Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Pusat Pelancongan Islam (ITC) mengumumkan pelantikan Mohammad Faisal Abu Suaib Khan sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa hari ini, langkah strategik bagi memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam menerajui ekosistem pelancongan mesra Muslim di peringkat global.
Mohammad Faisal, yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang korporat dan komunikasi digital, memiliki portfolio profesional kukuh merangkumi sektor pelancongan, pengurusan acara serta inisiatif berfokuskan destinasi.
Kenyataan ITC memaklumkan penglibatan Mohammad Faisal dalam syarikat yang menguruskan acara pelancongan Malaysia serta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah memberikan pendedahan meluas kepada beliau berkaitan landskap pelancongan domestik dan antarabangsa.
"Berbekalkan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat dan perniagaan, Mohammad Faisal telah diamanahkan untuk menerajui ITC ke fasa pertumbuhan berikutnya menerusi inisiatif transformasi yang memanfaatkan perkembangan pasaran pelancong Muslim, yang diunjurkan mencecah USD235 bilion di peringkat global menjelang 2030," menurut kenyataan itu.
ITC turut memaklumkan bahawa pelantikan beliau mencerminkan hasrat strategik agensi berkenaan untuk terus memperkukuh kepimpinan globalnya dalam ekosistem Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH).
Mengulas mengenai pelantikan beliau, Mohammad Faisal berkata tumpuannya pada 2026 ialah meletakkan ITC sebagai pemudah cara utama dalam memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab umrah serantau di samping memperluas jangkauan antarabangsa inisiatif Pengiktirafan serta Jaminan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFAR) di pasaran keutamaan.
"Saya tidak sabar untuk berinteraksi secara rapat dengan pemain industri pelancongan dan rakan sejawat bagi membina kepercayaan serta memberikan nilai jangka panjang kepada ekonomi," katanya.
Mohammad Faisal turut terlibat secara aktif dalam wacana serantau dan antarabangsa.
Pada 2024, beliau telah menghadiri Dialog mengenai Inovasi Imej Antarabangsa di Beijing, China iaitu sebuah forum yang menghimpunkan para pemimpin media dan komunikasi dari seluruh dunia.
Mohammad Faisal Dilantik Sebagai KP Baharu ITC Untuk Perkukuh Ekosistem Pelancongan Mesra Muslim
ITC, DG, mesra Muslim, pelancongan, ekosistem, hab