BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib boleh bertanding PRU-15?

kalau aku jadi agong
baik pi melancong keluar negara time ni
serabut je layan kaki politaik ni
 
ni cara halus org sana tak nak bagi anak najib bertanding MP Pekan
 
perlembangaan dah ditulis dah.. kalau dpt bertanding juga.. mmg beng ong lah politik malaysia ni..
 

Najib tidak layak tanding PRU15​

najib-24.jpg
NAJIB TUN RAZAK

  • 13 Oktober 2022, 7:03 am


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, satu-satu cara untuk Najib bertanding pada PRU15 ialah mendapat pengampunan diraja sebelum hari penamaan calon.




Mohamed Hanif berkata, berdasarkan Perkara 48 itu, Najib secara automatik hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya kerana bekas Perdana Menteri itu dihukum penjara lebih setahun dan didenda lebih RM2,000.

PENGAMPUNAN​

“Satu-satu cara Najib boleh bertanding pada PRU15 ialah kena dapatkan pengampunan diraja bagi membatalkan sabitan, kesalahan dan hukuman. Sama seperti pengampunan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Kena dapatkan pengampunan sebelum penamaan calon. Satu jam sebelum penamaan calon pun masih boleh diterima. Namun, jika tiada (pengampunan), dia tidak layak bertanding,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang memaklumkan Najib boleh bertanding walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara dan pencalonan boleh dihantar menerusi wakilnya.

Haniff kecewa dengan kenyataan Ab. Rashid kerana apa yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi SPR itu bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh mengelirukan masyarakat.

“Perkara ini perlu berlandaskan fakta kerana termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya boleh bagi pendapat dan ulasan begitu sahaja, Sepatutnya dia (Ab. Rashid) tahu perkara ini kerana dia bekas Pengerusi SPR,” katanya.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Datuk Adnan Seman berkata, Najib tidak boleh bertanding pada PRU15 kerana telah disabitkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

“Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen jika dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan.

“Serta dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas,” katanya.

Katanya, walaupun Najib telah memfailkan suatu petisyen bagi pengampunan namun petisyen tersebut hanya menghalang kehilangan kelayakan beliau sebagai ahli Majlis Parlimen sebagaimana yg diperuntukkan di bawah Fasal (4) Perkara 48. – UTUSAN
 
1665733627101.png


Wan Rosdy tiada maklumat penuh Umno Pekan calonkan Najib

Diterbitkan: Oct 14, 2022 2:55 PM

Dikemaskini: 2:55 PM




PRU15 | Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan dia belum menerima maklumat lengkap berkaitan cadangan Umno Pekan mencalonkan Najib Razak untuk kerusi parlimen Pekan dalam PRU akan datang.

“Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa maklumat, dan saya akan rujuk kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan penasihat undang-undang (kerajaan) negeri... sekiranya ada pencalonanlah,” katanya dalam sidang media khas di Kuantan Pahang, hari ini.

Dia berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan dibuat Timbalan Ketua Umno Pekan, Zamri Ramly, pada Khamis yang mengesahkan nama Najib adalah antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk pucuk pimpinan BN.

Zamri juga dilaporkan menolak ramalan ramai pihak mengenai kemungkinan dua anak Najib, - Nizar atau Nooryana Najwa - akan bertanding di kerusi berkenaan.




Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun serta didenda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan kesalahannya menyelewengkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


7845f4aee594f021f714bdc15f54b183.jpg


Terdahulu, Wan Rosdy mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Katanya pembubaran ini adalah selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang.

Ditanya mengenai calon yang akan ditawarkan BN Pahang pada PRU ke-15, Wan Rosdy berkata perkara itu akan diputuskan kemudian, namun tidak menolak kemungkinan lebih ramai muka baharu akan diketengahkan.




"Itu perkara biasa, dari dulu lagi sejak kita mengadakan pilihan raya pasti ada muka baru dan muka lama," katanya lagi.


Berurusan terus dengan Wan Rosdy
Wan Rosdy juga memberitahu, keputusan PAS untuk bersama Perikatan Nasional (PN) dalam PRU nanti tidak menjejaskan peluang BN untuk terus menguasai Pahang.

Katanya, hal itu berdasarkan rekod pentadbiran kerajaan negeri yang sangat baik dan dibuktikan dengan peningkatan kutipan hasil melebihi RM1 bilion sehingga Sept lalu.

"Kita juga berjaya menarik pelaburan asing melebihi RM50 bilion dan mampu mengurangkan hutang (kerajaan negeri) kepada kerajaan Pusat dari RM3.3 bilion kepada RM950 juta dalam tempoh 53 bulan kita (BN) menjadi kerajaan di Pahang,” katanya.
Umno dan PAS Pahang pada April 2021 memeterai Muafakat Nasional (MN) yang ditandatangani sendiri oleh Wan Rosdy dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Bagaimanapun hubungan kedua-dua parti di peringkat pusat mula bermasalah selepas pimpinan mereka saling berbalas kenyataan mengenai kedudukan gabungan itu.

Pada September lalu, Ketua Penerangan PAS Pahang, Mohd Tarmizi Yahaya memaklumkan semua ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak awal tahun ini.

Perkara itu kemudiannya disahkan Rosli, namun memaklumkan semua Adun PAS tetap melakukan kerja seperti biasa walaupun tanpa peruntukan daripada kerajaan Pahang.

Sebelum dibubarkan, BN Pahang mempunyai 25 kerusi DUN, Pakatan Harapan memiliki sembilan kerusi dan PAS lapan.
Dalam pada itu, Setiausaha Umno Pahang, Abdul Hamid Nazahar ketika dihubungi memaklumkan urusan berkaitan senarai cadangan nama calon dari semua bahagian Umno diserahkan terus kepada Wan Rosdy selaku pengerusi negeri.

"Semua ketua Umno bahagian berurusan terus dengan Wan Rosdy," katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
 
1665750018847.png



‘Kami calonkan Najib bertanding sebelum mahkamah buat keputusan’


Diterbitkan: Oct 14, 2022 6:51 PM

Dikemaskini: 6:56 PM




Pemangku Ketua Umno Pekan, Zamri Ramly hari ini tampil menjelaskan bahawa nama bekas perdana menteri, Najib Razak disenaraikan sebagai antara calon kerusi Parlimen itu dan diserahkan kepada Umno Pahang Ogos lalu.

"Nama Najib bersama empat lagi (nama) diserahkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Umno Pahang apabila diminta pada Ogos lalu dan bukannya baru-baru ini.

"Tarikh akhir (penghantaran nama bakal calon) pada 19 Ogos dan ia (senarai) mungkin dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk tapisan.
"Namun, pada 23 Ogos, Datuk Seri Najib diperintah menjalani hukuman, jadi pencalonan (Najib) tidak sepatutnya menjadi isu kerana kita serahkan senarai nama sebelum mahkamah membuat keputusan," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.




Umno Pekan menjadi tumpuan sejak Khamis lalu selepas bahagian itu meletakkan nama Najib dalam senarai calon untuk PRU15.
Tindakan itu menimbulkan persoalan awam memandangkan Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan rasuah melibatkan dana SRC International.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri malah menyindir supaya buku Perlembagaan Persekutuan diberikan kepada Umno Pekan susulan tindakan itu.


801de044a3da56f8b96b439d5a46707b.jpg
Anwar Ibrahim

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta




Laporan itu memetik Zamri sebagai berkata Umno bahagian terbabit menyenaraikan Najib, yang juga ketua Umno Pekan, sebagai antara lima calon berpotensi untuk bertanding di kerusi itu.

Dalam pada itu, Zamri berkata keputusan mencalonkan Najib tidak bermakna dia disahkan akan dipilih untuk bertanding pada PRU15.
"Najib adalah penyandang dan ahli Parlimen Pekan selama lima penggal jadi namanya dimasukkan dalam senarai.

"Memang menjadi kebiasaan mana-mana bahagian Umno mencadangkan penyandang kerusi DUN atau Parlimen dalam senarai nama mereka (nama yang dicalonkan mengikut bahagian) untuk pertimbangan," katanya.
 
Pandangan itu dikemukakan bekas presiden Badan Peguam Malaysia. https://cstu.io/609311

1665802679622.png


Najib tak layak bertanding kecuali dapat pengampunan

Diterbitkan: Oct 15, 2022 10:43 AM

Dikemaskini: 10:44 AM



Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, melainkan dia mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas presiden Badan Peguam, Salim Bashir, berkata penangguhan kehilangan kelayakan seseorang ahli parlimen mengikut Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai jika parlimen belum dibubarkan.

“(Ia) bukan untuk tujuan pencalonan, pelantikan atau pemilihan ke mana-mana dewan parlimen,” kata Salim kepada Malaysiakini.
Tambah Salim, hal itu dinyatakan secara jelas oleh perlembagaan melalui perkara 48(5).




Sekiranya seseorang itu mengemukakan pencalonan walaupun terdapat larangan perlembagaan, katanya, pegawai pengurus pilihan raya boleh menolak kertas tersebut mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981.

Bagaimanapun, Salim berkata, Najib boleh bertanding dalam pilihan raya jika mendapat pengampunan daripada Agong, juga melalui Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Salim itu dibuat selepas Umno Pekan mengesahkan mereka mengemukakan lima nama, termasuk Najib, untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi kerusi parlimen di situ pada PRU ke-15 yang dijangka ditetapkan tarikhnya tidak lama lagi.

Kerusi parlimen Pekan disandang Najib sehinggalah dia disabitkan bersalah atas pertuduhan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara 12 tahun.
Walaupun Najib disabitkan bersalah, dia kekal sebagai ahli parlimen Pekan sehingga pembubaran parlimen pada 10 Okt ekoran permohonan pengampunan dirajanya yang dikemukakannya.
[Baca berita penuh]
 
Back
Top
Log in Register