ada nasakhdan mansukhnya. Namun, apakah ayat al-Quran boleh dimansukhkan dengan as-Sunnah yang kononnya Nabi telah mengharamkan mut`ah? Ini mustahil sama sekali. Bahkan al-Quran hanya boleh dimansukhkan dengan al-Quran sahaja sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

مَا نَنسَخْ مِن آيَةٍ أو نُنسِهَا نَأتِي بِخَيرٍ مِنهَا أو مِثلِهَا

“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami batalkan (mansukhkan) atau Kami lupakan (biarkan hukumnya berterusan), Kami akan datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau seumpama dengannya” [al-Baqarah: 106]​

Berdasarkan ayat ini maka terbuktilah bahawa segala hadits-hadits yang berkaitan dengan pembatalan ayat mut`ah adalah batil dan tertolak kerana tidak mungkin Nabi akan mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah s.w.t.

Jika benar nikah mut`ah telah diharamkan oleh Rasul sesudah huru-hara dengan hukum yang tidak menentu (sekejap halal sekejap haram), maka sudah pasti Allah dan Rasul-Nya akan menentukan sebuah hukum syariat yang bersesuaian untuk dijatuhkan ke atas mereka yang melanggar pengharaman tersebut. Namun, segalanya tidak berlaku.

Mut`ah adalah diantara perkara yang baik yang dihalalkan oleh Allah s.w.t kerana ia dapat mengelakkan umat dari melakukan zina. Namun, kebaikannya tidak dapat dilihat bagi mereka yang memandang ia sebuah penghinaan kepada kaum wanita dan hanya untuk melepaskan nafsu semata-mata. Jika itulah alasannya, maka Allah dan Rasul juga telah merendahkan kaum wanita kerana menjadi bahan pelepas nafsu kaum lelaki hanya dengan menghalalkan mut`ah sahaja. Fikirkanlah sebelum membuat sebarang kesimpulan. Meskipun ia dinamakan mut`ah, namun ia tetap dinamakan sebuah pernikahan yang sah bukan sebuah penzinaan.

Meski apapun persoalan yang berbangkit berkenaan mut`ah seperti keutamaan dan faedahnya, maka itu harus difikirkan bersama. Yang pasti setiap hukum yang Allah titipkan pasti menjadi tunjang dan aturan yang terbaik buat umat Islam, Hanya hukum yang menjadi poko asasnya.
 
Back
Top
Log in Register