BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan:Pendatang Kaut Untung

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Ahad, 24 March 2019 | 12:28pm

pasar24mac1_1553401706.jpg

Pasar Borong Selayang menjadi tumpuan pengguna mendapatkan hasil laut


EKSKLUSIF Nelayan: Pendatang kaut untung

KUALA LUMPUR: Nasib nelayan yang saban hari memerah keringat memastikan bekalan ikan berterusan untuk rakyat, kekal tidak berubah apabila pulangan diterima masih tidak seberapa, malah jauh lebih rendah daripada pendapatan diraih pendatang asing yang menjual hasil laut itu di pasar borong.

Hasil tinjauan BH di Marang, Terengganu dan Sungai Besar, Selangor mendapati bagi ikan kembung, nelayan hanya dibayar antara RM6.50 hingga RM10 oleh peraih bagi setiap kilogram (kg). Peraih kemudian mengambil untung RM2 dan menjualnya pada harga RM8.50 hingga RM12 kepada pemborong.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang contohnya, harga borong yang menjadi ‘rahsia terbuka’ dalam kalangan pemborong dan pekerja sepatutnya hanya RM13 setiap kg, tetapi penjual pula yang rata-ratanya pendatang asing dari Myanmar yang dipercayai dibayar gaji oleh pemborong atau penyewa lot di pasar itu mengambil pula komisen sehingga RM1.50.

Ia menjadikan harga meningkat kepada RM14.50 ketika dibeli peniaga runcit yang kemudian menjualnya pada harga antara RM16 hingga RM22 kepada pengguna, menyaksikan beza harga jualan dari peringkat nelayan sehingga pengguna adalah antara RM10 hingga RM16.

pasar24mac2_1553401710.jpg

PASAR Borong Selayang menjadi tumpuan pengguna mendapatkan hasil laut. - Foto Eizairi Shamsudin


Harga ikan kembung bergantung kepada lokasi ia dijual di pasaran runcit, boleh mencecah RM22 setiap kg di pasar Putrajaya dan antara RM18 hingga RM20 di pasar sekitar Shah Alam.

Mampu raih komisyen RM4,500 sebulan

Di Pasar Borong Kuala Lumpur yang menjadi pusat pengumpulan ikan utama bagi Lembah Klang, terdapat 80 lot niaga khusus untuk menjual pelbagai hasil laut. Setiap tauke atau penyewa lot menjual lebih lima jenis ikan termasuk purata 100kg ikan kembung sehari, bermakna penjual atau pekerja mereka mampu meraih komisen sehingga RM4,500 sebulan.

Jika komisen pada kadar sama diambil atas empat jenis hasil laut lain yang juga dijual pada purata 100kg sehari, pendatang asing terbabit mampu meraih sehingga RM22,500 sebulan dicampur komisen bagi ikan kembung, tidak termasuk gaji harian dibayar tauke.

Rantaian transaksi pembekalan ikan yang melalui beberapa lapisan daripada nelayan kepada pemborong sehingga peniaga di pasar borong sebelum ke pasaran runcit, menyebabkan harga hasil laut itu meningkat berkali ganda dan akhirnya ditanggung oleh pengguna.

Ikan di pasar borong berkenaan juga dijual dalam kuantiti tinggi, purata minimum 10kg bagi setiap jenis untuk pasaran kedai runcit, pasar atau pasar raya. Jika penjual ikan atau pekerja pasar meraih komisen RM1.50 bagi setiap kg ikan kembung, tauke pula mengaut hasil lebih besar, antara RM4.50 hingga RM5.

pasar24mac3_1553401713.jpg


PASAR Borong Selayang menjadi tumpuan pengguna mendapatkan hasil laut. - Foto Eizairi Shamsudin
Jumlah komisen diperoleh pekerja warga asing itu bagaimanapun dipercayai jauh lebih tinggi kerana turut mengambil komisen bagi jenis ikan yang lain.

Walaupun harga ikan tidak tetap kerana mengikut harga pasaran semasa, jumlah keuntungan dijana pemborong serta pendatang asing yang menjual ikan tidak jauh berbeza, lebih besar berbanding pendapatan nelayan yang memperoleh antara RM6.50 hingga RM8 atau RM10 setiap kg.

Kos akibat peningkatan berganda harga ikan kerana rantaian pembekalan yang panjang serta komisen untuk pekerja di pasar borong, akhirnya ditanggung pengguna yang terpaksa membayar berkali ganda lebih tinggi berbanding harga di peringkat nelayan.

Tinjauan BH di Pasar Borong Kuala Lumpur, bermula jam 12 tengah malam sehingga pasar ikan ditutup pada jam 10 pagi, mendapati aktiviti mengutip komisen atau dirujuk ‘cukai tambahan’ itu dianggap perkara biasa. Ketika sesi menjual ikan ditutup, hanya sebahagian kecil ikan berbaki, namun ia dikatakan akan dijual semula apabila sesi dibuka semula jam 10 malam.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/544752/eksklusif-pendatang-kaut-untung
 
Ahad, 24 March 2019 | 12:30pm

pasar24mac5_1553401801.jpg

SUPARNI membaiki enjin bot ketika ditemui di jeti nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam, baru-baru ini. - Foto Luqman Hakim Zubir


EKSKLUSIF: Nelayan terpaksa jual kepada tauke

KUALA LUMPUR: Berhutang dengan tauke atau peraih antara punca menyebabkan nelayan terpaksa menjual hasil tangkapan mereka kepada orang tengah walaupun sedar harga ikan dibekalkan mereka berkali ganda lebih tinggi apabila dijual di pasar borong atau runcit.

Selain terikat dengan tauke, mereka juga lebih gemar menjual terus ikan kepada peraih yang siap sedia menunggu di jeti kerana menganggapnya lebih mudah berbanding terpaksa menunggu pelanggan.

Ketika wartawan BH cuba menemubual beberapa nelayan di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini, hampir semua tidak berani ‘membuka mulut’ apabila diajukan persoalan mengenai peranan orang tengah.

Cuma, Suparni Puing, 58, yang lantang memperkatakan isu berkenaan kerana dia nelayan pantai yang tidak terikat dengan tauke.

“Saya tidak berhutang, jadi saya bebas nak jual kepada sesiapa saja. Saya boleh jual pada harga lebih tinggi sedikit daripada harga ditetapkan tauke, namun harganya tetap jauh lebih murah berbanding harga di pasar. Justeru, ramai pelanggan yang datang membeli ikan di jeti,” katanya ketika ditemui di Jeti Pantai Kampung Nelayan, Sungai Besar.

Beliau yang popular dengan panggilan Wak Supar dan menjadi nelayan sejak 45 tahun lalu berkata, ramai rakannya terpaksa menjual hasil tangkapan kepada tauke kerana kesempitan wang untuk membiayai kos membaiki enjin bot yang rosak serta penyelenggaraan peralatan termasuk bot dan pukat.

grafik_nela_1553401807.jpg

Kira-kira 30 nelayan yang mendarat di jeti itu kebiasaannya akan membawa pulang tangkapan ikan senangin, sembilang dan udang.

Wak Supar berkata, situasi mereka berbeza dengan nelayan laut dalam yang dibiayai tauke besar dan meraih keuntungan berkali ganda, sekali gus boleh pengaruhi harga di pasaran.

Mengulas isu itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Hamid Bahari mengakui, harga ikan mahal itu turut berpunca daripada tindakan orang tengah yang mengaut untung kira-kira 60 peratus berbanding harga di jeti.

“Rantaian yang cukup panjang menyebabkan harga ikan mahal. Bekalan ikan bertukar tangan banyak kali sebelum sampai kepada pengguna. Walaupun mereka mungkin ambil untung RM2 setiap kilogram (kg), jika pemborong, peraih dan peruncit kaut untung RM2, kosnya akan meningkat sebanyak RM6.

Galak dapat bekalan terus daripada nelayan

“Pengguna yang akan tanggung beban itu. Sebab itulah kita galakkan pengguna dapatkan terus bekalan daripada nelayan di pasar nelayan. Harga hampir sama dengan harga dijual kepada pemborong,” katanya sambil menambah, harga akan terus meningkat jika ikan dihantar ke luar kawasan pendaratan kerana membabitkan kos pengangkutan dan proses sejuk beku.

Secara anggaran, nelayan pantai perlu menanggung kos lebih RM100 sehari, termasuk kos petrol, makanan dan upah awak-awak, bermakna perlu meraih hasil minimum lebih 20kg sehari untuk purata keuntungan RM100. Ia belum mengambil kira kos selenggara peralatan dan risiko pulang tangan kosong disebabkan faktor cuaca atau bot rosak.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil mengakui wujud orang tengah yang mengaut untung berlebihan.

“Masalah ini wujud sejak dulu dan masyarakat mempersoalkan kenapa kerajaan tidak mampu kawal harga. Ia cuma boleh dikawal KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Percatutan 2011.

“Namun LKIM berperanan merangsang kawalan harga bekalan ikan. Jika kami dapat memastikan bekalan mencukupi, harga akan dapat dikawal, namun ia ditentukan juga faktor lain termasuk pasaran semasa,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/n.../eksklusif-nelayan-terpaksa-jual-kepada-tauke
 
ni kelate ada inisiatif utk nelayan jual direct pada pengguna..
yg terbaru pasar nelayan sabak.. bleh pegi dlm pukul 3-4 petang..time tu
nelayan kecil dah naik darat..

rega ikan kalu masuk pasar besar.. mmg mencekik lerr..
 
Dah lama sangat orang tengah ni mencekik darah..

Sebab tu ikan jadi mahal..

Yang menganggungnya kita ni..

Gomen kena buat something lah..dah lama sgt benda ni berakar

Bukan setakat sembang jer tp x jalan..

Buat lah pasar nelayan banyak2 kat semua tempat..

Hapuskan orang tengah ni..

bukan semua tempat dekat dengan jeti..

Sengsara oo harga ikan mahal2..
 
Dah lama sangat orang tengah ni mencekik darah..

Sebab tu ikan jadi mahal..

Yang menganggungnya kita ni..

Gomen kena buat something lah..dah lama sgt benda ni berakar

Bukan setakat sembang jer tp x jalan..

Buat lah pasar nelayan banyak2 kat semua tempat..

Hapuskan orang tengah ni..

bukan semua tempat dekat dengan jeti..

Sengsara oo harga ikan mahal2..

Masalahnya nelayan kalau jual terus pada pengguna mereka akan jual pada harga sama macam harga pemborong. Kalau dia orang disuruh jual pada harga pemborong baik dia orang jual je pada pemborong tak payah pening kepala dan buang masa buka khemah untuk jual dan layan pembeli awam.
 
skang ni nampak satu lagi problem... lokasi pasar nelayan tu sendiri..
kebanyakan kat area2 kuala sungai pasal jeti nelayan kat situ..
kalu yg byk masa n suka tgk jeti cam kawe nih takper laa... hujung
pantai sabak.. sampai jaa... tp yg xdak masa.. mmg pasar besar jd pilihan.

Kalu beli direct ngan nelayan..wpun letak rega cam pemborong jugak.. inshallah
bulih tawar menawar lagi.. .pastu ikan kompom fresh.. berlendir2 lagi..
 
kadang2 nelayan tu sendiri dikawal oleh tauke2 besar..

tauke2 besar bagi pinjam duit, bagi bot dan kemudahan..dgn syarat ikan jual kt dia...

nelayan kadang2 biasa,gelap mata...last2 terikat ngan tauke tu...
 
org nampak untung, x nampak risiko...
risiko ikan x terjual, berapa dah rugi..
risiko ikan rosak, berapa yg rugi..?
risiko bot rosak...
sbb tu nelayan malas fikir, asalkan dia balik semua ikan dia terjual...
kalau pergi supermarket, pasar borong, byk gak ikan tak terjual sampai rosak...
kat situ mereka dah rugi byk, sbb tu harga markup utk cover bila berlaku kerugian...
 
Back
Top
Log in Register