BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Naikkan sewa rumah punca wanita warga emas dibunuh, mayat mereput dalam tandas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14301133956610317-420083.jpg

14301133956610317-420084.jpg


Naikkan sewa rumah punca wanita warga emas dibunuh, mayat mereput dalam tandas


SANDAKAN - Perselisihan mengenai bayaran kerja pengubahsuaian rumah dan kenaikan kadar sewa bulanan dipercayai menjadi punca seorang wanita warga emas dibunuh di Tanah Merah, Jalan Leila, di sini.

Kejadian itu terbongkar selepas bau busuk dari sebuah rumah kayu dua tingkat membawa kepada penemuan mayat mangsa berusia 62 tahun dalam keadaan mereput di dalam tandas pada Selasa lalu.

Kedua-dua tangan mangsa ditemukan diikat ke belakang, manakala kepalanya ditutup menggunakan kain dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemukan.

Susulan penemuan itu, polis menahan 10 individu termasuk dua suspek utama dalam tempoh kurang 24 jam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.10 malam berhubung bau busuk dari rumah berkenaan.

"Penemuan itu dibuat selepas polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.10 malam berhubung bau busuk yang datang dari rumah berkenaan.

"Mayat mangsa ketika ditemukan sudah mereput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum itu," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

Katanya, 10 individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan berusia antara 10 hingga 39 tahun.

Daripada jumlah itu, tiga merupakan warga Filipina manakala tujuh lagi warga tempatan dan kesemuanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

George berkata, hasil soal siasat mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan mengenai bayaran kerja pengubahsuaian rumah mangsa.

"Suspek juga dipercayai tidak berpuas hati selepas mangsa menaikkan kadar sewa bulanan rumah yang didiami mereka.

"Polis turut merampas sebatang kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian serta beberapa barangan peribadi milik mangsa yang dilarikan suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register