BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib boleh bertanding PRU-15?

Dalam penjara takde apa2 jawatan yg blh bertanding ke ketua banduan ke ? Org dah biasa bertanding ni dia gian nak menang
 

Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir​


Apa yang sebenar Mahathir cuba lakukan ada lah ‘pre-empt’ bahawa dibebaskan atas Tindakan kuasa politik dan bukan kerana Najib Razak sebenarnya memang tidak bersalah.

Atas sebab kenyataan Mahathir berkenaan isu ni , ia juga mendedahkan kenapa Mahathir sendiri hendak bertanding lagi dan cuba jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Ia menunjukkan Mahathir ada agenda peribadi .

Maka , demi untuk menghalang Najib dibebaskan serta perkara2 lain yang telah dirancang maka , Mahathir pergunakan agenda Melayu sebagai alat ‘decoy’ rencana peribadinya.

Mahathir juga dilaporkan amat gusar dengan kes RCI Pulau Batu Puteh dan kes2 lan mebabitkan dirinya seperti kes Bekas Gabenor dan Hakim Rasuah lantikan nya.

Itu sebenarnya yang membuat Mahathir masih mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Ia tiada kaitan dengan rakyat atau mahu menjaga kepentingan orang Melayu.

Kes ‘’review’ SRC Najib akan bermula pada 21 Oktober ni , dan melihat dari sudut pembuktian baru dan maklumat baru yang tidak di izinkan dibicara , jelas jika tiada “tangan ghaib’ menggangu , Najb miliki peluang yang cerah.

Kita semua tentu faham kerisauan Mahathir.

Banyak perkara dan pembuktian baru sudah mula muncul satu persatu dan kesemuanya berpihak keada Datuk Seri Najib Razak seperti perakuan semua saksi dari AMBANK.


Selain itu , hakim yang membicarakan najb juga didapati ada kes rasuah yang selama ini disembunyikan oleh pendakwa.


Mahathir juga amat risau jika BN berkuasa dan beliau disiasat kerana sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan , telah sembunyi maklumat berkenaan jenayah rasuah Zeti dan Nazlan.

Selain itu , Mahathir bakal terdedah jika Tommy Thomas diseret ke mahkamah berkenaan dakwaan urusan Mahathir campurtangan melantik Hakim Mahkamah tidak ikut prosidur dan melanggari undang2 judisiari.

Maka, kerisauan Najib akan dibebaskan sebenarnya bukan masalah negara atau rakyat , tetapi sebenarnya masalah Mahathir....hihihu

 
najib tak boleh keluar berkempen memang kalah la umno bn :ROFLMAO:
 
#BHnasional Bekas Perdana Menteri itu antara lima calon dikemukakan UMNO Bahagian Pekan untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan BN
https://bit.ly/3T03jXa

Najib dinamakan calon Parlimen Pekan​


Oktober 13, 2022 @ 10:39am


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.



"Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.

"Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan," katanya seperti dilapor dalam FMT yang memetik Utusan Malaysia.


Beliau berkata, Nizar dicalonkan namun di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada PRU-14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya di kerusi berkenaan.

Dulu duk kutuk & kata macam2 kat PKR sebab buat langkah permatang pauh la, langkah kajang la, langkah port dickson la

Alih2 dia pun ikut macam bang non buat juga 😅 😅 😅

So memang betulla bang non tu cikgu wak jahid :LOL::LOL::LOL:

Eh lupa pulak yg pakjib pun sign sokongan utk bang non jadi PM kan :(paid:(paid:(paid
 

Haniff Khatri

3j ·

Siri : 3656

NAJIB RAZAK DALAM HAL KEADAAN SETAKAT PADA SEKARANG SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK BERTANDING PRU-15 DI BAWAH PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Telah berulangkali diperjelaskan oleh pelbagai pihak termasuk diri saya dari nmasa ke semasa, bahawa dalam hal keadaan sekarang yang dihadapi oleh NAJIB RAZAK, beliau TIDAK LAYAK BERTANDING di PRU-15 yang akan datang, menurut peruntukan jelas Perlembagaan Persekutuan.

2. Namun, MALAYSIAKINI 13.10.2022 bertajuk "Najib dinamakan sebagai antara lima calon parlimen Pekan" telah melaporkan :

"Najib Razak kekal sebagai antara lima calon yang diketengahkan untuk parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan, Zamri Ramly.

Katanya, nama-nama berkenaan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk keputusan muktamad.'

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/639388 )

3. Seperti yang dilaporkan di atas, setakat ini ianya CUMA adalah antara 5 nama yang DICADANGKAN untuk bertanding, yang akan diputuskan oleh UMNO/BN Pusat, dan bukannya bermaksud NAJIB RAZAK adalah layak bertanding sebagai Calon PRU-15.

4. Walau bagaimanpun, rakan pemberita telah pada hari semalam, 12.10.2022 meminta pandangan perundangan berkaitan perkara ini, yang mana telah dipetik dan dilaporkan UTUSAN MALAYSIA 13.10.2022 bertajuk "Najib tidak layak tanding PRU15", dan keratan laporan cetak itu adalah dimuat naik di Ruang Bawah, untuk kemudahan fahaman para pembaca.

UTUSAN MALAYSIA 13.10.2022 :

'Najib tidak layak tanding PRU15' -

Haniff Khatri :

" Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, satu-satu cara untuk Najib bertanding pada PRU15 ialah mendapat pengampunan diraja sebelum hari penamaan calon.

Mohamed Hanif berkata, berdasarkan Perkara 48 itu, Najib secara automayik hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihan raya kerana bekas Perdana Menteri itu dihukum penjara lebih setahun dan didenda lebih RM2,000.

"Satu-satu cara Najib boleh bertanding pada PRU15 ialah kena dapatkan pengampunan diraja bagi bagi membatalkan sabitan, kesalahan dan hukuman. Sama seperti pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim senbelum ini.

"Kena dapatkan pengampunan sebelum penamaan calon. Satu jam sebelum penamaan calon pun masioh boleh diterima. Namun, jika tiada (pengampunan), dia tidak layak bertanding," katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang memaklumkan Najib boleh bertanding walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara dan pencalonan boleh dihantar melalui wakilnya.

Haniff kecewa dengan kenyataan Ab. Rashid kerana apa yang dinyatakan oleh bekas Pengerusi SPR itu bercanggah dengan Perlembagaan dan boleh mengelirukan masyarakat.

"Perkara ini perlu berlandaskan fakta kerana termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya boleh bagi pendapat dan ulasan begitu sahaja. Sepatutnya dia (Ab. Rashid) tahu perkara ini sebab dia bekas Pengerusi SPR," katanya."


1665650790023.png
 
Anwar Ibrahim akan menghantar buku Perlembagaan Negara kepada Umno Bahagian Pekan kerana masih mahu mencadangkan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai calon ahli Parlimen Pekan.

Anwar Nak Hantar Buku Perlembagaan Kepada Umno Pekan​



13/10/2022

Anwar-dan-Najib.jpg

Sumber Foto: INTERNET


PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghantar buku Perlembagaan Negara kepada Umno Bahagian Pekan kerana masih mahu mencadangkan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai calon ahli Parlimen Pekan.

Ketua Pembangkang itu secara sinis mencadangkan supaya salah seorang peguam Umno menasihatkan Umno Bahagian Pekan.
“Nanti kita hantar kepada dia buku Perlembagaan, bagi mereka faham dulu.

“Saya cadangkan salah seorang peguam Umno bagi nasihat,” tempelak Anwar.

Terdahulu Timbalan Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata Najib antara lima calon yang disenaraikan Umno Pekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU15.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Najib itu masih berpeluang bertanding sekiranya beliau berjaya dalam permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.
 
Menang cr pasai la umno nie xmenang lg dh tunjuk bulu
 
Kecuali bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan diraja dalam masa terdekat- Pakar

‘Najib hilang kelayakan tanding PRU’​

Pakar Perlembagaan berkata, bekas Pengerusi BN itu tidak layak bertanding atau menjadi calon sama ada dalam PRU15, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.​

14 Oktober 2022 07:50amMasa membaca: 1 minit



1943991.jpg

Wan Ahmad Fauzi,Rais Yatim


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kecuali mantan Presiden UMNO itu mendapat pengampunan diraja dalam masa terdekat walaupun peluang berkenaan tipis.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, bekas Pengerusi BN itu tidak layak bertanding atau menjadi calon sama ada dalam PRU15, pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan.


“Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan menetapkan sekatan bagi seorang yang dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000 untuk dinamakan sebagai calon, dipilih atau dilantik sebagai ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kecuali dia sudah mendapat pengampunan bebas.
 
undang2 kita ni mmg pelik tp benar haha
 
Back
Top
Log in Register