BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak ikut ke cakap mak bapak?

Sumber : redmummy

kalau korang, apa nak buat kalau berada di dalam situasi camni?


Mcm ni…sy b’cinta dgn bf sy dah 3thn lebih..yg sedihnye, family dia dah reject sy awl2.. Diaorg blum pun jumpa sy, Cuma bf sy je yg slalu jumpa family sy…mak dia nak jdkan sepupu dia sebagai menantu..maksudnye, dia kene kawen dgn sepupu sendiri..anak buah kesayangan mak dia…:’(

Sape yg x rasa sedih bila mcm ni……kami bercinta…sy kenal dia dr dia x b’keje, dr xde pe2 langsung…sampai skrg dia dah keje, ada harta sendiri…dia penah Tanya sy sama ada trima x kalau sy jd isteri no-2 dia…Tuhan je tau pe yg sy rasa……sukar utk sy trima smua 2….dia cintakan sy, sygkan sy, tp dia terpaksa kawen dgn sepupu dia atas kehendak keluarga…

dia xnak lepaskan sy…dia buat smua 2 sbb terpaksa….dia tetap nak sy jd isteri dia…tp no-2…pe perlu sy buat?…sy btul2 sygkan dia…..tp sy x sanggup nak berkongsi ksh dgn org…. Dia x cintakan sepupu dia…kawen atas dasar terpaksa n keluarga….sy dah xtau nak buat pe2…dia akan berkawen dlm bln ni….sy sedih sgt2…….setiap ari sy menangis…. Sy x penah sangka akan jd mcm ni…..

sy cuba faham situasi dia….smua org kalo boleh xnak hidup bermadu….tp kalau itu dah tertulis dlm hidup sy, sy redha……. Cuma sy xtau mcm mn keadaan bila dia dah b’gelar suami nnti…dia suruh buat mcm biasa…msg, ym, jumpa mcm biasa…dia tetap nak jdkan sy isteri dia…

sy takut, org akan kata sy perampas, pd hal org xtau…sy yg jd mangsa keadaan…sy x rampas dia dr sesiapa pun….:’( sy xde tpt nak mengadu…ati rasa terluka sgt2………..

sy terlalu sygkan dia…terlalu cintakan dia….tp sy x kuat utk lalui smua ni…..

salam...

nak mencelah sikit le. sebenarnya benda ni simple, kalau masing2 tau kaedah dan hukum. masalah ni memang tak akan wujud kalau ikut cara yang betul. ulama zaman berzaman dah cakap camana caranya.

problem sekarang ialah

1. mak si boy tu tak tau hukum dan kaedah
2. boy tu pun tak tau hukum dan kaedah
3. pompuan tu pun tak reti hukum dan kaedah.

meh aku cerita sikit.

satu-satu ok.

1. mula2 sekali, korang pegi couple tu buat apa? sah2 haram. pastu dah datang kasih sayang.... dah tu, sakit le. jodoh ni benda yang dah ditentukan, tak perlu kecoh2. silap2 couple ni dah terpegang sana sini pulak... lagi haru.

so, silap langkah yang pertama - dia couple.

korang bole cakap aku kolot ke apa ke, tapi hukum tetap hukum, walaupun korang hidup tahun 3000 pun.

2. Mak budak laki tu takde hak untuk tentukan sapa yang patut kawin dengan budak laki tu. bapak budak laki tu pun takde hak....

nanti aku sambung jap lagi....

ok aku smbung balik.

budak laki tu mempunyai hak penuh dari segi syariat untuk memilih sapa yang patut jadi isteri dia, asalkan pilihan dia tu sekufu (sebanding , sepadan) dengan dia. mak bapak dia tak boleh paksa. itu hak dia sebagai seorang lelaki. sebab dia yang akan tanggung dosa pompuan tu bila pompuan tu jadi isteri dia.

3. Budak pompuan tu pulak hanya bole terima ajele. harap2 boy dia tu tau syariat dan menegakkan apa yang merupakan hak dan prerogatif dia.

jadi kalau boy tu cukup jantan, maka dia akan hantar rombongan merisik. Apabila ini berlaku, maka sekarang tugas untuk menentukan samada boy tu dapat kawin ngan minah tu terpulang kepada bapak pompuan tu sebagai wali dia yang sah.

bapak dia ni ada tanggungjawab besar utk pegi menyelidiki boy ni, samada boy ni orang elok ataupun tidak untuk dia serahkan anak pompuan dia. dia kena pegi tempat keje boy ni untuk tengok samada boy ni jenis yang keje rajin ataupun jenis yang mengular.

dia kene pegi kampung budak laki ni, tanya orang kampung macamana perangai budak laki ni etc etc etc.

hanya apabila budak laki ddapati sesuai oleh ayahanda budak pompuan ni, dan dia memberi persetujuan, barula budak laki ni bole masuk meminang....

insyaAllah bahagiala mereka seumur hidup dan membawa kesyurga, kerana semua pihak paham agama dan ikut syariat dalam mendirikan rumahtangga.

wallahualam
 
Last edited:
ermm...ssh mcm ni
pd saya bf u perlu ade pendirian dan tegas, tapi dlm masa yg sama perlu berhemah. coz sbg seorg lelaki dia kena berani membuat keputusan, cuba bnyk2 berbincang dgn keluarga dia. ceritakan mengenai perhubungan korang & perancangan korang. pastu buat sembahyang istikarah. kepada TT sy rasa majoriti perempuan xsuka di madu walaupun madu tu manis. jika di takdirkan jodoh TT bkn dgn kekasih tu, TT kena redha. anggaplah ini sbg dugaan hidup.
 
kawen jerk..huhuhu.abes cite..da suka sama suka ape lg..pi nikah kt thailand.huhuhu....
 
Kalo aku jantan tu, aku truskan niat aku kawin dgn awek semasa.. Pi lantaklah dgn famili.. Aku yg nak terajui famili aku.. Kalo xikhlas kawin, utk apa??? Kalo aku susah 10,20 tahun akan datang, diorg suruh aku settlekan sendri gak..
N kalo aku awek tu, aku cari lain.. Walopun pahit, ianya buat ko lebih kuat & tabah..:)cgrock
 
jap2



nak tanyaaa skettt




apa plak kata sepupu bf awk tu?????
 
rilek2...chill...jgn smpi pecah family da la...pikir pjg...
 
jap2



nak tanyaaa skettt




apa plak kata sepupu bf awk tu?????

ape spupu pompuan tu cakap tak penting.
yang penting, apa boy tu nak buat. sebab tu hak dia.
kalau dia buat camana pun, dia tak bedosa apeeee

skrg ni mak dia yang bedosa dok memaksa satu benda yang dia tak berhak atas anak laki dia tu.
spupu boy tu takde hal apa2, sebab kputusan sbnar terletak pada wali dia

yang paling penting ialah boy tu dan apa dia nak. asalkan dia tak berlaku mungkar pada Allah cukup le.

anyway... teringat aku gaduh besar ngan family aku selama 7 thun pasal aku berkeras nak kat awek aku ni jugak camana pun. akak aku tak betegur ngan aku 3 tahun lebih.

sampai skrg pun, akak aku cepat aje hot kalu ngan aku.

tapi aku peduli apa. aku punye hak nak pilih sapa yang aku nak. yang beri hak tu bukan orang lain, Allah taala yang mencipta aku dan mak aku dan kakak aku dan awek aku.

bapak aku jugak best. cool aje. dia cakap... dah kau pilih dia, abah nak cakap apa. mak kau cakap apa pun, akak kau cakap apa pun, ape ada hal.

kita lelaki ni kena strong beb. tapi pasal benda2 yang hak le. jangan le strong dan berani utk benda beng-ong, pegi merempit etc...
 
mak bapak cmni pon ade lagi ke skrg~X(~X(
 
erm guna bomoh jek...hhehehee
 
Back
Top
Log in Register