BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan:Pendatang Kaut Untung

Masalahnya nelayan kalau jual terus pada pengguna mereka akan jual pada harga sama macam harga pemborong. Kalau dia orang disuruh jual pada harga pemborong baik dia orang jual je pada pemborong tak payah pening kepala dan buang masa buka khemah untuk jual dan layan pembeli awam.

situasi pertama

pembeli - bang ikan keli ada?
nelayan - ada rm3.50 per kg
pembeli - cod mana bang
nelayan - ..............

situasi kedua
pembeli - bang.nak refund
nelayan - apsal nak refund?
pembeli -ikan tu masih hidup
nelayan - ..............

situasi ketiga
pembeli- bang.....
nelayan- kau lagi? nak apa???!!
pembeli-nak ikan keli 20kg
nelayan-nak buat apa?
pembeli-ada majlis akad nikah
malam nanti saya dtg ambil

maka nelayan pun tunggul lah
nelayann : .......
 
situasi pertama

pembeli - bang ikan keli ada?
nelayan - ada rm3.50 per kg
pembeli - cod mana bang
nelayan - ..............

situasi kedua
pembeli - bang.nak refund
nelayan - apsal nak refund?
pembeli -ikan tu masih hidup
nelayan - ..............

situasi ketiga
pembeli- bang.....
nelayan- kau lagi? nak apa???!!
pembeli-nak ikan keli 20kg
nelayan-nak buat apa?
pembeli-ada majlis akad nikah
malam nanti saya dtg ambil

maka nelayan pun tunggul lah
nelayann : .......

padia hang taip ni..tak faham aku..

takkan la ada pembeli b3ngap camtu...COD mana apa kejadah, ikan masih hidup la...adeh....
 
Rabu, 27 March 2019 | 6:41pm

SIDANG_DEWAN_RAKYAT_1553683282.jpg

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Pasar Nelayan bebas cengkaman orang tengah

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan pendekatan bersepadu mewujudkan Pasar Nelayan untuk memendekkan rantaian pemasaran hasil nelayan dan melepaskan golongan itu daripada cengkaman orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah strategi serampang dua mata yang memberi peluang kepada nelayan dan keluarga mereka memasarkan hasil tangkapan secara terus kepada pengguna.

Selain itu, katanya, strategi itu adalah pendekatan menang-menang dengan nelayan bakal memperoleh margin pulangan harga lebih baik dan menguntungkan, manakala pembeli pula mendapat bekalan ikan segar pada harga berpatutan.

Beliau berkata, hingga Disember lalu, sebanyak 128 Pasar Nelayan diwujudkan di seluruh negara dengan urus niaga direkodkan pada tahun lalu berjumlah 3,874 tan metrik bernilai RM44.6 juta membabitkan seramai 532 peserta.

“Seramai 2.48 juta pengunjung mendapat manfaat daripada aktiviti jualan harian di Pasar Nelayan dan meningkatkan pendapatan nelayan sebanyak 33.6 peratus, iaitu RM2,503 sebulan berbanding RM1,873.51 sebulan bagi 2016,” katanya menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Salahuddin turut memberi jaminan kementeriannya akan menaikkan semula Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan kepada RM300 berbanding RM200 sekarang jika keadaan kewangan negara mengizinkan.

Menjawab isu kadar faedah Agrobank dikatakan terlalu tinggi mencecah empat peratus yang dibangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) sehingga membebankan golongan petani pula, beliau berkata, kadar faedah ditawarkan berbeza mengikut program.

“Sebagai contoh, Agrobank menawarkan faedah serendah dua peratus melalui Pembiayaan Agropreneur Muda (PAM),” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/546033/pasar-nelayan-bebas-cengkaman-orang-tengah
 
padia hang taip ni..tak faham aku..

takkan la ada pembeli b3ngap camtu...COD mana apa kejadah, ikan masih hidup la...adeh....
ini aku consider kalau nelayan bersatu dan direct jual sendiri pada end user. bro tak tahu ke konsep Pembekal + peraih ni yang cina dok guna masa memula sampai Tanah Melayu dulu ? Kampung A ada Ayam. Kampung B ada Ikan.
Dia duduk tengah tengah trade kan sesama kg. :))

Orang melayu dulu2 kalau ada tanaman atau binatang peiharaan cuma khas utk sara diri sahaja. tak terpikir pun utk lebih jauh,
 
pengalaman aku sebagai orang tengah/peraih ikan bagi nelayan di langkawi (aku kuli jual ikan) :

1. kami peraih beli semua ikan dari nelayan. jadi nelayan2 lepas penat seharian dilaut boleh jual semua hasil dan balik rumah dgn happy. bayangkan kalau nelayan nak jual sendiri? dgn penat, risiko x laku lagi..

2. tokey sy bagi loan pada nelayan sebelum ke laut.. minyak kami tolong belikan..

3. simbiosis antara nelayan dan peraih tu penting.. sama2 bantu dapat dan jual hasil. ikan ni benda mudah rosak. kalau x handle betul2 dan jual cepat2 rugi pacak mcm tu saja.

sekian.

btol..aku jugak dpt jawapan yg sama dari nelayan...
 
Kerajaan timbang lesenkan orang tengah, kata Salahuddin

March 28, 2019 3:46 PM

Salahuddin-Ayubn-3-fmt.jpg

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, orang tengah yang mungkin perlu dilesenkan terbabit dalam rantaian industri buah-buahan, sayur dan ikan.

SERDANG: Idea untuk melesenkan orang tengah bagi mengawal golongan berkenaan daripada mengenakan harga sesuka hati sedang dipertimbang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, idea melesenkan orang tengah itu timbul setelah kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati orang tengah tidak boleh dihapuskan, tetapi pada masa yang sama, terdapat orang tengah yang membawa manfaat.

Salahuddin berkata, orang tengah yang mungkin perlu dilesenkan terbabit dalam rantaian industri buah-buahan, sayur dan ikan.

Pada masa ini katanya tidak ada peraturan yang boleh menghalang orang tengah malah masyarakat tidak mengenali siapa sebenarnya orang tengah.

“Mereka yang hendak ke laut perlu ada lesen, peruncit perlu ada lesen, pemborong juga perlu ada lesen tapi kenapa orang tengah tidak ada lesen,” katanya kepada pemberita selepas majlis town hall bersama MARDI di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan membincangkan idea melesenkan orang tengah dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail dan juga Kementerian Dalam Negeri.

Pada sesi “town hall” itu, Salahuddin berkata, kementeriannya sedang merangka satu sistem untuk memperkenalkan tabung amanah pelaburan bagi nelayan dan petani bagi meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan.

“Melalui tabung amanah pelaburan kesemua nelayan dan pesawah boleh mendapat keuntungan secara terus,” katanya, sambil menambah bahawa cadangan itu akan dibincangkan dengan Permodalan Nasional Bhd.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...imbang-lesenkan-orang-tengah-kata-salahuddin/
 
Back
Top
Log in Register