BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niat Bantu Orang Ramai, 230 Kg Daging Habis Dijual Dalam Tiga Jam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
8508f366f93a5a97780c92e27fb1c1c769781d05bf797

Peniaga, Nor Asima Ghazali, 43, (kiri) membungkus daging lembu dara betina yang ditempah pelanggan pada Program Jualan Agro MADANI di perkarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok

Apa yang bermula sebagai jualan biasa bertukar luar jangka apabila 230 kilogram daging lembu dara habis terjual dalam tempoh hanya tiga jam pada Program Jualan Agro MADANI di Pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lanas Jedok di sini.

Pengusaha ternakan, Nor Asima Ghazali, 43, mengakui tidak menjangka sambutan luar biasa itu apatah lagi pada mulanya dia dan suami, Mohd Johan Mustapha, 43, hanya menyembelih seekor lembu dara betina untuk dijual kepada orang ramai sebaik gerai dibuka pada 8.30 pagi.

Ahli PeladangNita PPK Lanas Jedok itu berkata lebih 110 kilogram (kg) daging daripada lembu pertama habis dijual dalam masa singkat, mendorong suaminya untuk menyembelih seekor lagi lembu dara betina berusia dua tahun dengan hasil daging melebihi 120 kilogram.

“Saya menjual daging, tulang, perut dan hati pada harga RM20 sekg berbanding harga biasa antara RM25 hingga RM35 sekg mengikut pasaran semasa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Wanita berasal dari Kampung Lawang di sini itu berkata penyertaan mereka dalam Program Jualan Agro MADANI adalah bagi membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah, selain memberi peluang kepadanya  menjual hasil ternakan secara terus kepada pengguna.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam jualan seumpama ini. Memang seronok melihat sambutan penduduk setempat yang datang membeli daging pada harga murah.

“Untung dan rugi itu adat berniaga tetapi yang lebih penting hari ini saya berniaga sambil membantu orang ramai dan berniat untuk bersedekah,” katanya.

Penduduk, Hassan Mat Soh, 55, berkata program jualan seperti itu amat membantu penduduk kampung dalam mengurangkan kos perbelanjaan harian, terutama golongan yang berpendapatan tidak menentu.

“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai buruh binaan, penoreh getah dan petani. Program seperti ini sedikit sebanyak membantu kami menjimatkan perbelanjaan.

 
Back
Top
Log in Register