BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Orang ramai takut bantu polis kena rompak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
Geli-sya-polis-dirompak.webp

Seorang anggota polis terbaring di tepi jalan. - BeritaSatu

JAKARTA – Satu video tular di media sosial memaparkan seorang anggota polis terbaring di tepi jalan dalam keadaan cedera selepas dirompak, ketika orang ramai takut untuk membantunya, lapor laman berita Suara Desa.

Kejadian berlaku di Jalan Inspeksi Kalimalang, Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Dalam video tersebut, mangsa yang merupakan anggota unit Sabhara Polis Metro Bekasi dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai bertugas.

Ketika melintas di kawasan sunyi, dia diserang perompak menggunakan senjata tajam.

Menurut saksi, mangsa terbaring di tengah jalan sambil menjerit meminta tolong.

Bagaimanapun, beberapa penduduk tidak berani mendekatinya kerana bimbang tentang risiko undang-undang dan bahaya yang dirasakan dalam situasi tersebut.

Seorang penduduk, Saiq berkata, selepas beberapa ketika, seorang penunggang motosikal akhirnya memberanikan diri untuk menghubungi polis trafik bagi membantu memindahkan mangsa ke hospital.

“Kami takut, tetapi seorang pemandu yang lalu-lalang telah membantu,”katanya.

Video itu menjadi tular, dengan rata-rata netizen percaya ia berlaku ekoran rasa tidak percaya orang ramai terhadap penguatkuasaan undang-undang.

“Mereka merasa berada dalam kedudukan yang genting: membantu boleh meragut nyawa semasa melawan perompak, tetapi jika pelaku cedera, mereka berdepan akibat undang-undang,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

 
owhh fahamm sbb ape diorg takut,
takut dicederakan perompak,kalau melawan nt perompak cedera diorg plak kena tindakan undang2,
merompak pun dah jd kerjaya kat sana,polis pun kena rompak hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register