combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Seri Aminuddin Harun
Kerajaan Negeri Sembilan optimis mengangkat sektor pelancongan pendidikan atau edutourism sebagai pemacu baharu ekonomi dan identiti negeri selaras dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Negeri Sembilan tidak harus dikenali semata-mata kerana keindahan pantai Port Dickson atau populariti masakan tradisinya, sebaliknya perlu berani melonjak sebagai hab intelektual perundangan syariah dan Adat Perpatih yang disegani di peringkat global.
Beliau berkata negeri itu mempunyai keunikan tersendiri melalui amalan Adat Perpatih yang dilaksanakan secara harmoni dengan perundangan syariah dalam kehidupan masyarakat.
“Kami mahu negeri ini menjadi destinasi rujukan utama kepada cendekiawan, pelajar dan pengkaji dari dalam dan luar negara. Bayangkan negeri ini sebagai ‘makmal hidup’, iaitu tempat adat dan syariah bukan sekadar dibincangkan tetapi diamalkan secara menyeluruh dalam kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Kehakiman dan Perundangan Syariah Kebangsaan (KOPKES) 2026 “Mengenali Adat Perpatih: Keistimewaan Kedudukan Wanita Dalam Pemilikan Harta”.
Beliau berkata kekuatan itu menjadi kelebihan negeri berkenaan dan berpotensi besar dipacu sebagai produk pelancongan berasaskan ilmu.
Dalam pada itu, penganjuran konvensyen dan program ilmiah dilihat mampu memperkukuh kedudukan Negeri Sembilan sebagai pusat rujukan intelektual yang berakar pada tradisi namun bergerak seiring dengan arus kemodenan.
Beliau berkata sebagai langkah memperkukuh aspirasi itu, kerajaan negeri turut menyambut baik penerbitan Jurnal Al-Taqrir hasil kerjasama strategik antara Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia.
“Inisiatif ini adalah langkah progresif dalam mendokumentasikan khazanah perundangan dan penghakiman Syariah untuk rujukan dunia akademik,” katanya.
Negeri Sembilan Potensi Jadi Hab Pelancongan Pendidikan Bertaraf Antarabangsa
Aminuddin Harun, konvensyen, KOPKES, Adat Perpati