combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (tengah), menerima penyerahan Resolusi daripada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Hasan Bahrom (dua, kiri) pada Sesi Libat Urus Pembangunan Kapasiti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (dua, kanan). --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Isu penyelewengan dana dan kelemahan tatakelola yang melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut pembaharuan menyeluruh dalam aspek berkenaan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata cabaran utama dalam konteks masyarakat ketika ini ialah terhakisnya keyakinan terhadap NGO akibat beberapa kes tertentu yang berlaku sebelum ini.
Justeru, katanya, usaha mengembalikan keyakinan masyarakat perlu dilaksanakan melalui pengukuhan tahap profesionalisme dan tatakelola yang setanding dengan NGO pada peringkat antarabangsa.
“Sebelum ini, kita merasakan bahawa masyarakat sangat yakin terhadap NGO, tetapi apabila ada kes-kes tertentu, perkara ini menyebabkan keterhakisan keyakinan masyarakat, termasuk terhadap NGO Islam.
“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama pada peringkat kerajaan untuk berusaha mengembalikan semula teras keyakinan ini agar kita dapat sokongan daripada masyarakat dalam negara mahupun antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Program Libat Urus Pembangunan Kapasiti NGO Islam di sini hari ini.
Zulkifli berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memegang amanah untuk membantu dan membimbing NGO Islam bagi memperkukuh aspek tatakelola dan tahap profesionalisme.
“Insya-Allah, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) dan agensi agama telah mengorak langkah, merancang untuk melakukan perkara ini (memastikan NGO lebih profesional),” katanya.
Beliau berkata antara langkah yang dilaksanakan ialah penganjuran program libat urus pembangunan kapasiti melibatkan aspek pengurusan dana awam, pengurusan dana serta profesionalisme NGO.
“Hari ini kita mengadakan satu libat urus pembangunan kapasiti dari segi pengurusan dana awam, pengurusan dana, dari segi aspek profesionalismenya,” katanya.
NGO Islam Perlu Pembaharuan Tatakelola Bagi Kembalikan Keyakinan Masyarakat - Zulkifli
Zulkifli Hasan, NGO, tatakelola, profesionalism