BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan:Pendatang Kaut Untung

pengalaman aku sebagai orang tengah/peraih ikan bagi nelayan di langkawi (aku kuli jual ikan) :

1. kami peraih beli semua ikan dari nelayan. jadi nelayan2 lepas penat seharian dilaut boleh jual semua hasil dan balik rumah dgn happy. bayangkan kalau nelayan nak jual sendiri? dgn penat, risiko x laku lagi..

2. tokey sy bagi loan pada nelayan sebelum ke laut.. minyak kami tolong belikan..

3. simbiosis antara nelayan dan peraih tu penting.. sama2 bantu dapat dan jual hasil. ikan ni benda mudah rosak. kalau x handle betul2 dan jual cepat2 rugi pacak mcm tu saja.

sekian.
 
pengalaman aku sebagai orang tengah/peraih ikan bagi nelayan di langkawi (aku kuli jual ikan) :

1. kami peraih beli semua ikan dari nelayan. jadi nelayan2 lepas penat seharian dilaut boleh jual semua hasil dan balik rumah dgn happy. bayangkan kalau nelayan nak jual sendiri? dgn penat, risiko x laku lagi..

2. tokey sy bagi loan pada nelayan sebelum ke laut.. minyak kami tolong belikan..

3. simbiosis antara nelayan dan peraih tu penting.. sama2 bantu dapat dan jual hasil. ikan ni benda mudah rosak. kalau x handle betul2 dan jual cepat2 rugi pacak mcm tu saja.

sekian.

selalunya banyak rugi tak bos?

sebab selalu aku pegi pasar terutama ikan merah la banyak aku tgk macam dah lama..org tak nak beli dah.lagi2 kalau time tu harga atas rm30 lebih sekilo
 
ikan premium..cam merah..jenahak... kadang isi dah jadi putih daaa..
pun tak laku2 lagi.. rega agak keras.. x semua org mampu beli..

aku sendiri pun kalau terkena masa mancing baru bleh merasa kari
ikan merah... nak harap beli kat pasar..mmg gerun tgk rega hehe
 
Isnin, 25 March 2019 | 4:49pm

dedahbhahad24_1553505031.jpg

Pendedahan BH mengenai kegiatan pendatang asing mengaut untung besar atas keringat nelayan tempatan.


Isu keringat nelayan, pendatang asing kaut untung dibawa ke Kabinet

PUTRAJAYA: Pendedahan BH mengenai kegiatan pendatang asing mengaut untung besar atas keringat nelayan tempatan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet di Langkawi, Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sendiri akan membawa isu itu untuk dibincangkan bersama Jemaah Menteri.

Beliau berkata, kerjasama daripada pelbagai kementerian sememangnya diperlukan bagi mengatasi isu berkenaan.

“Saya akan mengesyorkan jalan mengatasi masalah yang didedahkan media ini yang mana ia memerlukan kerjasama erat pelbagai kementerian.

“Dari segi tindakan, penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga hanya apabila ada kenaikan harga di peringkat pemborong dan peruncit yang merugikan pengguna, bagaimana pula dengan aspek penindasan terhadap nelayan dan juga amalan kumpulan tertentu yang mengawal pasar borong.

“Saya berpendapat usaha mengatasi perkara ini harus dengan kerjasama banyak kementerian. Ia tidak akan boleh diselesaikan dengan satu kementerian, contoh dalam aspek penguatkuasaan harga, itu tidak boleh, ia mesti usaha secara bersama, perlu konsisten dan tidak boleh bermusim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini hari ini.

citrasanazzahra_1553505035.jpg

Saifuddin beramah mesra bersama peniaga cilik dari Sekolah Rendah Integrasi Az-Zahra ketka melawat ke gerai pameran selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama PKS di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Ahad lalu, BH melaporkan mengenai nasib nelayan yang saban hari memerah keringat memastikan bekalan ikan berterusan untuk rakyat, kekal tidak berubah apabila pulangan diterima masih tidak seberapa, malah jauh lebih rendah daripada pendapatan diraih pendatang asing yang menjual hasil laut itu di pasar borong.

Hasil tinjauan di Marang, Terengganu dan Sungai Besar, Selangor mendapati bagi ikan kembung, nelayan hanya dibayar antara RM6.50 hingga RM10 oleh peraih bagi setiap kilogram (kg). Peraih kemudian mengambil untung RM2 dan menjualnya pada harga RM8.50 hingga RM12 kepada pemborong.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang contohnya, harga borong yang menjadi ‘rahsia terbuka’ dalam kalangan pemborong dan pekerja sepatutnya hanya RM13 setiap kg, tetapi penjual yang rata-ratanya pendatang asing dari Myanmar yang dipercayai dibayar gaji oleh pemborong atau penyewa lot di pasar itu mengambil pula komisen sehingga RM1.50.

Susulan pendedahan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata isu membelenggu nelayan tempatan berkenaan memang dipandang serius oleh pihak kementerian.

Beliau berkata, tiga kementerian akan bekerjasama membela nasib nelayan tempatan yang terus menerima bayaran tidak setimpal dengan keringat mereka.

https://www.bharian.com.my/berita/n...pendatang-asing-kaut-untung-dibawa-ke-kabinet
 
Orang tempatan tak minat kerja ‘kotor’ punca warga asing ‘tawan’ pasar, kata persatuan

March 25, 2019 7:11 PM

Pasar-Borong-Selangor-fmt-250319-1.jpg

anyak lot-lot menjual ikan kosong selepas operasi Imigresen Malaysia menangkap pekerja warga asing tanpa permit.


SERI KEMBANGAN: Keengganan pekerja tempatan memasuki sektor 3D satu daripada punca kebanjiran pekerja asing di Pasar Borong Selangor, kata persatuan peniaga dan pemborong di pasar itu.

Wakil persatuan, Zaki Abdul Manan mendakwa hampir 90% pekerja di pasar tersebut warga asing.

“Bukan kita tak nak ambil pekerja tempatan, tetapi mereka tidak berminat. Tempat tak ‘glamour’ dan kerja kotor.

3D bermaksud “dirty, difficult and dangerous” (kotor, sukar dan bahaya).


Zaki-Abdul-Manan-ms-250319-1.jpg

Zaki Abdul Manan.

“Kita bayar pekerja tempatan RM80 ke RM100 sehari, tetapi mereka tak tahan dan kerja tidak lama,” katanya kepada FMT.

Pada 16 Mac lalu, 112 warga asing yang dipercayai menguasai aktiviti penjualan di Pasar Borong Selangor, ditahan Jabatan Imigresen dalam satu serbuan.

Operasi bersepadu yang turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman itu menyaksikan 198 warga asing diperiksa.

Mereka disyaki berniaga dan bekerja secara haram, kebanyakan mereka menyalahgunakan pas lawatan.

Seramai 66 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) dicekup atas pelbagai kesalahan imigresen.

Imigresen turut menahan 46 orang pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk siasatan lanjut.

Pekerja-pekerja ini dari Bangladesh, Vietnam, Nepal, dan Myanmar, termasuk etnik Rohingya.

Zaki mendakwa, kebanyakan pekerja asing yang ditahan tiada permit kerana permohonan majikan tidak diluluskan kerajaan.

Katanya, ramai peniaga dan pemborong berusaha mendapatkan pekerja asing yang sah, tetapi sukar disebabkan masalah birokrasi.

“Pekerja saya ada permit, tetapi untuk lain sektor. Saya ada 3 pekerja, dan 2 ditahan kerana permit kerja mereka untuk sektor lain.

“Mereka ada permit tetapi untuk sektor perladangan, kilang dan bangunan. Mereka berhenti kerana kadang-kadang gaji tak tetap,” kata Zaki, yang sudah 10 tahun jadi pemborong di pasar tersebut.

Zaki juga mendedahkan kewujudan warga asing bergelar “tauke”.

Warga asing ini, katanya, menyewa lot daripada peniaga tempatan yang sudah tua dan tidak ada ahli keluarga yang sanggup mengambil alih perniagaan tersebut.

“Ada peniaga berumur 60 dan 70 tahun, sudah tidak larat buat kerja dan keluarga mereka pun tak mahu sambung niaga, jadi mereka bagilah sewa kepada warga asing.

“Tetapi taklah ramai. Adalah 4 atau 5 peniaga begitu,” katanya.

Seorang peniaga di Pasar Borang Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, dia pernah emohon permit untuk dapatkan pekerja asing tetapi tidak diluluskan.

Katanya, ramai lagi peniaga yang senasib dengannya.

“Jadi kita terpaksalah guna pekerja asing tanpa permit sebab mereka sahaja sedia bekerja.

“Kerajaan bagi mereka duduk, tetapi tak bagi kerja. Jadi, mereka nak jadi pengemis atau jadi samseng?” katanya.

Zack yakin Pasar Borang Selangor boleh maju sekiranya masalah seperti kekurangan pekerja tempatan dapat diatasi.

Bagaimanapun, katanya, jika masalah begini berpanjangan, tidak mustahil pasar ini terpaksa ditutup akibat ketandusan pekerja, kekurangan pelanggan dan kesulitan peniaga dan pemborong membayar dewa.

Katanya, kini pun sudah 70% peniaga dan pomborong di sini sudah tidak berniaga, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka terus tutup kedai atau untuk sementara sahaja.

“Pelanggan juga mula merungut sebab apabila banyak kedai tutup, bekalan ikan pun sangat kurang” katanya.


Pongot-Sajab-ms-250319-1.jpg

Pongot Sajab.


Sementara itu, Pengurus Kanan Kompleks Pasar Borong Selangor, Pongot Sajab berkata sejak operasi Jabatan Imigresen 16 Mac lalu, pendapatan kebanyakan peniaga dan pemborong kurang 30%.

Beliau berkata ini juga berpunca daripada kekurangan tenaga kerja.

“Kita ada 260 lot jual ikan, ayam dan sayur. Peniaga dan pemborong di hampir semua lot itu rugi 30%,” katanya.

Pongot berkata hasil pertemuan dengan pihak peniaga dan pemborong, satu kertas kerja akan dikemukan kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan imigresen bagi menyiasat dan mengatasi masalah yang dihadapi peniaga dan pemborong di pasar tersebut.

“Kita juga mahu mengetahui kuota pekerja asing yang boleh mendapat permit di Pasar Borang Selangor ini,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...punca-warga-asing-tawan-pasar-kata-persatuan/
 
bosan dengar alasan orang tempatan tak minat kerja 3D.....

kat singapore, dekat australia elok jer orang malaysia g sana kerja 3D, petik buah, potong besi,kayu, cuci lantai

cakap jer la korang nak orang asing yg dibayar rendah atau tak tanya apa2 soalan kt tauke kalau ada benda haram dilakukan
 
Dh pendatang bole kaut beribu ribu dgn hasil jual ikan ni kenapa org tempatan x bole?

Apanya kalo dh bole masuk depa dh buat tp pendatang dh bolot semua dh conquer sampai org tempatan x bole cari mkn.
 
selalunya banyak rugi tak bos?

sebab selalu aku pegi pasar terutama ikan merah la banyak aku tgk macam dah lama..org tak nak beli dah.lagi2 kalau time tu harga atas rm30 lebih sekilo

untung rugi aku x ingat sangat pasal aku x ambik tahu urusan tokey aku.. tapi ada jugak la yg jadi ikan baja/ikan busuk (jual kat tokey kolam ketam).. tokey aku dulu x ambik ikan high grade mcm jenahak, merah n etc.. kami lebih fokus ikan murahan mcm kembung, selar, cencaru..

rugi tu perkara biasa.. ada hari untung ada hari rugi..
 
kalau nelayan tak nak jual kpd org tengah masalah akan kena kpd mereka...diugut..dan lain lain...so takde pilihan..org tengah ni lintah darat yg tak pernah puas sedut darah
 
Back
Top
Log in Register