BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak ikut ke cakap mak bapak?

salam...

nak mencelah sikit le. sebenarnya benda ni simple, kalau masing2 tau kaedah dan hukum. masalah ni memang tak akan wujud kalau ikut cara yang betul. ulama zaman berzaman dah cakap camana caranya.

problem sekarang ialah

1. mak si boy tu tak tau hukum dan kaedah
2. boy tu pun tak tau hukum dan kaedah
3. pompuan tu pun tak reti hukum dan kaedah.

meh aku cerita sikit.

satu-satu ok.

1. mula2 sekali, korang pegi couple tu buat apa? sah2 haram. pastu dah datang kasih sayang.... dah tu, sakit le. jodoh ni benda yang dah ditentukan, tak perlu kecoh2. silap2 couple ni dah terpegang sana sini pulak... lagi haru.

so, silap langkah yang pertama - dia couple.

korang bole cakap aku kolot ke apa ke, tapi hukum tetap hukum, walaupun korang hidup tahun 3000 pun.

2. Mak budak laki tu takde hak untuk tentukan sapa yang patut kawin dengan budak laki tu. bapak budak laki tu pun takde hak....

nanti aku sambung jap lagi....

ok aku smbung balik.

budak laki tu mempunyai hak penuh dari segi syariat untuk memilih sapa yang patut jadi isteri dia, asalkan pilihan dia tu sekufu (sebanding , sepadan) dengan dia. mak bapak dia tak boleh paksa. itu hak dia sebagai seorang lelaki. sebab dia yang akan tanggung dosa pompuan tu bila pompuan tu jadi isteri dia.

3. Budak pompuan tu pulak hanya bole terima ajele. harap2 boy dia tu tau syariat dan menegakkan apa yang merupakan hak dan prerogatif dia.

jadi kalau boy tu cukup jantan, maka dia akan hantar rombongan merisik. Apabila ini berlaku, maka sekarang tugas untuk menentukan samada boy tu dapat kawin ngan minah tu terpulang kepada bapak pompuan tu sebagai wali dia yang sah.

bapak dia ni ada tanggungjawab besar utk pegi menyelidiki boy ni, samada boy ni orang elok ataupun tidak untuk dia serahkan anak pompuan dia. dia kena pegi tempat keje boy ni untuk tengok samada boy ni jenis yang keje rajin ataupun jenis yang mengular.

dia kene pegi kampung budak laki ni, tanya orang kampung macamana perangai budak laki ni etc etc etc.

hanya apabila budak laki ddapati sesuai oleh ayahanda budak pompuan ni, dan dia memberi persetujuan, barula budak laki ni bole masuk meminang....

insyaAllah bahagiala mereka seumur hidup dan membawa kesyurga, kerana semua pihak paham agama dan ikut syariat dalam mendirikan rumahtangga.

wallahualam

Pendapat yg menarik... :)cgrock
 
ahaks tak pasal2 kene basuh balik. bdk2 skang ni selagi tak kene mmg tak reti beringat
 
anak dara kena ikut pilihan mak pak...eh member tu lelaki ek..erkk..
 
bg aku la...lelaki nie sebenarnya takde pendirian...maaf TT.....dia lelaki....keputusan kawen bukan dari keluarga dia....rasanye kalau dia berkeras mungkin takkan jadi.....caye la sbb aku pun penah mengalami situasi yg sama tetapi berbeza sbb aku yg jadi lelaki.......tapi aku tetap dgn keputusan aku......kalau mak dia marah pun...mungkin sekejap je.....apa pun....ada kontra dia....mungkin kalau ko dapat kawen pun...mak dia akan tetap marahkan ko........jadi bini no 2?sampai bila?ko sanggup ke kalau ko jadi mcm bini dia yg no 1 tuh?hidup dia juga mungkin terkorban dan lagi teruk menjadi mangsa sbb suami dia tak sygkan dia dan dia pegi tidur umah ko sbb dia hanya sygkan ko.........dia yg akan menderita zahir dan batin.......dan ko tetap menjadi penyebabnya......kalau buleh...lupakan la dia.....biar la dia dgn kehidupan barunya...dan ko TT....binalah hidup baru ko.........
 
talk is cheap.. dia sendiri yang boleh selesaikan masalah ni.. biarpun cinta tu jarang didapati, tapi bukannya seorang sahaja "lelaki" di dunia ini.. >:) >:) >:)
 
Back
Top
Log in Register