BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Tongkah Arus, Mas Ermieyati Tak Tunduk Pada ‘Desakan’ Letak Jawatan

31.12.2025 - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mas Ermieyati Samsudin menegaskan dia tidak akan meletakkan jawatannya buat masa ini demi menjaga kestabilan organisasi dan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Keputusan itu dibuat susulan “desakan” yang menuntutnya mengikut jejak langkah Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN semalam, susulan krisis dengan PAS di Perlis.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meletakkan jawatan ini bukanlah didorong oleh sebarang kepentingan peribadi, apatah lagi kerana ingin mempertahankan jawatan atau kuasa. Sebaliknya, ia dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi serta kepentingan perjuangan Perikatan Nasional di peringkat negeri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Keputusan Mas Ermieyati itu dilihat melawan arus ketika ramai pemimpin Bersatu mengikuti jejak langkah Muhyiddin susulan ‘rampasan’ kerusi menteri besar daripada PAS di Perlis. Selain Muhyiddin, ramai pemimpin kanan PN di pelbagai negeri daripada Bersatu mengikuti jejak langkah anggota parlimen Pagoh, termasuk Ahmad Faizal Azumu (Perak), Sahruddin Jamal (Johor) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak). Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga ketua Wanita PN menjelaskan bahawa hubungan antara komponen parti di Melaka, khususnya dengan PAS, berada dalam keadaan harmoni dan tidak terjejas dengan isu di Perlis. Mas Ermieyati berkata PN Melaka kini sedang berada dalam fasa persiapan penting bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga enam bulan lagi. Menurutnya, sebarang perubahan kepimpinan secara mendadak dikhuatiri akan melemahkan momentum gerak kerja jentera yang sedang dibina.

"Kesinambungan dan kerjasama erat kepimpinan amat penting bagi memastikan gerak kerja, penyusunan jentera dan strategi dapat berjalan dengan tersusun serta berkesan," katanya lagi.

Dia turut menyifatkan dakwaan bahawa jawatan pengerusi negeri terbatal secara automatik susulan peletakan jawatan pengerusi pusat sebagai "kurang tepat" kerana pelantikan dibuat berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi PN. Kemelut dalaman PN bermula selepas lima Adun Bersatu menggulingkan menteri besar PAS Mohd Shukri Ramli. Tampuk kepimpinan negeri terkecil di Malaysia itu kini disandang oleh anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah. Langkah itu menimbulkan kemarahan pemimpin PAS sehingga membawa kepada cakap-cakap perpecahan PN dan idea menghidupkan semula gabungan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno sebelum ini. Setakat ini belum jelas sama ada PAS akan mengambil alih tampuk kepimpinan pusat PN susulan pengunduran Muhyiddin.

Mas Ermieyati turut menggesa semua pihak menghentikan polemik terbuka di media sosial berkaitan hubungan Bersatu dan PAS kerana ia hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu. Bagaimanapun, dia menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sekiranya perkara itu diputuskan secara bersama oleh pucuk pimpinan tertinggi gabungan tersebut.

"Saya sendiri bersedia untuk melepaskan kedua-dua jawatan sekiranya itu merupakan keputusan bersama yang dibuat secara matang dan berlandaskan kepentingan parti dan gabungan," tambahnya.​

1767174803980.png
cakap biar terang...

cakap je lah saya kem Hamzah... yg letak jawatan tu kem abah cow........
saya tunggu masa hamzah guling abah pres bersatu pulak.....
 
Mampukah PN Menang PRU-16 Dengan Pas Sebagai Pengerusi? - Pemerhati

Siapa yang bakal menjadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin yang meletakkan jawatan terus menjadi persoalan yang hangat dibincangkan ketika ini. Menurut pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, bermula esok atau secepat mungkin, Majlis Tertinggi PN yang masih ada perlu segera melantik Pengerusi baharu. Tambahnya, pelantikan Pengerusi PN baharu itu akan menjadi faktor penentu sangat penting terhadap masa depan gabungan politik tersebut, sama ada terus melangkah ke hadapan atau berundur ke belakang. Ujar beliau, sekiranya Pas ingin menerajui PN, sudah tentu sosok terbaik untuk menjadi pengerusi adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ini kerana, katanya, agak janggal sekiranya Pas menamakan pemimpin lain pada hieraki lebih rendah dalam parti untuk mengetuai PN, meskipun ia mungkin tidak menjadi isu dalam Pas.

“Ini kerana PN adalah gabungan parti-parti politik. Sudah tentu salah seorang ketua daripada parti-parti tersebut sewajarnya mengetuai gabungan tersebut. Calon pilihan pula mestilah yang paling berketerampilan, paling berpengaruh dan paling berwatak karismatik antara ketua-ketua parti dalam gabungan. Sebab selain sebagai ketua gabungan, pengerusi PN juga adalah bayangan calon PM bagi pihak PN. Inilah tanggapan umum masyarakat awam,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Yusri yang juga Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik UMT menambah, jika Hadi Awang dinamakan sebagai Pengerusi PN, timbul persoalan sama ada pengaruhnya mencukupi untuk mengemudi PN memenangan PRU-16. Tambah beliau, sekiranya jawatan Pengerusi PN itu diberikan kepada pemimpin lebih rendah dalam Pas, timbul tanda tanya sama ada keputusan luar kebiasaan tersebut mampu memberi keyakinan kepada pengundi. Ujarnya, dalam PRU-15 dan enam pilihan raya negeri (PRN) pada 2023, PN disifatkan sudah mencapai puncak sokongan daripada orang Melayu. Sehubungan itu, katanya, untuk memenangi PRU-16, PN perlu mempunyai strategi untuk mendapatkan tambahan undi daripada segmen bukan Melayu pula.

“Isunya jika Abdul Haji atau mana-mana pemimpin Pas mengetuai PN, adakah lantikan ini boleh memberi nilai tambah dalam aspek sokongan bukan Melayu?. Inilah antara pertimbangan yang dijangka akan diberi perhatian serius oleh MT PN dalam mesyuarat untuk melantik pengerusi baharu nanti,” katanya.​

1767165832531.png

Sumber asal https://malaysiagazette.com/2025/12...ru-16-dengan-pas-sebagai-pengerusi-pemerhati/
Hampir pasti TGHH x akan berani ke depan. Dia berani kecek kot blakey ja.
 
PAS Sedia Ganti Muhyiddin Pimpin PN - Calon-Calonnya ..

31.12.2025 - Susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN), spekulasi kini memuncak bahawa PAS bersedia mengambil alih kepimpinan gabungan tersebut. Setakat ini, parti Islam itu berdiam diri mengenai siapa dalam kalangan pemimpinnya yang akan menggantikan Muhyiddin, yang menerajui PN sejak gabungan itu ditubuhkan pada 2020. Kebiasaannya, individu yang memimpin gabungan turut menjadi calon perdana menteri PN bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Namun, perkara itu bukanlah satu peraturan mutlak. Malaysiakini meneliti beberapa calon utama dan sebab-sebab mereka dilihat layak.

1767185710653.png


Semalam, seorang pemimpin Bersatu yang tidak dinamakan, sambil menafikan khabar angin bahawa gabungan pembangkang berada di ambang perpecahan, memberitahu Malaysiakini bahawa PAS berkemungkinan besar akan menerajui PN. Melihat kepada barisan kepimpinan PAS, Presidennya Abdul Hadi Awang mungkin tampak sebagai pilihan paling jelas. Namun, dia kini berusia 78 tahun dan pernah menjalani satu prosedur perubatan melibatkan jantungnya pada Jun lalu. Isu kesihatan Hadi bukanlah perkara baru. Pada Februari tahun lalu, pembantunya memaklumkan bahawa ketiadaan ahli parlimen Marang itu daripada istiadat pembukaan Dewan Rakyat adalah disebabkan pemulihannya daripada masalah kesihatan serta rawatan susulan.

1767185741284.png


Pada masa sama, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dipetik FMT sebagai berkata doktor menasihatkan Hadi supaya tidak melakukan perjalanan susulan masalah jantung dan beberapa penyakit lain. Hadi juga telah menolak dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri PN apabila dia berkata dalam satu sidang media semasa muktamar PAS pada September lalu bahawa pemimpin perlu sihat dan berusia bawah 70 tahun. Walaupun menjadi calon perdana menteri PN tidak semestinya bermakna mengetuai gabungan, Hadi dijangka menyerahkan peranan itu kepada pemimpin yang lebih muda. Satu pilihan yang mungkin ialah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

1767185785710.png


Semasa muktamar, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menamakan Tuan Ibrahim sebagai pilihan pertamanya untuk jawatan perdana menteri, menandakan popularitinya di dalam parti itu. Ahli parlimen Kubang Kerian itu juga merupakan timbalan pengerusi PN, justeru kenaikan pangkat dilihat sebagai satu langkah yang munasabah. Dia yang baru berusia 65 tahun pada Ogos lalu turut memenuhi syarat umur yang disebut Hadi.


‘Baik Dengan Istana’

Satu lagi kelebihan Tuan Ibrahim ialah pengalamannya dalam pentadbiran persekutuan, apabila dia pernah berkhidmat sebagai menteri alam sekitar dan air dari 2020 hingga 2022. Dia juga dilihat mempunyai penerimaan baik dalam Bersatu apabila bekas ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pada Januari lalu bahawa hubungan baik Tuan Ibrahim dengan Istana Pahang menjadikannya calon perdana menteri yang ideal. Satu lagi nama yang sering disebut dalam kalangan pemimpin PAS yang berpotensi memikul tanggungjawab lebih besar ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar. Samsuri, yang lebih dikenali sebagai Dr Sam, telah mengetuai Terengganu sejak 2018 selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang dalam penyertaan pertamanya dalam politik.

1767185833258.png


Sebelum itu, dia berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Hadi sejak 2008. Naib presiden PAS berusia 55 tahun itu mula mendapat perhatian sebagai calon pemimpin nasional seawal Disember 2023, apabila bekas perdana menteri dua kali, Dr Mahathir Mohamad, berkata dia mempunyai kelayakan untuk menjadi perdana menteri. Mahathir membuat kenyataan tersebut semasa pilihan raya kecil Kemaman, ketika Samsuri bertanding di bawah panji PN. Ketika itu, timbul spekulasi PN sedang mempersiapkan Samsuri sebagai calon perdana menteri manakala pihak lain menganggapnya sekadar strategi untuk meningkatkan sokongan pengundi.

1767185859290.png


Seperti Tuan Ibrahim, Wan Fayhsal turut menamakan Samsuri sebagai satu lagi calon perdana menteri yang mempunyai hubungan baik dengan institusi diraja. Samsuri sebelum ini memegang jawatan bendahari agung PN namun meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu, dua hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu bagi mengesahkan pelantikan jawatan setiausaha agung, ketua wanita, ketua penerangan dan ahli majlis tertinggi. Mesyuarat itu menyaksikan Bersatu mengekalkan semua enam jawatan utama PN, walaupun PAS meminta supaya jawatan setiausaha agung diberikan kepada Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung PAS. Di luar faktor politik, Samsuri turut dilihat sebagai seorang teknokrat berikutan latar belakangnya sebagai jurutera aeroangkasa.

1767185901810.png


Selain PAS, terdapat seorang pemimpin Bersatu yang berpotensi mengetuai PN, iaitu Hamzah Zainudin. Timbalan Presiden Bersatu itu berada di tengah-tengah krisis dalaman parti, susulan usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai presiden dan menggantikannya dengan Hamzah. PAS dilaporkan menyokong usaha tersebut namun parti Islam itu menafikan dakwaan berkenaan. Hamzah bagaimanapun berkata dia sanggup menunggu Muhyiddin menyerahkan jawatan presiden apabila tiba masanya.

1767185924468.png


Daripada semua nama yang disebut, ketua pembangkang di parlimen berusia 68 tahun itu mempunyai pengalaman paling luas dalam pentadbiran persekutuan, antaranya sebagai:​
  • Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan (2008–2009),​
  • Timbalan menteri perladangan dan komoditi (2009–2013),​
  • Timbalan menteri luar negeri (2013–2015),​
  • Menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (2015–2018), dan​
  • Menteri dalam negeri (2020–2022).​
1767185952220.png


Hamzah memulakan kerjaya politiknya dalam Umno sebelum meletakkan jawatan pada Disember 2018 untuk menyertai Bersatu. Dia juga telah memegang kerusi parlimen Larut sejak 2008. Walaupun peletakan jawatan Muhyiddin telah meredakan kemarahan PAS terhadap peranan Bersatu dalam penyingkiran menteri besar Perlis, isu yang lebih besar masih belum selesai, termasuk soal calon perdana menteri pembangkang. Isu lain dalam gabungan yang dijangka terus berlarutan meskipun berlaku pertukaran pengerusi PN termasuk perpecahan dalaman Bersatu, apabila pemimpin akar umbi terus mendesak Muhyiddin berundur sebagai presiden untuk memberi laluan kepada Hamzah. Masih belum dapat dipastikan jika pelantikan ketua gabungan yang baru akan memperbaiki hubungan antara Bersatu dan PAS.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/764686​
 
Muhyiddin Undur Sebab Kemelut Dalaman PN - Noh

31.12.2025 - Kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) dipercayai menjadi punca Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Tan Sri Noh Omar berkata, keputusan Muhyiddin itu bukan didorong oleh kepentingan peribadi, sebaliknya lahir daripada sikap kepimpinan matang yang mengutamakan perjuangan parti dan gabungan demi kestabilan politik.

"Jadi kerana dia lebih mementingkan PN maka dia letak jawatan sebagai Pengerusi PN. Bagi saya beliau seorang yang berjiwa besar dan saya yakin PN nanti akan ada kesinambungan sebab dalam perjuangan kita pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan parti mestilah diteruskan," katanya selepas Pelancaran Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN), Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kampung Pulau, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noh turut menjelaskan kekeliruan mengenai Muafakat Nasional (MN), bahawa pertubuhan itu bukan bersifat politik, sebaliknya sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara rasmi. Beliau berkata, MN dianggotai pelbagai latar belakang termasuk ahli politik daripada pelbagai parti serta individu profesional yang majoritinya Melayu, namun turut membabitkan bukan Melayu tanpa mengira kaum atau ideologi politik.

"MN diwujudkan sebagai pusat khidmat sukarelawan untuk membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik atau kaum. Ia bermula di Melaka dan akan diperluaskan ke peringkat pusat serta negeri lain," katanya lagi.

Semalam, media melaporkan selepas lima tahun memimpin PN, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu, berkuat kuasa 1 Januari ini. Melalui kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook, bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.
​
1767194529777.png
 

Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar​



Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar

Annuar (kiri) berkata, Muhyiddin sangat konsisten dan berulang kali menyuarakan hasratnya tersebut. - Gambar fail


SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Muhyiddin sangat konsisten dan berulang kali (tidak kurang daripada lima kali) menyuarakan perkara tersebut.
Menurutnya, Muhyiddin malah pernah memberi bayangan peletakan jawatan itu boleh berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

"Saya dalam rangka menghadiri jemputan Kelab Pas United Kingdom, di Nottingham dan singgah di London. Saya dapat tahu Muhyiddin berada di London lalu saya menghubunginya dan cadangkan untuk sarapan bersama.

"Beliau sebut pada saya, jika Pas mahu pimpin PN, saya sedia bila-bila masa lepaskan jawatan ini. Malah dia beri mandat kepada saya supaya maklumkan pada pimpinan Pas.
"Cuma saya tidak maklumkan kerana saya bukan orang tengah. Lagi pun dalam Pas kami ada disiplin berorganisasi," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, terdapat dakwaan wujud akuan bersumpah (SD) menarik sokongan terhadap bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang ditandatangani lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing tiga daripada Pas dan lima Bersatu.

Akibatnya, Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatan atas faktor kesihatan sebelum Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu.
Kemudian pada Selasa, Muhyiddin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tambah Annuar, oleh itu adalah tidak benar pada fahamannya yang mana dakwaan Muhyiddin melepaskan jawatan kerana isu di Perlis.
Jelasnya, ini kerana hal tersebut sudah lama dinyatakan oleh Muhyiddin secara konsisten berulang kali.

"Jika Pas mahu, beliau bersedia berikan, PN adalah gagasan pemikiran beliau. Beliau mempunyai 'clarity of thought' tentang dasar yang mahu dibawa melalui PN yang kini mempunyai keahlian lima parti serta enam atau tujuh 'friends of PN'.
"Tindakan 'stepping aside' secara sukarela dan membuka laluan 'penggiliran nakhoda' adalah satu tindakan bersifat 'statesman' yang terpuji.

"Tanggungjawab memimpin badan gabungan bakal terpindah kepada pemimpin baharu yang bakal diputuskan oleh badan tertinggi PN berdasarkan Perlembagaan PN," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, Pas sudah menyatakan kesediaan memimpin PN.

"Semua pihak harus bertenang. Sentiasalah bertemu dan berkomunikasi hati ke hati dan elakkan spekulasi.
"Sesungguhnya kebaikan dan kebijaksanaan yang kita cari bukan melayan emosi," ulasnya.

-- Sinar Harian
 

Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar​



Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar

Annuar (kiri) berkata, Muhyiddin sangat konsisten dan berulang kali menyuarakan hasratnya tersebut. - Gambar fail


SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, Muhyiddin sangat konsisten dan berulang kali (tidak kurang daripada lima kali) menyuarakan perkara tersebut.
Menurutnya, Muhyiddin malah pernah memberi bayangan peletakan jawatan itu boleh berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

"Saya dalam rangka menghadiri jemputan Kelab Pas United Kingdom, di Nottingham dan singgah di London. Saya dapat tahu Muhyiddin berada di London lalu saya menghubunginya dan cadangkan untuk sarapan bersama.

"Beliau sebut pada saya, jika Pas mahu pimpin PN, saya sedia bila-bila masa lepaskan jawatan ini. Malah dia beri mandat kepada saya supaya maklumkan pada pimpinan Pas.
"Cuma saya tidak maklumkan kerana saya bukan orang tengah. Lagi pun dalam Pas kami ada disiplin berorganisasi," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, terdapat dakwaan wujud akuan bersumpah (SD) menarik sokongan terhadap bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang ditandatangani lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing tiga daripada Pas dan lima Bersatu.

Akibatnya, Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatan atas faktor kesihatan sebelum Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu.
Kemudian pada Selasa, Muhyiddin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tambah Annuar, oleh itu adalah tidak benar pada fahamannya yang mana dakwaan Muhyiddin melepaskan jawatan kerana isu di Perlis.
Jelasnya, ini kerana hal tersebut sudah lama dinyatakan oleh Muhyiddin secara konsisten berulang kali.

"Jika Pas mahu, beliau bersedia berikan, PN adalah gagasan pemikiran beliau. Beliau mempunyai 'clarity of thought' tentang dasar yang mahu dibawa melalui PN yang kini mempunyai keahlian lima parti serta enam atau tujuh 'friends of PN'.
"Tindakan 'stepping aside' secara sukarela dan membuka laluan 'penggiliran nakhoda' adalah satu tindakan bersifat 'statesman' yang terpuji.

"Tanggungjawab memimpin badan gabungan bakal terpindah kepada pemimpin baharu yang bakal diputuskan oleh badan tertinggi PN berdasarkan Perlembagaan PN," ujarnya.
Beliau turut memberitahu, Pas sudah menyatakan kesediaan memimpin PN.

"Semua pihak harus bertenang. Sentiasalah bertemu dan berkomunikasi hati ke hati dan elakkan spekulasi.
"Sesungguhnya kebaikan dan kebijaksanaan yang kita cari bukan melayan emosi," ulasnya.

-- Sinar Harian

sampai london semata2 sembang lepas jawatan.. kat Malaysia tak leh ka 😂😂
 
Back
Top
Log in Register