BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negeri Dialu-alukan Laksana Inisiatif Solat Jumaat Di Pusat Beli-belah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Negeri Dialu-alukan Laksana Inisiatif Solat Jumaat Di Pusat Beli-belah​

3e36010821d0c9eb319f022f0bf5d3616a49f65b9c590


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan mengalu-alukan negeri di seluruh negara untuk melaksanakan inisiatif solat Jumaat di pusat beli-belah, susulan sambutan positif terhadap pelaksanaannya di beberapa lokasi di Wilayah Persekutuan.

Zulkifli berkata pelaksanaan itu ketika ini dimulakan di Wilayah Persekutuan menerusi kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, memandangkan ia berada di bawah bidang kuasa kedua-dua agensi berkenaan.

"Setakat ini solat Jumaat telah dilaksanakan di beberapa pusat beli-belah, termasuk di IOI City Mall, Alamanda Shopping Centre dan Suria KLCC, manakala beberapa lokasi lain sedang dalam peringkat perbincangan.

"Bagi negeri-negeri, kita galakkan dan alu-alukan mana-mana negeri untuk turut bersama-sama kami, saya rasa insya-Allah usaha yang baik ini akan mendapat sambutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa MADANI Ulama dan Umara Peringkat Zon Utara di Masjid Timah, Permatang Pauh, di sini hari ini.

Ketika ini Malaysia mempunyai lebih 6,784 masjid berdaftar, lebih 1,029 surau Jumaat berdaftar dan lebih 18,000 surau dengan keseluruhan 11,000 imam yang dibayar elaun setiap bulan.

Zulkifli berkata pihaknya turut menerima permintaan daripada pengurusan beberapa pusat beli-belah yang berminat menyediakan surau Jumaat selepas melihat sambutan menggalakkan, selepas sesebuah pusat beli-belah mempunyai surau Jumaat, ia menjadi semakin meriah dan menerima lebih ramai pengunjung.

Beberapa negeri turut menunjukkan minat terhadap inisiatif itu, khususnya negeri yang mempunyai bandar utama dengan pembangunan pesat dan bangunan komersial bertingkat, namun perbincangan masih pada peringkat awal.

"Sebab itu semakin banyak pengurusan pusat beli-belah menghubungi kami untuk melihat potensi pelaksanaannya di premis mereka. Selain pusat beli-belah kami turut merancang memperluas kemudahan solat Jumaat ke lokasi tumpuan awam lain seperti terminal pengangkutan, lapangan terbang dan kawasan rehat serta rawat di lebuh raya bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah berkenaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Program Rakan Muda Rakan Masjid akan diperluas ke seluruh negara bagi menggalakkan penglibatan belia dalam mengimarahkan institusi masjid menerusi pelbagai aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan rekreasi.

 
Back
Top
Log in Register