BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Faisal Iswardi Dilantik Ketua Pengarah FAMA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Faisal Iswardi Dilantik Ketua Pengarah FAMA​

12e78fee537d60131d5fd95888663bee6a731005152f0

Kredit: FB - Mohamad Sabu

Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Faisal Iswardi Ismail dilantik sebagai ketua pengarah baharu lembaga itu.

Watikah pelantikan beliau yang berkuat kuasa 1 Ogos lepas, disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum mesyuarat pasca-Kabinet hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Faisal Iswardi atas pelantikan tersebut.

“Amanah yang dipikul bukanlah kecil kerana FAMA memainkan peranan penting dalam membantu memasarkan hasil pertanian tempatan, memperkukuh rantaian bekalan makanan dan meningkatkan pendapatan petani serta usahawan agromakanan.

“Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register