BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Hasan Adakan perbincangan Dua Hala Dengan Rakan Sejawat Dari Palestin, Algeria

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Mohamad Hasan Adakan perbincangan Dua Hala Dengan Rakan Sejawat Dari Palestin, Algeria​

f4f890cde8218d824332a033c1857af76a9032848ccfc

b08ca973ae410c7d8f9da78c724adb3c6a903239a2854

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Luar dan Ekspatriat Palestin Dr Varsen Aghabekian Shahin sempena Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar (CFM) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan Palestin.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Palestin dan Algeria di luar Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-23, di sini.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar dan Ekspatriat Palestin Dr Varsen Aghabekian Shaheen, Malaysia menegaskan semula sokongan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin pada pelbagai platform antarabangsa.

Beliau berkata perjuangan Palestin sentiasa dekat pada hati rakyat Malaysia dan senantiasa teguh bersolidariti serta menyokong warga Palestin.

Mohamad turut menyatakan komitmen Malaysia terhadap hubungan yang telah sekian lama terjalin dengan Palestin, termasuk terus menyokong Agensi Bantuan dan Kerja Untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin.

Sementara itu, Aghabekian Shaheen turut menyentuh mengenai kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk genosid, pembunuhan dan kebuluran yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan berhubung kekurangan bantuan kemanusiaan serta kegagalan untuk terus membuka pintu masuk bagi memastikan bekalan keperluan asas dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.

Beliau berkata peningkatan serangan pengganas oleh pendatang di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis, terus mengancam nyawa rakyat Palestin di tanah air mereka sendiri.

Sementara itu, dalam pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar dan Komuniti Kebangsaan Luar Negara, Ahmed Attaf, perbincangan tertumpu kepada hubungan dua hala serta langkah untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Algeria.

 
Back
Top
Log in Register