BTC USD 86,477.3 Gold USD 4,342.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek 89 tahun tanding calon Bebas

demokrasi yang hilang dah pertimbangan agaknya.

aku rasa, elok SPR mewajibkan calon2 Pilihanraya utk melakukan Medical Check Up sebagai salah satu syarat nak jadi calon.

bukan apa, kalau diri sendiri ada masalah kesihatan mana mungkin boleh berkhidmat TERBAIK kpd pengundi2 sekiranya menang .

buat skali dgn mental check up..:D

Agak2 makcik nih guna lambang parti camna ek?
 
buat skali dgn mental check up..:D

Agak2 makcik nih guna lambang parti camna ek?

mental check camne nak buat bro? kena buat brain surgery la kot...:))

lambang parti dia maybe ada ada simbol bulan dok atas dua2 belah dacing. pastu dacing tu diikat ke satu roket...:-? :D
 
ne_03.3.jpg


KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kain berusia 89 tahun membuat kejutan apabila bertanding menentang Datuk Razali Ismail dari BN dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Maimun Yusuf (gambar), nenek kepada tujuh orang cucu dan 19 cicit itu akan mencabar dua calon gergasi itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang sebelum ini disandang Razali pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac ini.

Beliau yang tiba di Pejabat Daerah Kuala Terengganu dengan ditemani seorang pencadang dan seorang penyokong menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi semalam.

Pengesahan pencalonan Maimun untuk bertanding itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.45 pagi, sekali gus merealisasikan impian wanita itu untuk menjadi calon setelah empat kali mencuba.

Sebelum ini, sejak empat pilihan raya lepas, Maimun mengemukakan borang pencalonan, namun ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.

Ketika ditemui, Maimun memberitahu, beliau berminat untuk bertanding kerana mahu menyuarakan pendapatnya berhubung banyak perkara yang beliau tidak berpuas hati.

hidup nenek :)paid hidup nenek :)paid hidup nenek :)paid


ku agak-agak hilang pitis pertandingan ke..... oops wang pertaruhan ke??
 
Back
Top
Log in Register