BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

Screenshot_20260101_122140_com_facebook_katana_FbMainTabActivity_edit_1193662733107412.jpg
 
Mereka hanya letak jawatan dalam Perikatan Nasional, tidak pula letak jawatan dalam PPBM?

Pasal apa?

Pasal minta nyawa lah. Nak keluarkan BERSATU untuk masuk PH.

Jadi, kita lihat babak seterusnya.

Jangan pula Hamzah and the gang jadi lembik dan ikut Muhyiddin masuk PH.

Sebab tu PMX berani je cari pasal dengan UMNO.

1. DSN dibiarkan terus dizalimi malah dijatuhkan hukuman yang sangat dashyat.

2. Presiden punya kes tiba-tiba umum terima permohonan semak DNAA kes Yayasan Akal Budi.

3. Bendahari UMNO pula disoalsiasat selama 7 jam untuk kes yang dikatakan berlaku belasan tahun dulu.

Kita dok kata PAS nak masuk MADANI. Yang aku nampak, BERSATU-Midin yang nak selamatkan diri masuk MADANI.

Pandangan aku? Biarkan mereka masuk MADANI. Orang PAS pun dah mula ajak hidupkan balik Muafakat Nasional. Takda salahnya buat keputusan yang bijak dalam politik.

Ada portal dah buat analisis kalau PH+BERSATU lawan BN+PAS menurut data lama 2022. Itupun cukup untuk menggerunkan golongan liberal extremists, LGBTQ, anti Islam dan anti Raja-raja Melayu.

Lagipun, memang orang Melayu Islam sekarang ni nak bersatu-padu balik.

So, saya nak tanya, siapa nak jadi legenda Muafakat Ummah Malaysia?
 
Tolong la bagi Muafakat Nasional jadi realiti kali ni. Kalau betul Midin dengan Azmin nak masuk Madani tu satu berita gembira sebab dua-dua ni takde manfaat pun dalam PN selama ni. Pemergian diorang ibarat kerja senang bagi PN yang bertungkus lumus nak singkirkan diorang selama ni. Tapi saya baca bekas pegawai DSN kata Hamzah yang nak join Madani, H20 bakal menyusul. Entah la banyak sangat hearsay
 
Sanusi Sebagai Pengerusi PN? Ketua Ulama PAS Setuju

01.01.2026 - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Sanusi Nor, dapat persetujuan Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya, sekiranya nama itu dicadangkan untuk jawatan pengerusi Perikatan Nasional, menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Ahmad dalam satu catatan di Facebook hari ini mendakwa banyak pihak mencadangkan menteri besar Kedah itu sebagai pengerusi PN, dan beliau bersetuju dengan perkara itu. Ketika dihubungi FMT untuk menjelaskan persetujuan itu, beliau berkata Sanusi digeruni lawan dan memahami politik negara.

“Sanusi dikenali dan mudah didekati, diterima rakyat pelbagai latar belakang, dan mampu raih sokongan anak muda. PRU16 pengundi muda jadi penentu,” katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah.

PAS setakat semalam belum memutuskan sebarang nama untuk dicalonkan sebagai pengerusi PN, menurut Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ketua Wanita Nuridah Salleh. Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan isu jawatan pengerusi akan dibawa ke majlis tertinggi gabungan yang dianggotai presiden parti-parti komponen. Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa hari ini, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.
​
1767244453363.png
 
Dr Sam is watching ...
 
‘PRN Bila-Bila Masa’, Persiapan Terjejas Jika Pengerusi Letak Jawatan, Kata Pemuda Bersatu Melaka

01.01.2026 - Pemuda Bersatu Melaka mengingatkan PRN ‘mungkin berlaku pada bila-bila masa’ dalam menangkis desakan terhadap Mas Ermieyati Samsudin supaya meletak jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri. Ketuanya, Jefry Safry, PN Melaka sedang memberi tumpuan penuh dalam melaksanakan perancangan bagi menghadapi PRN justeru persiapan akan terganggu jika pengerusinya meletak jawatan.

“Jika pengerusi PN Melaka meletak jawatan sekarang, hal ini akan merencatkan organisasi PN Melaka serta mengganggu persiapan menghadapi PRN Melaka. Ini secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada pihak lawan,” menurut kenyataan.

Penggal DUN Melaka akan berakhir pada Disember 2026. Kempen PN Melaka pada PRN 2021 menyaksikan gabungan itu menambah kerusi daripada satu kepada tiga, di sebalik dominasi Barisan Nasional yang meraih 20 kerusi. Semalam, Ermieyati mempertahankan keputusan untuk kekal sebagai pengerusi PN negeri ketika rakan sejawatan di Perak, Selangor, Johor dan Sarawak melepaskan jawatan, susulan pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN. Ermieyati berkata PN Melaka kini sedang berada dalam fasa persiapan penting menghadapi PRN yang dijangka dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.

Beliau bagaimanapun menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan sekiranya itu keputusan bersama yang akan dibuat secara matang berlandaskan kepentingan parti dan gabungan. Sahruddin Jamal (Johor), Azmin Ali (Selangor), Hanifah Abu Baker (Negeri Sembilan), Ahmad Faizal Azumu (Perak), dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak) masing-masing berundur selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan, yang berlatarkan kemelut politik di Perlis. Hanifah beritahu FMT bahawa peletakan jawatan itu akan memudahkan pengerusi baharu membuat aturan tersendiri kelak.​

1767244927578.png
 
Back
Top
Log in Register