BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MOSTI Serah Siasatan Kemalangan Helikopter Kepada Pihak Berkuasa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,778
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,778
Reaction score
289
Points
146
69e628ab4a369e18525a74813f1f7fa5687b3bfb5e7fc


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyerahkan siasatan kemalangan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Pulai, Gelang Patah pada 10 Julai kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata walaupun kejadian berlaku semasa Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM) 2025, MOSTI tidak terlibat dalam proses siasatan.

“Kita sudah serah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Ia bukan di bawah bidang kuasa MOSTI.

“Kejadian berlaku semasa raptai program MOSTI, tetapi dari segi siasatan - kita tidak terlibat," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) sempena MyBlockchain di sini hari ini.

Pada 10 Julai, MOSTI menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menyiasat kejadian helikopter PDRM terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 10.15 pagi ketika MITSATOM 2025 melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Penganjuran MITSATOM kali ini bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia dengan Atom Malaysia menggalas peranan sebagai Pengerusi Rangkaian Badan Kawal Selia ASEAN mengenai Tenaga Atom (ASEANTOM) di bawah Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).

 
Back
Top
Log in Register