BTC USD 84,783.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mudahnya beli arak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini sudah banyak kali dakwaan membuktikan betapa mudahnya membeli arak di kedai serbaneka 24 jam namun langkah penguatkuasaannya sehingga kini ternyata masih 'hangat-hangat tahi ayam'.Malah amaran yang ditampal seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
Sebagai bukti, beberapa wartawan Kosmo! baru-baru ini menyamar sebagai pelajar sekolah dan singgah membeli arak di kebanyakan kedai serbaneka di seluruh negara tanpa sebarang halangan.

Malah tidak ada sesiapa pun menegur mereka dan ini bermakna pelajar sekolah pun tidak dihalang berbuat demikian.

Lebih menyedihkan, tindakan kakitangan kedai tersebut yang membisu turut membantu 'melahirkan' lebih ramai lagi kaki botol khususnya melibatkan remaja berumur belasan tahun.

Ironinya, untuk menangani masalah penjualan arak seolah-olah tiada pendekatan baru yang dapat diambil oleh pihak berkuasa sejak dahulu lagi.

Sementara itu, beberapa pekerja kedai tersebut ketika ditanya kenapa begitu mudah membenarkan mereka (remaja) membeli minuman berkata, mereka tidak berani menegur.

"Bukan apa, sekiranya kami tak bagi, mereka mengugut macam-macam.

"Untuk itu, kami membiarkan sahaja kerana tidak mahu perkara buruk menimpa kami lebih-lebih lagi kami terpaksa bertugas mengikut syif," katanya.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati kebanyakan remaja membeli minuman keras di kedai terbabit sekitar pukul 1 hingga 3 pagi kerana mereka mungkin khuatir aktiviti mereka 'dihidu' oleh pihak berkuasa.

Walaupun harga satu tin adalah RM7 hingga RM9 namun ia tetap menjadi 'minuman' pilihan utama.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

kesian tengok budak melayu/islam nak cari rezeki halal terpaksa bersubahat dan dapat dosa subahat sebab terpaksa jual arak di 7E
 
memang kesian terutamanya yang beragama islam dan sedar perbuatan diorang berdosa tapi tak dapat buat apa2.

betapa perlunya pemerintahan islam di malaysia.
 
memang kesian terutamanya yang beragama islam dan sedar perbuatan diorang berdosa tapi tak dapat buat apa2.

betapa perlunya pemerintahan islam di malaysia.
mula mula di peringkat negeri dulu...PAS pun dah jadi tukang hangguk tengok jer 2 kilang arak terbesar kat Selangor
 
udah dasarnyer gitu.... tak kisah halal ke haram... boleh ke tak boleh... MALAYSIA I LUV U :)
 
dunia dunia...sakit kpal~X( ~X( ~X(
 
hanya kt kelantan shj 7eleven yg takde jual minuman keras..:)
 
mula mula di peringkat negeri dulu...PAS pun dah jadi tukang hangguk tengok jer 2 kilang arak terbesar kat Selangor

asyik2 patah balik kat PAS...abih tu negara islam kita dok buat apa?pemimpin hadhari hang dok buat apa?
 
ngade2 nk jual la tuh....kt kelantan ok jerk xde jual.....
 
Back
Top
Log in Register