afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Tawar calon Melayu, Berjasa umum tanding DUN Nilai
Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata parti itu masih komited dengan penyatuan Melayu dan tidak meletakkan calon di kerusi ditandingi calon Melayu daripada BN, PAS dan juga Wawasan. (Gambar Facebook)
Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mengikuti rapat perkembangan pengumuman calon parti yang bertanding dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.
Katanya, kajian sebelum ini juga mendapati salah satu sebab kurangnya peratus keluar mengundi dalam kalangan pengundi Melayu adalah kerana tidak wujudnya calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.
“Berjasa hadir dan tampil mendengar serta memahami isi hati serta hasrat pengundi Melayu Islam di Negeri Sembilan dalam suasana politik tanah air yang penuh cabaran hari ini.
“Justeru itu, atas dasar prinsip serta memeriahkan sistem demokrasi dan memberi pilihan kepada pengundi Melayu Islam mengundi calon Muslim berwibawa, Berjasa dengan ini mengumumkan untuk bertanding di DUN Nilai,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Berjasa masih komited dengan penyatuan Melayu di mana parti itu memutuskan untuk tidak meletakkan calon di kawasan majoriti Melayu yang sudah wujud calon Melayu daripada Barisan Nasional, PAS dan juga Wawasan.
DUN Nilai disandang Arul Kumar Jambunathan daripada Pakatan Harapan yang memenangi kerusi itu dalam saingan empat penjuru pada PRN 2023 dengan majoriti 10,889 undi.
Dalam PRN kali ini, Arul dijangka akan dicabar calon BN dari MCA Lai Chien Kong.