BTC USD 81,115.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nikah Mutaah

Asslamulaikum Abg
Boleh Abg Jelaskan Pegertian Isteri dan Hamba sahaya.Apa beza Isteri dan Hamba Sahaya dalam Istilah FIKH hadis hadis Ulama Sunnah.Istilah Isteri di peroleh setelah ada IJAB QABUL.Hamba Sahaya bukannya Isteri. Kalau dah Ijab Qabul dgn Hamba Sahaya baru dapat gelaran Isteri. Boleh Bagi rujukan Hadis melakukan Seks Dgn Hamba Sahaya seperti peneranag Ayat Quran diatas
Wasalam

wa'alaikum salam.

teman dan 'mungkin' rakan2 CG lain, dalam suasana dan keadaan nak memahami 'nikah mut'ah'ni...ujud ketidak, masih praktik ke tidak...
tu yg teman dapatkan nukilan tersebut...bukan nak bahaskan pengertian dan istilah2 lain walaupun ada hubungkait...
jgn le nak belit2...makin jauh kita dari pemahaman sebenar...dan mengelirukan...:-?
 
Syarat Nikah Mutaah

Inilah syarat-syarat nikah mut'ah mengikut Syiah dan inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa 'nikah mut'ah boleh dilakukan dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang besar dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para ulama Syiah mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut'ah ataupun da'im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah isteri orang, jika tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan diriku akan dikau dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga tahun."Umpamanya lelaki menjawab:"Aku terimalah nikah.

Imam Baqir dan Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib bertanya adakah siperempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.

Mengenai wali Ahlul Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183] Abu Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak ada hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla, hlm. 145]

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII, hlm. 262] Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16]

Mengenai saksi di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm. 148] Tidak terdapat di dalam al-Qur'an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat." Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian, firmanNya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu."

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran itu hadith "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi" adalah hadith yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi (Saw.) dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga
ianya dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut'ah.

Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya.
 
Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya.

Bukan ke Nabi SAW pernah bersabda..."jika ada Nabi selepas aku..maka Umar lah orangnya"

ada hikmah bila Umar R.A ambil tindakan...dlm sesuatu perkara demi umat SAW..
 

Bukan ke Nabi SAW pernah bersabda..."jika ada Nabi selepas aku..maka Umar lah orangnya"

ada hikmah bila Umar R.A ambil tindakan...dlm sesuatu perkara demi umat SAW..

kalau tak silap...

syaitan pun tak akan akan lalui jalan yg 'umar r.a lalui...

silap tolong perbetul.
 
aku diberi tahu bahawa ulama syia sendiri tak akan membenarkan anaknya dikahwini secara mut'ah malah mereka akan menulak hukum tersebut terhadap keluarganya sendiri tetapi untuk orang lain dibolehkan saja . Ini cerita ajaran karut apa ni?
 
Akulah antara pecinta Muhammad saw. dan keluarganya tetapi juga pencinta ahabatnya yang diredai Allahterhadapnya dan kerana kasehkan Rasulullah maka aku kasihkan para sahabatnya tetapi ada orang tu mengaku kasehkan Rasul tetapi sanggup memusuhi para sahabatnya yang amat dikasihinya seperti Abu Bakar ,Umar , Usman dan 'Ali dan para isterinya yang dikasihi .Ini juga cerita karut yang tersebar dalam sekumpulan umat ini .
 
apa bezah kwin mutaah dgn kawin misyar ni, konpiyus btul aku

ada sesape yg mahir blh terangkan dgn jelas apa beza nikah mutaah dgn nikah misyar, tq
 
asyik2 ja'far as-sadiq.....

ada rujukan yg lain?
 
Back
Top
Log in Register