BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nak mintak pendapat...

Setuju tetapi dia boleh jadi sebaliknya iaitu cepat rugi...kalau bukan bidang kita...kepada yang expert itulah lubuknya.

Kepada yang play safe better ambik unit amanah dr PNB seperti ASB, ASD, ASM1 atau ASN (ASW, ASM dah penuh)...

Kalau yang nak berpendapatan bulanan...kena menabung ASB full 200K...tahun akan datang insyallah dapat dah gaji operator kilang...:D

Semalam masuk ASW boleh je lagi. Maybe nak masuk figure yang banyak x boleh
 
asb..steady walaupun tak banyak...kalau compounding long term ok gak...tapi asb ni ada kontroversi dari segi hukum sebab ada maybank, malaysian tobacco company dengan peratusan yang agak banyak, dah banyak diperdebatkan, boleh google saja, tak perlu buka perbincangan baru di sini dan kebanyakkan kita oun bukan pakar syariah. Secara peribadi, saya ambil jalan selamat.

fixed deposit murabahah agak rendah pulangannya.

apa lagi, tabung haji satu lagi pilihan.

Antara yang paling berpotensi tinggi dalam jangka masa panjang ialah unit trust. Cuma unit trust ni ikut pasaran saham, ada turun naiknya. Ada yang berpuas hati, ada yang untung banyak, yang rugi pun ada, banyak bergantung kepada timing. Unit trust ni ada beberapa strategi yang boleh digunakan. Antranya
1)Buy and hold. Simpan untuk jangkamasa panjang.
2)Dollar cost averaging. Ni boleh tengok perbicangan dalam board unit trust investment. Tiap-tiap bulan masukkan nilai tetap, kurang risiko beli pada harga yang tinggi tapi tidak juga beli pada harga yang rendah. Namun cara ini paling mudah.
3)Switching. Switching ni bila trend pasaran saham naik, beli unit trust jenis ekuiti (saham). Bila turun tukar kepada unit trust bond yang pulangannya rendah tapi very low risk. Nilah antara potensi paling besar untung apatah lagi jika gunakan dana yang agresif. Dapat lock profit insyaAllah. Tapi kena reti bagaimana nak menentukan trend pasaran saham,
Ini servis saya kepada klien. Mereka tak perlu pening-pening kepala. Risko jugak agak rendah kerana saya bukan buat ramalan, tapi trend following dengan sistem yang saya cipta sendiri, saya namakan UT-XRAY. Unit trust x-ray sebab sistem ni macam x-ray pasaran saham untuk melihat arahnya pada satu-satu masa.
 
Sambungan...

Ada 2 soalan yang sering ditanya kepada saya, berapa potensi pulangan. Saya tak boleh nak kata kerana ia bergantung kepada pasaran saham.

Tapi saya bagi satu senario
Tahun 1 - Pasaran saham naik - Ekuiti - 30%
Tahun 2 - Merundum - Bond - 5%
Tahun 3 - Masih merundum - masih simpan dalam dana bond - 5%
Tahun 4 - Naik kembali - Ekuiti - 40%
Tahun 5 - Naik kembali - Ekuiti 35%

Ini contoh saja.

Soalan 2, risiko kerugian/senario kerugian maksima?
Contoh: Si A membeli dana ekuiti kerana saya nasihatkan ini waktu pasaran saham sedang naik, dua minggu kemudian saya beritahu pasaran saham bertukar arah. Beliau bertukar ke dana bond pula. Dalam hal ni, sebelum sempat untung kerana pasaran saham bertukar arah, beliau kerugian sales charge dan mungkin beberapa peratus lagi kerana pasaran saham turun sebelum sempat beliau bertukar, katakan kira-kira 10-15%.Dalam jangkamasa panjang, pasaran saham akan naik kembali insyaAllah dan dia ada peluang untuk masuk kembali ke adan ekuiti tanpa perlu bayar sales charge lagi dan seterusnya untung.

Dengan trend following, secara sistematik, potensi pulangan jauh melebihi risiko kerana kita tidak akan menyimpan dana ekuiti apabila pasran saham menurun.

Tapi tak ramai mengikut atau menyediakan perkhidamatan cara ni kerana ilmu untuk trend following dengan betul ini agak tersembunyi dan perlu dicari di samping perlukan pengalaman.

Untuk income bulan-bulan, unit trust bukan tempat yang paling sesuai. Unit trust antara tempat yang paling sesuai untuk menggandakan simpanan insyaAllah selama beberapa tahun, apatah lagi jika ada modal yang agak besar, rugi juga jika tak dimnafaatkan. Kemudian bila dah berganda tu, bolehlah difikirkan untuk dilaburkan ke temoat yang boleh beri income bulan-bulan.
 
Last edited:
Macam mana saya boleh terlibat dengan unit trust?
Lebih kurang 10 tahun lepas, saya berjinak dengan saham, tapi ilmu dan pengalaman tak cukup, maka saya tak untung. Dalam masa yang sama saya terus belajar mengenai pasaran saham dan saya menyimpan juga dalam ASB.
bila ASB dah penuh, masuk ASW. Kemudian saya tak senang hati dengar perdebatan mengenai kehalalan ASB, saya masukkan dalam unit trust public mutual. Alhamdulillah, pengalaman, pembelajaran, dan kajian saya dalam pasaran saham dapat dimaanfatkan untuk unit trust. Unit trust untuk kebanyakkan orang adalah lebih selamat dan mudah dari pasaran saham.
 
Setuju tetapi dia boleh jadi sebaliknya iaitu cepat rugi...kalau bukan bidang kita...kepada yang expert itulah lubuknya.

Kepada yang play safe better ambik unit amanah dr PNB seperti ASB, ASD, ASM1 atau ASN (ASW, ASM dah penuh)...

Kalau yang nak berpendapatan bulanan...kena menabung ASB full 200K...tahun akan datang insyallah dapat dah gaji operator kilang...:D


urm... good idea... kn nnt msa tua x lah stress kn??? :)
 
ASB jer...sesuai for beginner...other option x byk membantu.... dlm fasa 1 we dun hav that much choice....besides.. don’t try to build a skyscraper or even a house without building a strong foundation first...gud luck TT :)

Thnks.. i will try my best.. tp ada btl jg tu.. ASB good 4 beginner...urm...di fikirkan nnt.. :)
 
xde bende yg mudah kt dunia ni...ak dh serik dh...masuk asb je...lepas tu duit tu duk diam2...xpon ko wat bli umah n tnah...carila umah yg nk lelong2...huhuhu...

okies.. nape, hang msk forex ker??? semua ckp asb risiko dia kurang..rase2 nya cek bkk ASB nnt nie...
 
Back
Top
Log in Register