BTC USD 84,405.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

PAS Mahu Kembalikan Islam Sebagai Asas Utama Pentadbiran - Sanusi

01.01.2026 - PAS akan meneruskan perjuangan mengambil alih semula tampuk pemerintahan negara dan menguasai sistem politik bagi mengembalikan Islam sebagai asas utama pentadbiran. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, hanya Islam mampu menyelamatkan negara dan dunia daripada kezaliman serta penindasan akibat sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan ajaran Islam. Katanya perjuangan PAS untuk menguasai sistem politik negara perlu diteruskan secara konsisten dan bersungguh-sungguh.

"Oleh itu perjuangan untuk ambil alih negara dan menguasai sistem politik semula mesti diteruskan oleh PAS secara bersungguh-sungguh dalam keadaan apa sekalipun. Yakinlah, Islam sahaja yang boleh selamatkan dunia ini. Selain daripada itu, kebanyakannya telah rosak dan mendedahkan manusia kepada kezaliman serta penindasan," katanya dalam hantaran di Facebook PAS Kedah semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, ketiadaan panduan Islam dalam pentadbiran akhirnya menyebabkan sesebuah negara dikuasai pihak lain yang tidak menjadikan Islam sebagai asas berpolitik. Sebagai contoh katanya, situasi itu berlaku pada pemerintahan semasa di bawah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Pemimpin yang perintah tetapi tidak berpegang pada Islam, akhirnya mereka dikuasai orang lain yang tidak menjadikan Islam sebagai asas berpolitik," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PAS perlu terus menyediakan ruang bagi Islam berkembang sebagai sistem pemerintahan, di samping menjamin keadilan serta keselamatan golongan bukan Islam.

"Kita ini mulia dan selamat dengan Islam. Hati kita bersih dengan Islam. Kita tidak menindas sesiapa, kita berlaku adil, tidak diskriminasi dan tidak menafikan hak mana-mana rakyat ketika menjadi kerajaan. Itu prinsip Islam," katanya.

Beliau berkata Islam melarang kezaliman, diskriminasi serta penafian hak, selain menuntut penghormatan terhadap pihak lain selagi hak dan maruah Islam tidak digugat. Namun katanya, terdapat garis sempadan yang tidak boleh dilanggar sekiranya ada pihak cuba menghakis hak umat Islam.

"Bila mereka hilang kewarasan dan mengenepikan perasaan, cuba hakis hak kita, kita pun ada perasaan. Ini yang menjadi garis sempadan, jangan langgar mari belah sini sebab kita tak pernah langgar pergi belah sana," katanya.
​
1767246222099.png
 
Ye ke berpaksi islam....ke berpaksi Iran sanusi oiiii......kikikikikiki
 
Screenshot_20260101_142337_com_facebook_katana_FbMainTabActivity_edit_1194867945385025.jpg

Expected.
Pas nak balik ke umno sebab dah tahu, PRU 16 ni susah nak maintain kerusi.....Pas dah start tunggang umno pulak atas tiket Muafakat Nasional.....umno pulak masih tak berputus asa nak keluarkan master dorang iaitu najib...

Silap haribulan, umno akan berpecah dua team......satu team najib, satu lagi team zahid.......kikikikikiki
 
Hadi 'Tokoh Paling Layak' Ganti Muhyiddin Jadi Pengerusi PN - Bersatu NS

01.01.2026 - Bersatu Negeri Sembilan menamakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menjadi pengerusi PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin. Setakat ini, PAS masih berdiam diri mengenai siapa dalam kalangan pemimpinnya yang akan menggantikan Muhyiddin, yang menerajui PN sejak gabungan itu ditubuhkan pada 2020.

"(Abdul Hadi Awang) merupakan tokoh paling layak, berwibawa dan strategik untuk diangkat sebagai pengerusi Perikatan Nasional yang baharu. Dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar dan tidak menentu, Perikatan Nasional memerlukan seorang pengerusi yang mempunyai autoriti moral yang kukuh, pengalaman politik yang luas serta keupayaan menyatukan parti-parti komponen secara berdisiplin dan berkesan. Tuan Guru Abdul Hadi Awang memenuhi kesemua keperluan ini secara menyeluruh dan tidak boleh dipertikaikan. "Dari sudut prinsip dan amalan politik yang sihat, jawatan pengerusi Perikatan Nasional wajar disandang oleh presiden parti komponen yang memiliki mandat tertinggi dalam struktur parti masing-masing," kata Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Mohamad Hanifah Abu Baker pada satu kenyataan hari ini.

Pada 30 Disember lalu, Mohamad Hanifah melepaskan jawatan pengerusi PN Negeri Sembilan susulan pengunduran Muhyiddin daripada menerajui gabungan itu. Memandangkan kebelakangan ini hubungan PAS dan Bersatu agak tegang tidak pasti sama ada kenyataan Hanifah ini berupa sindiran atau tidak. Sementara itu, Hanifah berkata pelantikan individu selain daripada kalangan presiden bukan sahaja mencetuskan kekeliruan dari segi autoriti kepimpinan, malah berisiko melemahkan rantaian pentadbiran, menyukarkan penyelarasan gabungan serta menjejaskan keberkesanan pembuatan keputusan strategik.

"Selain itu, pengerusi Perikatan Nasional mestilah seorang tokoh yang mempunyai penerimaan melangkaui batas kaum dan latar masyarakat, agar PN kekal sebagai gabungan nasional yang inklusif, stabil dan diyakini rakyat. Dalam hal ini, kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tokoh nasional yang dikenali, dihormati dan disegani menjadikan beliau aset penting kepada kekuatan serta kredibiliti Perikatan Nasional. Saya juga merujuk kepada pendekatan kepimpinan dalam PAS yang berpaksikan prinsip fiqh bahawa selagi seseorang masih mampu memikul amanah, tanggungjawab tersebut wajar diteruskan demi maslahat yang lebih besar," katanya.

Mohamad Hanifah yang juga Adun Labu menegaskan hanya Muhyiddin dan Abdul Hadi saja yang benar-benar memiliki legitimasi dalam PN.

"Memandangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melepaskan jawatan pengerusi, maka Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan pilihan paling rasional, kukuh dan berwibawa bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan Perikatan Nasional terus terpelihara," katanya.

Walaupun, Abdul Hadi mungkin tampak sebagai pilihan paling jelas menerajui PN menurut Bersatu Negri Sembilan namun terdapat pihak membangkitkan isu kesihatan pemimpin berusia 78 tahun yang pernah menjalani satu prosedur perubatan melibatkan jantungnya pada Jun lalu. Isu kesihatan Hadi bukanlah perkara baru. Pada Februari tahun lalu, pembantunya memaklumkan bahawa ketiadaan ahli parlimen Marang itu daripada istiadat pembukaan Dewan Rakyat adalah disebabkan pemulihannya daripada masalah kesihatan serta rawatan susulan. Pada masa sama, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin dipetik FMT sebagai berkata doktor menasihatkan Hadi supaya tidak melakukan perjalanan susulan masalah jantung dan beberapa penyakit lain.

Hadi juga telah menolak dirinya sendiri sebagai calon perdana menteri PN apabila dia berkata dalam satu sidang media semasa muktamar PAS pada September lalu bahawa pemimpin perlu sihat dan berusia bawah 70 tahun. Kebiasaannya, individu yang memimpin gabungan turut menjadi calon perdana menteri PN bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Namun, perkara itu bukanlah satu peraturan mutlak. Sebagai alternatif, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presidennya Ahmad Samsuri Mokhtar dan ketua pembangkang di parlimen merangkap Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin antara yang disebut-sebut akan menggantikan Muhyiddin sebagai pengerusi PN.​

1767273819678.png
 
Back
Top
Log in Register