BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon PH Dun Sri Medan "Cikgu Misrin" Sentiasa Tersenyum Hadapi Permasalahan Rakyat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Calon PH Dun Sri Medan "Cikgu Misrin" Sentiasa Tersenyum Hadapi Permasalahan Rakyat​

60cc1def28791d292c82396fa949b1136a424ac0f176f

Calon Pakatan Harapan (PH) N18 DUN Sri Medan, Hishamudin Ishak (dua, kiri) bertemu pengundi di Pekan Kangkar Senangar ketika melakukan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sentiasa senyum sambil mendengar setiap permasalahan dihadapi rakyat, itulah cara calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Hishamuddin@Misrin Ishak menjalankan kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Beliau yang mesra disapa dengan gelaran "Cikgu Misrin" berkata permasalahan terbabit akan cuba ditangani sebaik mungkin termasuk berkenaan banjir termenung yang sering menghantui penduduk Sri Medan saban tahun selain mengamalkan konsep "buat kerja dahulu, baru bercerita".

Bekas guru Matematik itu berkata menyantuni setiap warga kawasannya tanpa mengira latar belakang politik ialah pendekatan yang diutamakan, di samping mahukan pembangunan infrastruktur yang seimbang antara kawasan bandar, pinggir bandar dan kampung.

“Tidak menjanjikan kemewahan, tetapi saya lebih gemar untuk menjadikan kawasan DUN ini sentiasa berada dalam zon selesa kepada setiap penduduknya bagi setiap sudut seperti kemudahan, kebajikan serta menyediakan mutu perkhidmatan yang terbaik.

“Daripada bidang ekonomi dan pendidikan saya juga tidak mahu, terutamanya golongan belia, tertinggal dengan bersedia mengadakan kursus dan program berkaitan termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendedahan kepada pendidikan digital,” katanya ketika ditemui Bernama ketika Walkabout Pekan Kangkar Senangar di sini, hari ini.

Beliau berkata pembangunan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga perlu diperhebat dan usaha membantu mereka dalam memasarkan produk akan dilaksanakan bagi memastikan usahawan dapat meningkatkan ekonomi masing-masing serta tidak tertumpu pada pasaran setempat semata-mata.

Calon PH itu akan menggunakan pengalamannya sebagai ketua kampung dalam bidang perkhidmatan komuniti serta berfungsi sebagai perantara bagi penduduk kampung dengan kerajaan selain mengurus hal ehwal pentadbiran, kebajikan, dan pembangunan setempat.

“Menjadi ketua kampung ialah satu pengalaman yang berharga buat saya dan dari situ jugalah saya berhasrat untuk meneruskan khidmat kepada rakyat agar tiada yang tercicir dalam arus dunia yang semakin moden ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register