Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Datuk Elmi Yusoff bergambar bersama kakitangan MPKK selepas menanam pokok Tekoma (Tabebuaia Pentaphylla) pada Program Jom Tanam:"1 Warga MPKK 1 Pokok" sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun MPKK di Kulim Hi-Tech Park hari ini.
Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menanam sebanyak 700 pokok Tabebuia Pentaphylla atau Tecoma dalam masa satu minit.
Penanaman pokok itu membabitkan 480 peserta termasuk warga MPKK, ahli majlis serta rakan strategik MPKK, bersempena dengan Program Jom Tanam Pokok: '1 Warga MPKK 1 Pokok' di kawasan lapang Kulim Hi-Tech Fasa 4A, dekat sini pagi tadi.
Sijil pengiktirafan MBR diserahkan oleh Pegawai Rasmi MBR Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Yang Dipertua MPKK Datuk Elmi Yusoff, selepas program penanaman selesai.
Elmi berkata program penanaman pokok itu diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK.
"Program itu antara pengisian sambutan bagi menghijaukan kawasan Kulim selaras dengan aspirasi menjadikan Kulim sebagai kawasan rendah karbon, mesra alam sekitar dan berdaya huni.
"Pemilihan kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech Fasa 4A sebagai lokasi program turut membawa mesej simbolik bahawa pembangunan industri dan kelestarian alam perlu bergerak seiring demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang," katanya selepas merasmikan program berkenaan, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Elmi berkata selepas 25 tahun penubuhannya, MPKK bukan lagi sekadar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menguruskan perbandaran dan infrastruktur, sebaliknya telah berevolusi menjadi peneraju perbandaran industri berteknologi tinggi dan lestari.
"Sambutan 25 tahun MPKK tidak harus dilihat pada angka semata-mata, tetapi pada sejauh mana MPKK berjaya meninggalkan pembangunan lestari buat generasi yang bakal mewarisi bumi Kulim.
"Penegasan ini mencerminkan hala tuju MPKK untuk terus memacu pembangunan bandar yang bukan sahaja progresif dari segi ekonomi dan infrastruktur, malah seimbang dengan keperluan pemeliharaan alam sekitar," katanya.