BTC USD 81,295.3 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

Takan aku nak biarkan kawan aku itu bersekudukan tanpa IJAB QABUL..Aku dah Suruh NIkah kekal mereka tak mahu..Jadi Alternatif terbaik bagi golongan ini ialah lafaz IJAB QABUL Mutaah.Jadi apa penyeleasain Ulama Sunnah kepada masalah ini....?
Mengikut siggy kamu tu" Muliannya aku kerana Islam bukannya Melayu...Apa tindakan kamu kalau kamu berhadapan masalah ini...?

P/S Aku tunggu Jawapan dari Kamu

still bukan jalan yang terbaik. masih banyak lagi alternatif-alternatif lain yang boleh kamu ambil. ini masalah zina, bukan masalah taknak kawen atau sebagainya.

kalau saya? saya sudah tentu tidak akan menggunakan pendekatan Syiah dalam hal ini walaupun Syiah merupakan pengikut Ahlul Bait.

kalau saya, bitau jer mak bapak diorang, diorang sudah berzina dan bersekedudukan. bitau imam suruh diorang kahwenkan segera, apa susah. panggil jer mak bapak diorang, panggil imam qadhi, dah kahwenkan.

mereka tidak mahu, itu kerana dorongan nafsu syaitan, sepatutnya kita tidak perlu ikut dorongan syaitan dengan menghalalkan cara dan matlamat...
 
bahaya ni..
nikah muta'ah bole menyebabkan menularnya penyakit berjangkit...

macam pelacur kelas(xtaula kelas apa..)

diorg ni pelacur, tapi dlm konsep ni...
pelacur ni akan kawin dulu ngan lelaki ni.
akan nikah time tu jugak. pastu, masuk bilik hotel..
after diorg dh buat, diorg akan cerai..

so, bnda tu akan berulang2....

Nikah Mutaah habis tempoh edahnya 45 hari...Habis tempoh edah baru boleh Nikah.Kalau anda cakap Nikah Mutaah boleh buat begitu Nikah Biasa pun boleh buat begitu Lepas Nikah dan selasai Jalankan tugas.Si laki laki lafazkan Talak.Pasangan tadi Guna Mahzab Hanafi untuk IJAB QABUL ..tanpa guna wali..cuma panggil kawan BOHJAN 2 oarang sebagi Saksi..Nikah Biasa cara Mahzab Hanafi in banyak dialakukan oleh Orang Indon disini Tak sampai seminngu cerai .Nikah lagi satu..Janji Halal Pak...tak kira ikut Mahzab mana..yang penting ada IJAB QABUL..

P/S:Jangan salah gunakan kemudahan yang Allah beri

 
Last edited:
Ada perbezaan ...Seks bebas tiada AKAD..... Nikah Mutaah ada AKAD ada wali dan ada tempoh.dan beberapa syarat lain untuk mutaah.
Terdapat perbezaan antara seks bebas dan Mutaah

bahaya betul!!!
fahaman syiah dh banyak kat malaysia...
sbnrnye, nikah muta'ah xda beza ngan pelacur..

xper, belajar lagi..:-?:-?
 
Nikah Mutaah habis tempoh edahnya 45 hari...Habis tempoh edah baru boleh Nikah.Kalau anda cakap Nikah Mutaah boleh buat begitu Nikah Biasa pun boleh buat begitu Lepas Nikah dan selasai Jalankan tugas.Si laki laki lafazkan Talak.Pasangan tadi Guna Mahzab Hanafi untuk IJAB QABUL ..tanpa guna wali..cuma panggil kawan BOHJAN 2 oarang sebagi Saksi..Nikah Biasa cara Mahzab Hanafi in banyak dialakukan oleh Orang Indon. Tak sampai seminngu cerai .Nikah lagi satu..Janji Halal Pak...tak kira ikut Mahzab mana..yang penting ada IJAB QABUL..

P/S:Jangan salah gunakan kemudahan yang Allah beri


hanya kerana seks, sanggup menyalahgunakan kemudahan yang Allah beri...

memang benar Islam itu mudah, tapi jangan mempermudahkannya. di sini, kekurangan ialah ilmu pendidikan Islam itu sendiri. apabila kurang ilmu, maka jadilah macam taknak kawen, nak nikah kejap jer. pastu cerai. pastu kawen lagi.

Islam menghalalkan nikah dan cerai, bukan sekadar itu sahaja. yang penting ialah hikmah nikah dan cerai itu. pernikahan ialah untuk membentuk keluarga yang beriman, melahirkan anak yang menjadi pejuang Islam. tapi kalau setakat masalah kamu yang nak nikah, pastu cerai, hanya sekadar semata-mata seks. pastu sanggup conver ke mazhab hanafi (entah betul ke tidak)..ia sangat tidak boleh diterima.

well, kalau kamu nak buat pun. itu terpulang kepada kamu. masalah kamu dan kawan kamu ialah kekurangan ilmu kekeluargaan dalam Islam....

teruskan usaha anda :)
 
Nikah Mutaah habis tempoh edahnya 45 hari...Habis tempoh edah baru boleh Nikah.Kalau anda cakap Nikah Mutaah boleh buat begitu Nikah Biasa pun boleh buat begitu Lepas Nikah dan selasai Jalankan tugas.Si laki laki lafazkan Talak.Pasangan tadi Guna Mahzab Hanafi untuk IJAB QABUL ..tanpa guna wali..cuma panggil kawan BOHJAN 2 oarang sebagi Saksi..Nikah Biasa cara Mahzab Hanafi in banyak dialakukan oleh Orang Indon disini Tak sampai seminngu cerai .Nikah lagi satu..Janji Halal Pak...tak kira ikut Mahzab mana..yang penting ada IJAB QABUL..

P/S:Jangan salah gunakan kemudahan yang Allah beri


kena tgk negara yg banyak org syiah ni..
pelacur2 di sana sume guna nikah muta'ah..
sume dh siap..
hanya jaz bayar duit..
pastu, bole bawak "isteri baru" korg tu terus naik bilik hotel..
renung2 kanla..

kalo beranak cmna???
anak tu, sapa nk jaga??
nafkah?
penyakit berjangkit???
 
kena tgk negara yg banyak org syiah ni..
pelacur2 di sana sume guna nikah muta'ah..
sume dh siap..
hanya jaz bayar duit..
pastu, bole bawak "isteri baru" korg tu terus naik bilik hotel..
renung2 kanla..

kalo beranak cmna???
anak tu, sapa nk jaga??
nafkah?
penyakit berjangkit???

diorang pakai kondom...atau ubat perancang...:))
hebat betul Syiah pengikut Ahlul Bait nie...
 
kena tgk negara yg banyak org syiah ni..
pelacur2 di sana sume guna nikah muta'ah..
sume dh siap..
hanya jaz bayar duit..
pastu, bole bawak "isteri baru" korg tu terus naik bilik hotel..
renung2 kanla..

kalo beranak cmna???
anak tu, sapa nk jaga??
nafkah?
penyakit berjangkit???

Thread Ini Saya bincangkan pasal HUKUM Nikah Mutaah dan Syarat dan Tata caranya menurut Mahzab Syiah.(Sila baca posting yang lepas lepas).Kuasa Nikah Mutaah ini ditangan Wanita,Sebab wanita yang LAFAZKAN IJAB dahulu .Kalau pihak laki laki setuju degan IJAB tersebut(Kalau wanita minta Nafkah dalam IJAB tersebut ). Laki sambut dgn QABUL.
 
Ajaran nikah mut'ah ni adalah ajaran yang membenarkan lelaki supaya tidak bertanggogjawab terhadap wanita yang dikahwininya selain melepaskan keinginannya sahaja .Jumpa dimana-mana lapazkan 'aqad dan sediakan maskahwinnya lepastu ,halallah semuanya tanpa ada sebarang tanggongjawab
.Sedangkan nikah biasa lagi ramai yang berpisah dan tak mahu bertanggongjawab ,tapi mereka dibawah undang-undang dan peraturan ,ini bila nikah mut'ah manusia dan jadi macam lembu tak ada peraturan dan undang-undang kerana tak ada wali saksi imam dan sebagainya.kalau ada anak siapa yang tanggong ,tentu ibunya sendiri ,sedangkan bapanya lepas-bebas sama dengan bapa lembu.aku percaya tak ramai orang kita yang nak jadi macam bapa lembu tu!
 
Allah swt. permengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud "kahwinilah wanita itu dengan kebenaran ahli keluarganya (walinya)dan berilah mereka itu belanja mereka secara makruf dan wanita (yangakan dikahwini itu hendaklah yang supan , bukan wanita lacur dan bukan juga yang mengambil lelaki sebagai teman simpanannya an Nisa:25 ini hukum perkahwinan dengan hamba-hamba ,apa lagi peraturan kahwin dengan wanita yang bukan hamba , tentu lebih ketat dan cermat lagi.nak mudah sangat, boleh jadi macam lembu saja .tapi orang boleh sembelih makan daging kita pula.
 
Nikah Ahli Kitab

Tulisan ini pernah dihantar oleh Ustaz Syameel Akhtar


Assalamualaikum,Org Kristian dan Yhaudi tak kira di mana dan pada zaman bila mereka tetap ahli kitab. Dalam Al-Quran ada diterangkan terdapat ahli kitab yg beriman dan ada yg ingkar. Jadi sejak dulu lagi tedapat ahli kitab yg ingkar. Di sin isaya siarkan artikel yg pernah saya hasilkan dan pernah saya hantar kepada sahabat-sahabat saya.Antara rujukan saya dalam hal ini ialah Prof Dr Radzi othman, Prof Dr Johari Mat, Ustaz Rasul Dahri, Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang(kesemuanya melalui perbualan melalui telefon)
BACA DAN HAYATI DEMI KEMATANGAN DALAM BERAGAMA.

HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB.

Assalamualaikum, moga rahmat Allah bersama para sahabat sekalian. Terlebih dahulu biarlah diri ini menyatakan apa yg dilakukan ini adalah demi kebaikan bersama dalam mencari kematangan dalam Islam dan Iman. Atas dasar itu diri ini sudi andainya dikritik, malah dicemuh seandainya ia mampu memperluaskan horizon pemikiran. Moga-moga dengan ini kita akan menjadi matang dalam berfikir, intelek dalam berhujah dan berbicara serta profesional dalam bertindak. Biarlah diri ini dibenci agar diri ini dirahmati. Biarlah diri ini dicaci kerana diri ini meyakini cinta terhadap Allah adalah segala-galanya. Biarlah diri ini berkorban demi menampilkan Keindahan Islam(sepanjang pertnayaan dgn Prof Pengajian Islam dari IPTA dan ulama’- ulama’ kat Semenanjung saya telah belanjakan ratusan ringgit utk bayar bil telefon sepanjang 2001-2003). Diri ini meyakini keindahan malam nampak pada bulan dan bintangya, keindahan bunga nampak pada mekar harum bunganya dan keindahan Islam nampak kepada penganutnya. Penzahiran Islam yang tulen hanyalah teletak kepada mereka yang memahaminya. Yang penting biarlah ia berada dalam kerangka Mardhotillah iaitu sentiasa selari dan serasi dgn Quran dan Sunnah. Di sini ingin saya nyatakan kepada sahabat tentang topik “HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN AHLI KITAB” Saya mengharapkan sumbangan atau penulisan saya yang ringkas ini, dapat sahabat sekalian manfaatkan. Moga kita semua dalam dakapan rahmat Allah.Moga . Moga kefahaman kita dalam beragama semakin terserlah dan semakin-hari kita semakin mengerti dan memahami Islam yang kita anuti dan seterusnya kecintaan kita terhadap Allah dan Rasul semakin utuh hingga tak mmapu digugat oleh apa jua.
Firman Allah Taala “ Hari ini dihalalkan(diharuskan) perkara-perkara yang baik dan makanan orang-orang ahli kitab kepada kamu(org Islam) dan makanan kamu dihalalkan bagi mereka, dan begitu juga dengan perempaun baik-baik dari ahli kitab sebelum daripada kamu apabila diberi mas kahwinannya” Surah Al-Maidah ayat 5. Cuma persoalan di sini adakah orang Kristian dan Yahudi sekarang masih dianggap sebagai ahli kitab. Dulu saya difahamkan mereka bukan lagi ahli kitab disebabkan penyelewengan dari kitab asal. Itulah yang diajar oleh para Ustaz sebelum ini namun kini saya mengerti hakikat sebenarnya(dan berperanan untuk memahamkan sahabat semua atas dasar sampaikan dariku(Nabi s.a.w) meskipun satu ayat)
Dalam Harakah (1-15.7.2002)Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(bukan niat bermain politik ) ada menjelaskan mengenai persoalan ini, iaitu dalam ruangan Tafsir Al-Quran(Tafsir surah Al-Maidah ayat ke –5) Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan harus bagi lelaki Islam mengahwini perempuan ahli kitab yang suci. Manakala dalam Harakah (16-30.7.2002) Beliau menegaskan lagi “kita harus menghalalkan apa yang Allah halalkan. Jika Allah halalkan berkahwin dgn wanita ahli kitab (Kristian dan Yahudi) maka akan menjadi kufur jika kita kata tak boleh. Ini adalah hukum Allah dan Thabit dari Al-Quran. Masalah tak nak laksanakan itu masalah lain tetapi hukum yang dihalalkan oleh Allah jangan kita haramkan”. Untuk keterangan lanjut saya telah bertanyakan beberapa ulama’ yg yg berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di beberapa IPTA dan menelaah beberapa buah buku yang diakui kebenarannya. Akhir sekali, saya merujuk(call) kepada Ustaz Rasul Dahri (pendakwah Salaf yang tegas menetang bid’ah)Kesimpulannya baik dulu, kini mahupun selamanya org Kristian dan Yahudi adalah ahli kitab.Dan hukum mengahwini perempuan ahli kitab adalah sah hingga ke hari Qiamat.Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah mengatakan dalam Majmu’ Fatwanya “ Jadi semua golongan yang beriman kepada kitab-kitab yang ada (yg telah dirubah) adalah ahli kitab dan mereka kafir disebabkan berpegang kepada kitab-kitab yang sudah berubah itu, dan seperti semua golongan yg lain mereka kekal dalam neraka, meskipun Allah menyuruh meraka agar membayar jizyah, dan dihalalkan bagi kaum muslimin untuk memakan makanan mereka dan mengahwini wanita-wanita mereka” i sini saya kemukakan dalil untuk menyokong hujah saya serta bagaimanakah syarat untuk melaksanakannya.
Di sini saya kemukakan dalil untuk menyokong hujah saya serta bagaimanakah syarat untuk melaksanakannya.
A) Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah(ayat 5) tentang keharusan berkahwin dengan wanita ahli kitab tak pernah dimansukhkan oleh ayat Al-Quran mahupun Hadith. Jadi hukum ini(kahwini perempuan ahli kitab) boleh dan sah hingga ke hari qiamat. Malah ia adalah ayat yang mentakhsisikan(khususkan) ayat 221 Surah al-Baqarah “ Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman” Meingikut ayat ini wanita kafir haram dikahwini tetapi ayat ke –5 , Surah Al-Maidah telah khususkan hanya boleh kahwin wanita ahli kitab meskipun mereka kafir(manakala pengharaman mengkahwini wanita Hindu, Budha dll adalah berkekalan)
B) Perisitwa berlakunya perkahwinan ramai sahabat dengan perempuan ahli kitab berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab(khalifah ke-3 ). Uthman bin Affan pun kahwini perempuan Kristian, begitu juga dgn Talhah bin Abdullah. Cuma Khalifah Umar melarang Huzdaifah Al-Yaman disebabkan beliau seorang panglima perang tentera Islam dan banyak mengetahui strategi peperangan Islam. Ini dibimbangi beliau strategi tersebut jatuh ke tangan pihak musuh. Ini atas dasar Syiasah Syar’iyah (kepentingan politik dan keselamatan negara serta umat Islam). INGAT, Nabi s.a.w berabda “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani(Kristian) yang mendengar tenatang diriku lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus(iaitu Tauhid), maka dia termasuk penghuni api neraka”(DiRiwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya). Jadi wanita ahli kitab yang hidup pada zaman Umar adalah wanita kafir dan bukannya golongan yang beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang asal. Kerana kitab itu termansukh setelah Nabi Muhammad diutus menjadi Nabi dan Rasul.(rujuk fatwa Ibn Taimiyyah)
Di sini ingin saya nytakan syarat-syarat untuk mengahwini perempuan ahli kitab baik Yahudi mahupun Kristian.
A) Muslim di pihak lelaki dan ahli kitab di pihak Kristian. Ini kerana orang lelaki lebih berpengaruh dan berkuasa serta kuat berbanding golongna perempuan. Jika lelaki yang beragama Kristian dan isterinya yang beragama Islam maka tak sah perkahwinan tersebut.
B) Anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut hendaklah beragama Islam
C) Prof Dr Hamka pula mensyaratkan lelaki mestilah beriman, Ini kerana dia bakal berhadapan dgn mentua dan ipar-ipar yang beragama kristian.
D) alam keadaan tertentu pihak berkuasa boleh menegah perkahwinan atas dasar kepentingan agama dan negara. Contohnya jika di suatu kawasan perempuan Kristian ramai yg cantik dan perempun Islam kurang cantik. Jadi ramai lelaki Islam ingin mengahwini perempuan Kristian, ini akan menyebabkan wanita Islam tak ada jodoh dan menjadi andartu.
. Jika kita berada di sesuatu tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian atau Yahudi (mungkin belajar atau bekerja) dan berkenan dgn perempuan Kristian tersebut serta menyintai dan dicintai oleh perempuan Kristian tersebut. Tetapi siperempuan Kristian itu tak nak memeluk Islam. Ini boleh mengakibatkan berlakunya ZINA ( perbuatan keji lagi hina). Jadi lebih mulia dan suci perkahwinan meskipun dengan perempuan Kristian daripada berzina dengannya.
.. Unikkan pada Hari Jumaat kita ke Masjid dan Pada Hari Ahad dia ke Gereja. Pada 1 Syawal kita sambut Eid Mubarak (Raya Puasa) dan pada 25. Disember Dia sambut Krismas. Atas Dasar Dakwah. Adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk memartabatkan kalimah Allah di muka bumi ini meskipun dengan pelabagai cara, method dan strategi selagi ia tidak menyalahi syarak. Jadi perkahwinan dengan wanita Kristian dan Yahudi ini adalah atas dasar untuk menyebarkan Islam. Memang pada mulanya dia beragama Kristian namun setelah sekian lama bersama dalam kebahagian maka sudah tentu akan mewujudkan kesefahaman dalam segenap hal. Lama-lamaan si isteri tadi dapat ditarik kepada Islam.
Jika sahabat ragui apa yg saya perkatakan saya mintak jasa baik para sahabat, tanyalah para alim ulama’ berwibawa. Saya amat mengalukan teguran dari sahabat demi kematangan dalam beragama.
Cuma kita sebagai rakyat mesti akur terhadap ulilamri. Ulil amri Malayisia telah wajibkan setipa yg ingin berkahwin dgn org Islam mestilah memeluk Islam terlebih dahulu. Laggipun Syiekh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin mengatakan "perkahwinan dgn perempuan ahli kitab banyak menimbulkan masalah kepada umat Islam dari timur dan Barat, dan org Islam mestilah berhati-hati memilih isteri utk dijadikan teman hidup"
Kalau kita mampu membimbing wanita Kristian itu menjadi Islam setelah mengahwininya maka bolehlah berkahwin dgnya tetapi jika tak mmapu maka jangan.



P/S Ini Tuan Guru Sunnah Hj Hadi Awang punya Ijtihad...Dan Aku Highlight merah bagi yang mempertikai Hukum ALLAH....
 
Back
Top
Log in Register