asb..steady walaupun tak banyak...kalau compounding long term ok gak...tapi asb ni ada kontroversi dari segi hukum sebab ada maybank, malaysian tobacco company dengan peratusan yang agak banyak, dah banyak diperdebatkan, boleh google saja, tak perlu buka perbincangan baru di sini dan kebanyakkan kita oun bukan pakar syariah. Secara peribadi, saya ambil jalan selamat.
fixed deposit murabahah agak rendah pulangannya.
apa lagi, tabung haji satu lagi pilihan.
Antara yang paling berpotensi tinggi dalam jangka masa panjang ialah unit trust. Cuma unit trust ni ikut pasaran saham, ada turun naiknya. Ada yang berpuas hati, ada yang untung banyak, yang rugi pun ada, banyak bergantung kepada timing. Unit trust ni ada beberapa strategi yang boleh digunakan. Antranya
1)Buy and hold. Simpan untuk jangkamasa panjang.
2)Dollar cost averaging. Ni boleh tengok perbicangan dalam board unit trust investment. Tiap-tiap bulan masukkan nilai tetap, kurang risiko beli pada harga yang tinggi tapi tidak juga beli pada harga yang rendah. Namun cara ini paling mudah.
3)Switching. Switching ni bila trend pasaran saham naik, beli unit trust jenis ekuiti (saham). Bila turun tukar kepada unit trust bond yang pulangannya rendah tapi very low risk. Nilah antara potensi paling besar untung apatah lagi jika gunakan dana yang agresif. Dapat lock profit insyaAllah. Tapi kena reti bagaimana nak menentukan trend pasaran saham,
Ini servis saya kepada klien. Mereka tak perlu pening-pening kepala. Risko jugak agak rendah kerana saya bukan buat ramalan, tapi trend following dengan sistem yang saya cipta sendiri, saya namakan UT-XRAY. Unit trust x-ray sebab sistem ni macam x-ray pasaran saham untuk melihat arahnya pada satu-satu masa.