BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib boleh bertanding PRU-15?

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261
KUALA LUMPUR: Persoalan berbangkit di Mahkamah Tinggi hari ini, sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya.

Ia berdasarkan keputusan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkan Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat, yang mungkin memberi kesan secara langsung kepada peluang Najib bertanding pada PRU-15.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata perkara itu penting kerana bekas Perdana Menteri itu, mempunyai hak mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

"Najib mempunyai hak hadir ke Parlimen. Peruntukan undang-undang memberi hak kepada banduan untuk ditemani (dan hadir ke Parlimen).

"Namun, laporan mengatakan Parlimen dibubarkan, soalan berbangkit sama ada Najib boleh hadir ke tempat pencalonan dan dicalonkan (pada PRU-15).

"Perkara ini boleh dipertikaikan mengikut Perkara 48 dan sebab itu, saya cadangkan kes permohonan semakan kehakiman seawal Jumaat ini," katanya pada pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, hari ini.


Terdahulu, Peguam Persekutuan, M Kogilambigai yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), memohon tarikh pendengaran kes itu ditetapkan sekurang-kurangnya seminggu dari hari ini.

Ia berikutan AGC memerlukan masa untuk meneliti permohonan difailkan bekas Perdana Menteri itu.

"Sekiranya terdapat bantahan (berhubung permohonan), pihak kami akan memaklumkan kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah kemudian memutuskan 19 Oktober ini untuk pendengaran kes berkenaan.

Menerusi notis permohonan semakan kehakiman itu, Najib yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara, yang tidak membenarkannya mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan Parlimennya.

Najib juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya hadir pada persidangan Dewan Rakyat.

Turut dimohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan dan relif, perintah serta lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara melalui Penjara Kajang pada 28 September lalu, menyampaikan keputusan menolak permohonannya untuk menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Najib mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri pada 30 September lalu dan oleh kerana sidang bermula pada 3 Oktober lalu, beliau memohon supaya keputusan dipercepatkan.

Oleh kerana tiada sebarang jawapan, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Katanya, berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan dari segi Perlembagaan untuk melaksanakan tugas dengan efektif sebagai Ahli Parlimen Pekan
 
Last edited:
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Zamri Ramly mengesahkan anak Najib Razak, Nizar, tidak dicalonkan di kawasan Parlimen itu, sebaliknya dinamakan bertanding di DUN Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Najib kekal antara calon tanding di Pekan​





October 13, 2022 7:30 AM


najib-razak-n-nizar-najib-collage-131022.jpg


Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Zamri Ramly, berkata tiada perancangan meletakkan anak Najib Razak, Nizar, bertanding di kerusi Parlimen Pekan bagi menggantikan bapanya.

PETALING JAYA: Umno Bahagian Pekan kekal menamakan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun sebagai calon Pekan, kata timbalan ketua bahagian itu, Zamri Ramly.




Beliau berkata, nama bekas perdana menteri itu antara lima calon dikemukakan bahagian itu, selain menolak ada menamakan dua anak Najib, Nizar mahu pun Nooryana Najwa, bertanding di kerusi terbabit.

“Tidak ada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.
“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Zamri bagaimanapun enggan mendedahkan empat nama selain Najib yang menawarkan diri bertanding di Pekan pada PRU15 ini.
Beliau berkata, Nizar dicalonkan namun di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada 23 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
 
semua akta dia nak semak kehakimab.. gila duit berape ratus juta spend kt lowyer ni
lor, duit dia 10 keturunan tak habis makan tu... berapa banyak dah sakau sampai duit masuk dalam acc pun dia tak tahu...setakat 10juta tu senyum je bayau
 
#BHnasional Bekas Perdana Menteri itu antara lima calon dikemukakan UMNO Bahagian Pekan untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan BN
https://bit.ly/3T03jXa

Najib dinamakan calon Parlimen Pekan​


Oktober 13, 2022 @ 10:39am


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.



"Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.

"Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan," katanya seperti dilapor dalam FMT yang memetik Utusan Malaysia.


Beliau berkata, Nizar dicalonkan namun di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada PRU-14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya di kerusi berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register