BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Dalam Beg Pakaian Dalam Sungai Perak Disahkan Wanita, Dibunuh - Polis

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Mayat Dalam Beg Pakaian Dalam Sungai Perak Disahkan Wanita, Dibunuh - Polis​

5d141bcf21a1a5096e2e7ae929f4519d6898834b0c9f4


Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar petang semalam, merupakan seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an, namun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira 3.12 petang, memaklumkan telah menjumpai mayat di dalam Sungai Perak berhampiran jeti berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Heisham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian tersebut.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, diminta untuk  tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar menerusi talian 05-776 2222 atau mana-mana balai poli berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register