BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOT Lulus RM1.5 Juta Bina, Naik Taraf Hentian Bas Di KL

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

MOT Lulus RM1.5 Juta Bina, Naik Taraf Hentian Bas Di KL​

737d2e752c347fd3f867127ca464dbc76a06c14cd4e98

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Stesen Keretapi Segambut Utara di Stesen Keretapi Segambut Utara hari ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membina dan menaik taraf hentian bas di ibu negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu susulan aduan pengguna pengangkutan awam mengenai kekurangan hentian bas yang sempurna di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

“Antara aduan sering kita terima daripada warga kota yang menggunakan pengangkutan awam (ialah) kadang kala menaiki bas tepi jalan saja, tiada satu hentian bas yang teratur, tiada kawasan atau papan tanda. Jadi kita hendak perbaiki perkara ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Stesen Keretapi Segambut Utara di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Loke berkata menerusi peruntukan itu, kira-kira 100 hentian bas dapat dibina atau dinaik taraf mengambil kira kos bagi sebuah hentian bas dianggarkan antara RM15,000 hingga RM30,000.

Beliau berkata projek sama telah dilaksanakan oleh MOT dengan usaha sama pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang sebelum ini.

“Kita harap DBKL lebih cepat daripada Pulau Pinang. Kalau Pulau Pinang mengambil (masa) enam bulan, DBKL boleh siap dalam tiga bulan untuk 100 hentian bas ini,” katanya.

Pada masa sama, Loke merakamkan penghargaan kepada DBKL atas komitmen meneruskan perkhidmatan Bas GoKL secara percuma kepada warga kota.

Beliau berkata bas GoKL kini turut ditambah baik termasuk penggunaan bas elektrik bagi meningkatkan pengalaman pengguna pengangkutan awam di ibu negara.

 
Back
Top
Log in Register