BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon bebas DUN Sri Tanjung dakwa akan dituduh di mahkamah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Calon bebas DUN Sri Tanjung dakwa akan dituduh di mahkamah​

c39d9f0e-islah-wahyudi-zainudin-fbpic-220726.jpg

Calon bebas yang bertanding di kerusi DUN Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainudin mendakwa beliau akan didakwa di mahkamah pada Ogos ini. (Gambar Facebook)

Islah, 46, berkata pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Skmm) memberikan notis tersebut hari ini yang mengarahkan beliau hadir ke Mahkamah Sesyen Sepang, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, Islah tidak mendedahkan beliau didakwa atas kesalahan apa tetapi memberitahu ia berkaitan hantarannya di media sosial.

“Saya akan memberikan kenyataan lanjut pada sidang media, esok, berserta pelancaran manifesto saya untuk pilihan raya DUN Sri Tanjung,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Islah adalah aktivis yang aktif di media sosial menggesa nama beberapa lokasi di negara ini ditukar kepada nama asal kawasan itu bagi memadamkan identiti penjajah.

DUN Sri Tanjung menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan penyandang daripada Pakatan Harapan Dr G Rajasekaran, calon Barisan Nasional A Achuthan, calon Bersatu M Leevineshwaraan dan seorang lagi calon bebas, A Saravanan.
 
Back
Top
Log in Register