BTC USD 80,639.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

nampaknya mula2 mmg halal...

kemudian diharamkan..

so... dah setel la persoalan ni
 
Tuan ratusan RM,

Nak tanya sedikit, adakah ayat Al-Qur,an boleh dimansuhkan oleh hadith? mana yang lebih tinggi darjatnya, Al-Qur'an ataupun hadith?
 
sambungan lagi...



[/B]


Assalamualaikum.
Apabila terdapat 2 hadis bercanggah Satu menghalalkan dan satu mengharamkan..Jadi Apa tindakan yang perlu di buat??....RUJUK PADA ALQURAN...
BUKTI KAN AYAT QURAN YANG MELARANG NIKAH BERTEMPOH atau NIKAH MUTAAH .

Saya tunngu ULASAN kamu pasal seks dengan HAMBA SAHAYA..dan Apa Beza HAMBA SAHAYA dan ISTERI...Adakah SEKS degan HAMBA SAHAYA perlu IJAB QABUL...?

 
nampaknya mula2 mmg halal...

kemudian diharamkan..

so... dah setel la persoalan ni

ZINA pada AWAK ISLAM memang HARAM...Jadi adakah Allah halalkan zina lepas Haramkan dan Halal kan balik?
Ini soalan saya tuju kepada yang menyamakan Nikah Muataah=Zina
 
Kuhik berkata:



Ace menjawab:



Kuhik berkata lagi:



Ace menjawab:



Akhirnya tiada jawapan balas dari pihak Kuhik


Kini jelas bahawa sesebuah keyakinan hanya kerana yakin dan percaya kepada orang yang dianggap ulama tanpa sebarang kajian dan penelitian akan memakan diri. Biarpun sebesar mana pun ulama itu, Yang pasti mereka bukan mengetahui segalanya. Selidikilah fakta mereka samada ia benar atau tidak. Kelak ia membunuh akal yang waras sekaligus merosakkan kefahaman islam yang sebenar.

Sungguh saya ada bukti bahawa imam Bukhari dan Muslim telah menyebut tentang al-Mahdi di dalam kitab hadits shahih mereka. Saya akan kemukakan jika diminta. Insya Allah


KEBENARAN TETAP KEBENARAN :)

Teruskan berforum dengan tenang semua sahabatku :)

:)cgrock
 
Ali bin abi Thalib dan nikah mut'ah


Apa kata Ali tentang nikah mut’ah? Ada yang telah membacanya dari kitab-kitab sunni, ini hal biasa, tetapi kali ini kami nukilkan dari kitab syi’ah. Sebenarnya bagaimana hukum nikah mut’ah menurut Ali?

Kami mengajak pembaca meneliti arahan imam syiah yang dianggap maksum. Bagi syiah Ali adalah imam maksum, suci tanpa cela. Arahannya harus ditaati, sesuai dengan posisinya sebagai imam di mata syiah, yang meyakini bahwa imam adalah penerus dari kenabian.

Bagi Syiah, Ali adalah orangnya yang ditunjuk untuk menjadi penerus misi kenabian, beserta sebelas orang anak cucunya. menjadi penerus kenabian ertinya meneruskan lagi misi kenabian, iaitu menyampaikan risalah Allah pada manusia di bumi. Tentunya ketika menyampaikan misinya tidak berbohong dan tidak keliru, kerana para imam menurut syiah adalah maksum, terjaga dari salah dan lupa, maka tidak mungkin keliru dalam menyampaikan amanat risalah, juga tidak mungkin berbohong ketika menyampaikan hadits Nabi.

Ahlus sunnah menganggap nikah mut’ah adalah HARAM sampai hari kiamat, meskipun pada beberapa ketika pernah dibolehkan oleh Rasulullah SAW. Pengharaman ini berdasarkan keterangan dari Rasulullah SAW sendiri yang mengharamkannya.

Beberapa tahun kemudian Umar menyampaikan pengharaman tersebut pada para sahabat Nabi ketika menjadi khalifah. Namun syi’ah selalu berhujah ahlus sunnah dalam hal ini perlu mengikuti sabda Nabi, dan menuduh Umar yang mengharamkan nikah mut’ah, bukan Nabi. Ertinya di sini Umar telah mengharamkan perbuatan yang halal dilakukan.

Dan hujah-hujah lainnya, yang intinya adalah Rasulullah tidak pernah mengharamkan mut’ah, kerana yang mengharamkan adalah Umar mengapa kita mengikuti Umar dan meninggalkan apa yang dihalalkan oleh Rasulullah SAW?

Dan pertanyaan-pertanyaan lainnya.

Namun ada yang janggal di sini, ternyata Ali malah dengan tegas meriwayatkan sabda Nabi tentang haramnya nikah mut’ah. Riwayat ini tercantum dalam kitab Tahdzibul Ahkam hasil karya At Thusi dengan sanadnya dari : Muhammad bin Yahya, dari Abu Ja’far dari Abul Jauza’ dari Husein bin Alwan dari Amr bin Khalid dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari datuknya dari Ali [Alaihissalam] bersabda :

"Rasulullah mengharamkan pada perang Khaibar daging keledai jinak dan nikah mut’ah."


Bagaimana perawinya? Kita lihat bersama dari literatur syiah sendiri:

Muhammad bin Yahya : dia adalah tsiqah, An Najasyi mengatakan dalam kitabnya [no 946] : guru mazhab kami di zamannya, dia adalah tsiqah [dipercayai]

Abu Ja’far , Tsiqah [dipercayai] lihat Al Mufid min Mu’jam Rijalil Hadits

Abul Jauza’, namanya adalah Munabbih bin Abdullah At Taimi , haditsnya Shahih lihat Al Mufid min Mu’jam Rijalil Hadits

Husein bin Alwan, Tsiqah [dipercayai], lihat Faiqul Maqal, Khatimatul Mustadrak, dan Al Mufid min Mu’jam Rijalul Hadits.

Amr bin Khalid Al Wasithi: Tsiqah, lihat Mu’jam Rijalil Hadits, Mustadrakat Ilmi Rijalil Hadits.

Zaid bin Ali bin Husein bin Ali bin Abi Thalib, salah satu ahlul bait Nabi, jelas tsiqah.

Di sini Ali mendengar sendiri sabda Nabi dan menyampaikannya pada umat. Melalui riwayat ini mungkin kita pelik kerana dua perkara :

Pertama : bagaimana ulama syiah dan ustaz syiah tidak menyampaikan hal ini pada umatnya? Hingga umatnya dengan suka ria melakukan mut’ah yang memang mengasyikkan. Apakah mereka tidak membaca riwayat ini? Ataukah mereka membacanya tetapi tidak menjelaskan pada umat tentang kenyataan ini? Atau
kenyataan ini tidak sesuai dengan kepentingan mereka?

Firman Allah S.W.T :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati,
(QS. 2:159)

Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(QS. 2:160)

Kedua : ketika para ulama syiah menghadapi hadits shahih dari Nabi maupun imam yang tidak sesuai dengan mazhab syiah, mereka mengatakan bahwa Nabi atau imam mengatakan hadits itu dalam kondisi taqiyah, ertinya yang disabdakan tidaklah benar. Misalnya hadits ini, ketika ulama syiah tidak mampu menolak hadits ini karena sanadnya yang shahih, maka mereka mengatakan bahwa hadits ini disabdakan dalam kondisi taqiyah.

Maksudnya adalah Nabi sebenarnya tidak mensabdakan hadits ini tetapi Ali bertaqiyah hingga menyebutkan hadits ini.

Al Hurr Al Amili dalam Wasa’il menyatakan:

“Syaikh [At Thusi] dan [ulama] lainnya menafsirkan riwayat ini sebagai taqiyyah.

Kita perlu mempersoalkan mengapa sabda Ali tidak sesuai dengan ajaran syiah itu dianggap sebagai taqiyah. Tetapi kita ketahui bahwa taqiyah tidak mungkin dilakukan tanpa sebab, iaitu ketakutan. Apa yang Imam Ali takutkan hingga bertaqiyah dalam masalah ini? Apakah kita mempersoalkan kembali sifat pemberani Ali bin Abi Thalib kerana di sini digambarkan takut untuk menyampaikan kebenaran?

Juga kita mempersoalkan sumber informasi Syaikh At Thusi dan ulama syiah lainnya hingga mereka tahu bahwa imam Ali bertaqiyah ketika meriwayatkan sabda Nabi itu. Jika tidak ada sumber yang sah apakah kita mengatakan bahwa ulama syiah hanya beranggapan sahaja, tanpa berdasarkan sumber yang sah? Hanya dengan satu alasan, iaitu perkara yang bercanggah dengan fahaman mereka maka terus Imam Ali dianggap bertaqiyah.

Satu lagi kesan berat bagi ulama syiah yang menyatakan bahwa Ali bertaqiyah dalam hadits itu, bererti Ali mencipta hadits Nabi SAW walhal Nabi SAW tidak pernah mengucapkannya. Kerana pernyataan Ali di atas adalah riwayat, bukan pendapat Ali sendiri, tapi menceritakan sabda Nabi SAWW. Perbuatan ini dikenal dalam istilah hadits dengan “berdusta atas nama Nabi”.

Sedangkan perbuatan berdusta atas nama Nabi adalah perbuatan dosa besar, Kitab Tafsir Surat Al Hamd karya Muhammad Baqir Al Hakim –ulama syiah Iraq- pada hal. 40 memuatkan sebuah riwayat yang panjang dari Ali, yang dinukil dari Wasa’ilu Syi’ah karya Al Hurr Al Amili, dalam riwayat itu Ali menukil sabda Nabi:

"siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja hendaknya menyiapkan tempatnya di neraka."

Hadits ini juga dinukil oleh As Shaduq dalam Al I’tiqadat hal 119-120, juga tercantum dalam Al Ihtijaj jilid 1 hal 394.

Apakah Ali mencipta hadits Nabi SAW hingga menempah tempat di neraka? Atau Ali mendengar sabda Nabi dan menyampaikannya sesuai yang didengarnya? Kami tidak percaya Ali berdusta atas nama Nabi SAW, juga mestinya syiah yang percaya Ali adalah maksum tidak percaya bahwa Ali telah berdusta.

Maka jelaslah Ali mengikuti sabda Nabi SAW, bahwa nikah mut’ah adalah haram dilakukan saat ini, meskipun pernah dihalalkan oleh Nabi dalam beberapa keadaan, iaitu dalam kondisi perang. Tetapi syiah menghalalkan mut’ah dalam segala kondisi, tidak hanya ketika kondisi perang. Ini bezanya nikah mut’ah yang pernah dibolehkan pada zaman Nabi SAWW dan mut’ah dalam mazhab syiah hari ini.

Dengan ini muncul keraguan dan pertanyaan tentang hubungan mazhab syi’ah hari ini dengan Ali bin Abi Thalib. Contohnya syiah yang selalu mengaku mengikuti Ali, tetapi kenyataannya sungguh berbeza.
 
bagus nikah dari jual tubuh ... kalau kawin terus pun tak pe janji islam benarkan ...
 
Ini Bukan Hujjah sekadar Pandangan

Ini Aku Fikirkan Dlm Nikah Mut'ah:-

1. nikah mutaah tiada memerlukn wali. sedangkn, nikah hakiki memerlukn seorg wali dan beberapa org saksi.

2. nikah mutaah ade tempoh atau masa yang tertentu. sedangkn, nikah hakiki takde tempoh masa yang tertentu. melainkn jatuhnya talak.

3. nikah mutaah tidak memerlukn si suami memberi nafkah zahir dan batin.

4. nikah mutaah tiada pewarisan dalam harta pusaka atau dalam kes tuntutan harta sepencarian.

5. dalam nikah mutaah boleh kahwin sampai 5, 6, 7 dan seterusnya. sedangkn dlm Islam, lelaki hanya boleh kahwin sampai 4 sahaja.

hmm.. cuma tu jela yg aku igt. padanlah byk berlaku penceraian yg tinggi. rupa2nya, ada yg kahwin cara mcm tu. mengikut keempat2 mazhab ahli sunnah wal jemaah (mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab hambali dan mazhab shafie), bersepakat hukum nikah mutaah atau kahwin kontrak ni adalah HARAM dan TIDAK SAH. sbb ia menjatuhkn maruah kaum wanita dan mengajar utk berlaku curang terhadap pasangan. cuba bygkn, apa yg akn terjd sekiranya anda melakukn perbuatan ni? mestilah serba salah dan menyesal kn. klu anda sbg seorg wanita pula mcm mane? berat lg bahu yg memikul drpd yg memandang. sbb tu la kt Malaysia dah ade undang2 perkahwinan. jgn pulak ade bg alasan x tau, x tau dan x tau. lainla yg betul2 jahil tentang bab ni. klu ade yg buat jugak, ntahla.. x tau nk kate ape lg.

bg aku, perkahwinan adalah utk berkasih sayang dan menyambung zuriat keturunan. klu aku nk kahwin kontrak, huh, baik aku jd andalusia drpd menyeksa diri sendri. bukan x nk kahwin langsung yek. tapi, biarla dgn cara yg disyariatkn dlm Islam. rite? so, fikir2kn dan renung2kn ape yg aku taip tadi. semoga ia amat berguna bg kita semua.
 
Assalamualaikum

Tuan Alkathiry, adakah pandangan atau hujah peribadi boleh menolak nas dari Alqur'an

Jadi kalau begitu, tidak salah bagi orang yang berpandangan hukum hudud itu tidak perlu dijalankan kerana ia tidak sesuai dikuatkuasakan pada zaman ini.

Wassalam
 
Back
Top
Log in Register