BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Motosikal Dirempuh Kereta, Remaja 16 Tahun Maut

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Motosikal Dirempuh Kereta, Remaja 16 Tahun Maut​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Mangkuk, Setiu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Zahril Asri Mohd Zain berkata kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dan motosikal Honda AFS110 itu berlaku kira-kira 8.50 malam, sebelum polis menerima laporan mengenainya pada 9.05 malam.

Katanya, mangsa Che Muhammad Alif Ikhwan Che Amat dari Kampung Bukit Maras, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

“Sisatan awal mendapati Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dari Kampung Penarik menghala ke Kampung Mangkuk dipercayai hilang kawalan sebaik tiba lokasi kejadian.

"Kereta itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Mangkuk menghala ke Kampung Penarik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahril Asri berkata pemandu Proton Wira yang turut mengalami kecederaan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Setiu bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala mayat remaja itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register